ARTIKEL BARU

DARI KK KE HULU SELANGOR!




Sabtu, 17 April: Hari menamakan calon Hulu Selangor. Seawal jam 6 pagi saya dan Cikgu Awang Hamid seorang pelukis dari Tuaran yang  kebetulan berada di KL ingin sertai rombongan kami. Sebaik tiba pintu masuk Hotel Seri Pacific. Kelihatan Datuk Zakaria Idris dan Datuk Shamsuddin, dua ADUN dari Sabah. 

Kami bersalam dan berbual-bual. Tak lama muncul Datuk Nasrun dengan muka selamba. Memang sifat semula jadi Nasrun tidak mesra alam, mungkin dia ingat masih kerja sebagai seorang Majistret. Begitupun dia masih terima salam yang dihulur.

Saya beritahu Nasrun ada rombongan AJK Bahagian dari Silam  termasuk pemimpin komponen BN tinggal di Legend hotel. Barangkali saya kata mereka ikut rombongan MP Silam. Pemimpin MIC Silam Nagaraju juga ada bersama.

Dia tiba-tiba pula kata saya tahu kerana saya yang atur rombongan itu. Kan bangang punya Ketua UMNO Silam. Takkan saya dari Kota Belud, mengatur UMNO dari Silam?! Dia YB dan Ketua UMNO takkan tidak ambil tahu!?

Tidak lama selepas itu muncul Setpol Ketua Menteri Sabah. Nizam  dari jauh sudah senyum. Ada ketikanya Nizam boleh juga  berperanan sebagai  ATM bergerak di KL.

Sedang kami berbual,  Datuk Lajim Okin keluar dari hotel. Selepas bersalam, dia terus bergerak menaiki kereta Ninja warna maroon.Di susuli Tawfik Abu Bakar Titingan, pemimpin muda dari Sabah yang sentiasa merendah diri. Sempat berbual dengan saya sebelum masuk kereta Perdana yang sedang menunggu. Masing-masing ingin bergerak awal untuk mengelak kesesakan.

Sedang saya dan Datuk Shamsudin berbual-bual, Adun Bugaya, jutawan yang berjaya, Datuk Ramli Marhaban turun dari escalator terus masuk kereta. Ramli tergesa-gesa. Seperti ada yang dikejarnya. Dia langsung tidak bersalam dengan kami. Sombong juga Saddam Husin ini bisik hati saya.

Mantan Ketua Pemuda UMNO Semporna memang tersohor dengan sifatnya kedekutnya! Bukan saja kedekut duit tapi kedekut budi bahasa, kedekut beri salam, kedekut senyum, kedekut segala-gala. Tapi rumahnya seperti istana Raja Siam di Putatan.

Otaknya barangkali lebih banyak memikirkan untung berniaga daripada soal-soal politik Sabah, soal rakyat dan masa depan negara! Ini adalah penggal pertama Ramli Marhaban atau disingkatkan "RM" sebagai ADUN. Gunakanlah jawatan itu sebaik mungkin untuk kumpul harta! 


Istana RM di Putatan

Kira-kira jam 6.30 pagi rombongan kami yang diketuai  Barur, Ketua Pemuda UMNO Kota Belud, Zainal, Arshad, Adlan dan Jenal semua AJK UMNO Kota Belud mula bergerak menaik sebuah van yang disewa dengan pemandunya  menghala ke Hulu Selangor.   

Perjalanan kami melalui Lebuh Raya Ipoh, melalui Rawang, Selayang dan seterusnya menuju ke Kuala Kubu Bahru, pusat penamaan calon. Memang luas kawasan parlimen Hulu Selangor. Seluas negeri Melaka. Siapa jadi MP layak jadi Menteri Besar. Pengundinya terdiri dari pelbagai kaum, 53% Melayu, 26% Cina, 19% India dan lain-lain kaum termasuk Orang Asli.

Kawasan Hulu Selangor terdiri daripada pengundi bandar yang liberal, penduduk kampung dan penduduk Orang Asli. Ia merupakan kombinasi penduduk Malaysia. Barangkali sesuai dengan slogan calon BN, P Kamalanathan, "Saya calon 1Malaysia".

Saya berhujah, calon PKR, Dato  Zaid Ibrahim adalah seorang tokoh Melayu yang berkaliber, tetapi kawasan Hulu Selangor bukan kawasan yang sesuai untuk Zaid. Bekas Ketua UMNO Kota Baharu itu sesuai bertanding di kawasan bandar seperti Bandar Tun Razak yang mana pengundinya lebih liberal.

Pada PRU 2008 calon BN, Datuk G. Palanivel tewas tipis 198 undi kepada Allahyarham Datuk Dr Zainal dari PKR. Walaupun telah menjadi MP selama 4 penggal nampaknya Timbalan Presiden MIC itu gagal mengekalkan sokongan rakyat. Barangkali salah satu faktor kenapa dia tidak dipilih semula pucuk pimpinan tertinggi BN.

