Apakah dasar-dasar baru dan transformasi yang dibuat Najib tidak disokong kaum Cina dan India?
"Siapa boleh menang?"
"BN menang. Majoriti 5300." jawaban saya ringkas.
"Kenapa banyak sangat majoriti?" soalan seterusnya dari Jad.
"Kamu tanya saya. Itulah jawaban saya.Bukan saya tanya kamu!" Saya jawab tegas!
Jad gelak. Kawan-kawan yang bersama kami di The Mall turut ketawa sama. Datuk Mat Zin, Wan, dan beberapa orang lagi. Saya baru balik dari HS dan mendapat reaksi positif daripada pengundi di sana, sebab itu saya berani katakan BN menang majoriti yang besar!
"Lagipun Jad, mangkuk Pak Belalang tak pernah tipu, semua ramalan saya tepat, termasuk di Bagan Pinang dulu" saya berseloroh.
Saya menjelaskan sungguhpun jumlah penyokong PAS di HS dijangka 15,000 orang daripada 32,000 pengundi Melayu, tetapi biasanya jika calon yang bertanding bukan daripada parti PAS, peratus yang keluar mengundi adalah rendah. Melihat gerak kerja jentera BN sewaktu saya meninjau HS, saya yakin penyokong BN dikalangan orang Melayu akan lebih ramai keluar mengundi.
"Takkan setelah setahun Najib (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) menjadi PM, dengan dasar-dasar baru, slogan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru, rakyat masih tidak berubah?" Saya berhujah.
Dulu lain kerana rakyat dipengaruhi isu YDP di hadiahkan penyapu di Hulu Selangor dan isu roboh kuil.. Dengan isu sedemikian teruk, BN hanya sekadar kalah 198 undi dalam PRU 12. Persoalannya adakah pengundi Hulu Selangor masih dendam dengan BN yang telah berubah kepimpinannya?
"Tapi pengundi Cina dan India tidak menyokong BN? Terutama sekali Cina. BN tidak akan dapat 20% pengundi Cina!",Tiba-tiba seorang kawan menyampuk. Semua menyatakan persetujuan dengan pendapatnya bahawa kaum Cina tidak sokong BN.
Saya tidak terkejut dengan kenyataan itu. Saya perhatikan masalah besar orang Melayu, terutama yang kononnya menjadi penganalisis politik cuba memberi pandangan mengenai sikap orang Cina tetapi mengikut citarasa dan sikap Melayunya! Walhal bangsa Cina adalah bangsa yang pragmatik yang sentiasa melihat perubahan sekeliling sebelum membuat keputusan.
Mereka tidak bersifat statik seperti sebahagian besar bangsa Melayu yang terkenal dengan degil dan keras hati walau keputusan yang diambil bakal menyusahkan diri dan bangsa sendiri!
Dalam hubungan ini isu "Sou Xiang" atau Perdana Menteri adalah menjadi faktor penyumbang utama kepada keputusan King Maker di Hulu Selangor dan juga di seluruh negara. Apakah kaum Cina masih terus menentang kerajaan atau bersama-sama dengan Najib merealisasikan dasar-dasar barunya terutama konsep 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru yang jelas telah diterima baik kaum itu?
Setiusaha Agung MCA, Datuk Kong Cho Ha yang telah hampir tiga minggu di Hulu Selangor begitu yakin perubahan dikalangan pengundi Cina. Katanya, perubahan itu ketara kerana pengundi Cina hari ini sedia mendengar dan berbincang. Ini adalah reaksi positif berbanding sebelumnya, mereka secara diam-diam menyokong dan mengundi parti pembangkang.
Apakah ramalan majoriti 5300 akan jadi kenyataan pada 25hb April?
Terpulanglah kepada 17,000 atau 26% pengundi King Maker di Hulu Selangor dan faktor Sou Xiang. Fikir-fikirkanlah!
Saya mohon diri untuk bergerak ke Hulu Selangor. Malam ini jam 8.45, Ceramah Perdana Presiden PERKASA di Perkarangan Pejabat Felda Lama, Kg Sungai Buaya, Hulu Selangor. Mungkin YDP PERKASA Sabah juga akan berucap dan berkempen. Jumpa di sana...

1 Response to "CHINESE THE KING MAKER, DAN FAKTOR 'SOU CHIANG' DI HULU SELANGOR."
Sdra Musli,
Pandangan saudara sebagai penganalisa politik amat saya hargai kerana pergi ground tetapi saya ingin pendapat saudara sebagai seorang rakyat biasa, bila setiap kali pilihan raya kecil diadakan setiap kali projek mee segara dapat - Kalau saya pemimpin kecil di tempat itu sudah tentu saya minta dan sure dapat terus kan - Bagaimana pendapat saudara mengenai hal ini - Kenapa ianya tidak di buat semasa menjadi ADUN/MP ketika memerintah. Pandangan saya ADUN/MP tidak bekerja ketika mereka di atas - Sedangkan permohonan ada ketika tapi bila da piliharan kecil semua dapat on the spot bagus kan hee hee
Post a Comment