ARTIKEL BARU

SETIAP KALI PILIHAN RAYA KECIL, YANG KALAH IALAH NAJIB!!

APA ERTINYA PENGIKTIRAFAN PEMIMPIN BESAR DUNIA KEPADA NAJIB, JIKA NAJIB TEWAS DI HULU SELANGOR!?

Pilihan raya kecil Hulu Selangor merupakan pilihan raya kecil yang ke 10. Selepas itu PRK seterusnya yang ke 11 untuk mengisi kekosongan kerusi parlimen Sibu di Sarawak yang merupakan PRK kedua di negeri itu selepas DUN Batang Ai.

Keputusan merudum PRU12, dikatakan berpunca daripada kelemahan kepimpinan Tun Abdullah Badawi sebagai factor utama. Oleh itu, dikalangan yang setuju dengan pendapat itu terserlah keyakinan mereka setelah peralihan kuasa kepada Dato Seri Mohd Najib. Mereka yakin Najib akan kembalikan sokongan rakyat kepada BN.

Ujian tidak lama sebaik sahaja Najib menjadi Perdana Menteri yang baru. Tiga pilihan raya kecil diadakan serentak, DUN Bukit Selambau, Kedah, DUN Batang Ai Sarawak dan Parlimen Bukit Gantang, Perak. Pada ketika itu, semangat penyokong UMNO dan BN begitu tinggi, terutama golongan yang percaya kelemahan Pak Lah punca kekalahan PRU12 dan kekalahan PRK Kuala Terengganu kepada parti PAS.

Rata-rata membuat kesimpulan factor kelemahan kepimpinan Pak Lah dan kesilapan calon BN dikatakan penyumbang kepada kekalahan BN di Kuala Terengganu. Kali ini hujah penyokong-penyokong BN, kepimpinan sudah berubah, sudah pasti ketiga-tiga kerusi dengan mudah akan dimenangi parti BN.

Namun keputusan PRK tidak menggambarkan keyakinan itu! Bukan sahaja BN kalah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau malah majority kemenangan parti pembangkang di kedua-dua kawasan itu meningkat!! Maruah dan semangat Najib hanya diselamatkan pengundi Batang Ai. Persoalannya kenapa perubahan kepimpinan negara gagal memulihkan keyakinan rakyat kepada BN?

Selepas itu BN seterusnya menerima kekalahan demi kekalahan dalam setiap PRK. Pelbagai alasan dan sebab dalam post mortem dikemukakan sebagai factor BN kalah. Isu calon kerap dijadikan alasan utama. Yang tidak pernah disentuh ialah soal kepimpinan tertinggi kerajaan. Kenapa kepimpinan baru masih tidak mampu meyakinkan rakyat untuk menyokong BN?

Ironisnya bila UMNO/BN dapat pertahan kerusi DUN Bagan Pinang dengan majority yang bertambah, rata-rata penganalisis politik menjadikan factor calon dan pengaruh peribadi Tan Sri Isa Samad sebagai factor utama kemenangan itu. Jika pun ada penganalisis yang mengatakan factor Najib sebagai punca kemenangan, ulasan itu dimasukkan dalam lain-lain factor atau ‘appendix’ sahaja.

Walhal yang dijadikan sandaran dalam setiap PRK ialah dasar baru kerajaan dan pengaruh Perdana Menteri yang baru. Tetapi bila BN menang, kememangan itu pula tidak dilihat sebagai kemenangan kepada Dato Seri Mohd Najib!

PRK ke 10, sekali lagi kerajaan pimpinan Najib mengalami ujian getir berhadapan dengan rakyat di Hulu Selangor. Gagasan 1Malaysia, Model Ekonomi Baru, Juara Rakyat dan pelbagai dasar baru parti dan kerajaan akan diuji dalam PRK ini. Pembangkang juga tidak pernah kurang dengan isu-isu menarik yang bakal menyaksi persaingan sengit menentukan masa depan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai pengemudi BN dalam PRU13.



2 Responses to "SETIAP KALI PILIHAN RAYA KECIL, YANG KALAH IALAH NAJIB!!"

Admin CCZ said...

InsyaAllah..Kali ini BN mungkin sudah berubah..Cumanya Sammy Velu saja masih ada kepala batu besar ada..

SUARA RAKYAT KUNAK said...

Biasa lah kalau dah Pencen, kan Umno umur dah lanjut.