Isu besar jika Palanivel calon ialah pengaruh peribadi yang merosot kerana ketiga-tiga DUN kawasan Parlimen Hulu Selangor di menangi BN tetapi Palanivel sebagai calon MP kalah.

Sebaliknya Zaid Ibrahim ketika menjadi calon BN di kawasan parlimen Kota Baharu menang kerusi MP pada PRU 2004  walaupun ketiga-tiga kerusi DUN di menangi PAS!

Sudah tentu isu ini akan menjadi modal Zaid jika Palanivel dikekalkan sebagai calon BN.

Kami tiba di Pekan Kuala Kubu Baru kira-kira jam 7.30 pagi. Singgah di sebuah kedai Mamak untuk sarapan. "Roti kosong dua keping Mamak" saya order. Yang lain pun minta roti kosong. Jam 8 kami menghala ke arah pusat penamaan calon. Kenderaan mulai sesak.

Kelihatan penyokong PKR dengan bendera masing-masing. Bendera PAS dan DAP keluar dari tingkap kereta. Mereka kelihatan lebih bersemangat.  Berbanding dengan penyokong BN yang menaiki bas besar dan lebih tertib.

Perjalanan yang tidak sampai 5km itu mengambil masa 45 minit. Suasana markas BN dipenuhi ribuan penyokong. Ramainya pemimpin dan penyokong dari Sabah! Saya sempat bersalam dengan Datuk Shafie Afdal, Datuk Yahaya Husin, Dato Ir Zain, Dato Rahman Dahlan, Hj Yusof Setpol TPM dan ramai lagi. Tak nampak kelibat Ramli Marhaban. Mungkin dia sedang kejar Ketua Menteri Sabah!

(bersambung) 

10 Responses to "DARI KK KE HULU SELANGOR!"

Anonymous said...

Sampai malam... jumpa RM ke?

SUARA RAKYAT said...

Bro.. siapa Ramli Marhaban? rasa tak pernah dengar?.. Jika dia ADUN Sabah, mungkin ADUN bukan dari parti politik..

Unknown said...

bro mrakunman,

RM ni baru penggal pertama jadi ADUN! tak terkenal kerana lebih banyak masa jumpa Datuk Husni Hanadzallah lobi projek nego...saya jumpa di Parlimen baru-baru ini, dia buat-buat tak kenal kerana dia sedang kejar MK2.

anyway tahniah kepada ADUN Bugaya ini kerana fokus untuk kumpul duit dan harta!

SUARA RAKYAT said...

Kalau.. demikian sifat seorang wakil rakyat.. wakil BN pula tu.. akibat malapetaka kepada BN Sabah akan datang.. ingat apa yang terjadi pada Selangor.. rebah.. kerana sifat MBnya pada masa itu.

Anonymous said...

tuan musli,
once again, you did a wonderful little short documentary regarding why these leaders shouldn't be YB. my opinion is that these people are not leaders, they are "SEASONAL POLITICIANS".
rgds.
AO

Anonymous said...

kalau betul dia sibuk lobi projek pun, pasal YB tu nak ganti balik duit dia yg dah kena gunapakai masa dah jadi YB ni, sponsor sana sponsor sini...pasal duit gaji dan elaun keraian pun mana cukup nak tampung. .. nak bagi anak duit sekolah pun dah berkira...itupun kalau betul lah dia sibuk nak jadi kaya...kunun nak kejar harta...sedangkan sebelum jadi YB pun memang dia dah kaya raya jutawan. Kalau sebelum YB dia mencari seperiuk nasi untuk keluarga dia, sekarang periuk nasinya bukan saja dia sekeluarga yang makan.. so lu pikiq la sendiri...

Anonymous said...

Sdra,
Bagus snopsis sdra mengenai YB-YB sabah yang mengejar kekayaan bukan membantu rakyat - Cuba sdra war war kan supaya mengisthirkan harta mereka dan dari mana mereka dapat terutama Datuk RM - SPRM dan LHDN pun tidak tembus - kata orang - senyap sepi aje - Kekuatan Agong lah

Datu Sulaiman said...

Tuan Musli,
Saya berikan penghargaan tinggi kepada catatan tuan ini, sesuatu yang jujur dan berterus-terang. Sepatutnya semua pemimpin UMNO Sabah ada perasaan seperti tuan ini tetapi sayang ada yang mula lupa daratan.

Saya bersetuju dengan pendapat tuan bahawa H.selangor bukan kawasa yang tepat bagi Datuk Zaid tetapi saya tetap berharap dan berdoa agar beliau menang kerusi ini untuk PKR. Tun Mahathir kata jangan lihat personaliti calon, jadi saya fikir pengundi H.Selangor perlu mengundi untuk menangkan PKR.

Anonymous said...

sampai ke situ pula ulasan kamu. Feedback di FB Anak-Anak Semporna bermacam ref .http://www.facebook.com/home.php?#!/profile.php?id=100000568151705&v=wall&story_fbid=114500631911566 Mohon layar FB berkenaan dan respond.

SUARA RAKYAT KUNAK said...

mrakunman, RM 2, Ringgit Malaysia, Saya sukung Datu Sulaiman.