ARTIKEL BARU

64 TAHUN UMNO: MASA DEPAN YANG MASIH SAMAR-SAMAR?


Pemecatan Anwar Ibrahim adalah titik tolak kepada perpecahan bangsa Melayu!

Tarikh 11 Mei 1946 adalah tarikh lahir parti UMNO.  Selasa,  genaplah usia ke 64 parti UMNO yang dianggap parti keramat bangsa Melayu. 

UMNO ditubuhkan untuk menjaga kepentingan dan hak bangsa Melayu. Pengenalan  dasar Malayan Union British adalah titik tolak kepada penyatuan NGO-NGO Melayu yang bersatu menubuhkan PEKEMBAR yang kemudiannya dikenali sebagai partai UMNO.

Sejak penubuhannya, UMNO mendapat sokongan dan dokongan daripada bangsa Melayu sehinggalah musibah menimpa parti itu pada Mac 2008. Sungguhpun pada PRU tahun 1969, parti PERIKATAN gagal mendapat majoriti dua pertiga, dan negeri Kelantan jatuh ke tangan PAS,  namun majoriti sokongan orang Melayu masih kukuh kepada UMNO.  

Apa yang berlaku pada 1969 adalah percubaan daripada pengundi Cina dan DAP untuk mencabar kuasa bangsa Melayu. Kegagalan kaum Cina mencetuskan emosi permusuhan sehingga  tercetus Tragedi 13 Mei.

Hikmah disebalik 13 Mei telah  memperkukuhkan perpaduan Melayu dan memperkuatkan UMNO setelah PAS menyertai Barisan Nasional yang ditubuhkan Tun Razak  menjelang PRU tahun 1974.

UMNO tidak pernah tercabar selepas itu. Sungguhpun PAS kemudiannya meninggalkan BN, namun kebijaksanaan kepimpinan UMNO telah berjaya mengemudikan parti itu dalam setiap PRU sehinggalah amaran pertama berlaku pada PRU tahun 1999.

Pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri setahun sebelum pilihan raya umum telah mencetus satu tentangan besar-besaran terhadap kepimpinan UMNO dan Perdana Menteri.

Muncul gerakan yang di kenali sebagai "reformasi" yang dianggotai pemimpin-pemimpin elit Melayu yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Mereka berjaya mempengaruhi golongan menengah Melayu dan golongan pelajar. Pemimpin Gerakan Reformasi begitu yakin akan beroleh kejayaan berikutan kejayaan gerakan yang sama menjatuhkan Presiden Suharto di Indonesia.

Perpecahan undi Melayu amat ketara pada PRU tahun 1999. Ramai tokoh-tokoh UMNO tumbang. Majoriti undi di kawasan Melayu merosot dengan teruk. PAS bukan sahaja berjaya pertahankan Kelantan malah telah merampas negeri  Trengganu.

Barisan Nasional hanya dapat bertahan tahun 1999  kerana kaum bukan Melayu masih setia kepada BN berikutan dasar-dasar Tun Mahathir yang selamatkan ekonomi negara daripada krisis kewangan dunia 1998.

Perpecahan Melayu 1999 telah mendorong kepada pengunduran Tun Mahathir pada 2003. Lapan bulan selepas Tun Abdullah Badawi  mengambil alih kepimpinan UMNO, Pak Lah menguji kekuatan parti itu dengan mengadakan PRU 2004.

UMNO memperolehi kemenangan gilang gemilang sehingga Trengganu dapat dirampas semula dari PAS. Manakala PAS hanya mempertahankan kuasa di Kelantan dengan kelebihan 2 kerusi saja.

Pak Lah dianggap "hero" dan penyelamat UMNO dan perpaduan Melayu. Imej "good guy" dan aura PM baru ini dijaja seluruh negara sebagai faktor yang menyebabkan kemenangan besar UMNO.

Namun PRU 2008 menjadikan  Pak Lah daripada HERO TO ZERO. UMNO kalah teruk di Kelantan, Kedah, Perak, Penang dan Selangor. BN hilang dua pertiga majoriti.

Pilihan raya kecil yang menyusul kemudian juga menyaksikan kekalahan demi kekalahan. Sehingga timbul desakan agar Pak Lah berundur daripada kepimpinan UMNO.

Bagaimanakah masa depan UMNO dengan kepimpinan baru Datuk Seri Mohd Najib?

(bersambung)

3 Responses to "64 TAHUN UMNO: MASA DEPAN YANG MASIH SAMAR-SAMAR?"

YANG GAMBI said...

Salam bro, kalau orang-orang Melayu yang menjadi pendokong UMNO segera bertindak mengubah diri dan pemikiran, kepimpinan dari peringkat cawangan, bahagian setrrus peringkat tertinggi menyedari segala dasar-dasar perjuanagn UMNO.... InsyaAllah di bawah kepimpinan DS Najib, UMNO akan terus peneraju bangsa, Negara dan agama....

Anonymous said...

Org lain py keje..najib kene tanggung....

ape nk buat....

Anonymous said...

Melayu berpecah kerana parti politik Melayu banyak. Pemimpin UMNO sepatutnya dari dahulu berkopromi dengan dasar parti Pas yang mengutamakan Islam. Bila Islam menjadi pedoman, tidaklah berlakunya penyelewengan kuasa, rasuah, kehakiman. UMNO patut ada pemimpin atau golongan ulama yang terlibat dalam menggubal dasar dalam UMNO atau paling tidak mengambil ulama untuk bertanding dalam UMNO. Apa-apa dasar yang ada kaitan dengan parti perlu dengan persetujuan ulama-ulama. Masalahnya hari ini, ada orang Melayu tidak menghiraukan halal haram manakala di pihak Pas mereka mengutamakan hak dan batil, hala dan haram. Mereka mengutamakan kepimpinan yang beramanah. Islam UMNO bercakap soal agama okay, tetapi perlakuan dan perbuatan tak okay. Saya bagi satu contoh, Anwar Ibrahim, kalau pun benar dia meliwat mengapa dia diperlukan sedemikian rupa seolah-olah perbuatan meliwatnya itu boleh mengancam keselamatan negara sehingga dibicarakan di mahkamah civil. Logikkah? Inilah yang mengukuhkan persepsi orang Melayu yang cintakan kebenaran dan keadilan, yang takut bersengkongkol kepada fitnah beralih kepada pas dan Parti Keadilan. Saya sendiri ahli UMNO tetapi saya juga rasa jijik dan muak dengan pelbagai tindakan yang menekan susuk Anwar Ibrahim. Atau perbuatan menekan pemimpin lain kisalnya Lim Guan Eng, Nik Aziz. SPRM boleh menyiasat sehingga mati. Kes besar tidak pula demikian. SPRM tutup mata sahaja. Semua ini akan menjauhkan orang Melayu kepada UMNO hanya orang Melayu yang mendapat imbuhan damn jawatan sahaja yang kekal kepada UMNO. Hanya orang Melayu yang cintkan dunia sahaja kekal kepada UMNO yang kebanyakannya diterajui oleh golongan kaya. Bagi saya siapa yang jadi PM dalam kalangan UMNO sama sahaja. Rakyat tetap terbeban, tidak dibela dengan sungguh-sungguh. Kesilapan Pak Lah yang amat besar ialah nmenaikkan minyak yang menyebabkan harga barang dan kos hidup meningkat. Orang Melayu marhain lari daripada UMNO kerana pemimpin hari ini cakap lain buat lain. Kata rakyata didahulukan tetapi akhirnya rakyat juga yang didahulukan untuk menggalas beban yang dilakukan oleh pemimpin.