ARTIKEL BARU

KERANAMU YONG TECK LEE - GLC SABAH RUGI RM114 JUTA!

Datuk Yong Teck Lee - Presiden SAPP yang lantang kritik BN di Sabah!

Bunyi muka depan akhbar Daily Express di Kota Kinabalu, "Massive Rm114m losses by ex-CM". Walaupun nama DatukYong Teck Lee tidak disebut Datuk Haji Rahman Ghani, CEO Syarikat Warisan Harta Sabah (WHS) dalam kenyataan akhbar itu, namun secara umum rakyat Sabah tahu Ketua Menteri Sabah pada Disember 1997 ialah Yong Teck Lee.

Sejak tahun 1994, BN Sabah mengamalkan satu dasar unik menggilir-gilirkan jawatan Ketua Menteri Sabah  diantara tiga  kaum utama: bumiputera Islam, bumiputera bukan Islam dan kaum Cina. Setiap kaum berpeluang menjawat selama dua tahun.

Datuk Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri Sabah selepas tempuh bumiputera Islam Tan Sri Sakaran Dandai (sekarang Tun) dan  Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak. Selama tempuh dua tahun Yong menjadi KM Sabah, banyak dasar-dasarnya tidak popular termasuk memperkenalkan Forest Management Unit (FMU) yang mengasingkan 2 juta hektar kawasan balak negeri Sabah kepada kurang daripada 20 syarikat untuk tempuh 100 tahun!

Selain kerugian yang didedahkan WHS, berikutan keputusan Yong Teck Lee mengarahkan 'share swap' pemilikan saham Warisan Harta dalam MISC sebuah syarikat yg dianggap memiliki saham 'blue chips' dengan saham North Borneo Trading (NBT) dan Sugarbun Corporation Berhad, dimiliki dua usahawan dari Sarawak yang merupakan saham spekulatif.

Berikutan itu bukan sahaja Warisan Harta rugi dalam tahun kewangannya sebanyak RM200 juta kerana kejatuhan harga kedua-dua saham tetapi juga kehilangan keuntungan daripada right issues, kenaikan harga saham, dan dividen daripada MISC!

Saya juga difahamkan Yong Teck Lee juga mengarahkan BOD Amanah Saham Sabah (SAS) membeli saham-saham NBT dan Sugarbun, sehingga SAS mengalami kerugian teruk dan sehingga hari ini nilainya merosot dengan teruk dan ramai pelabur rakyat tempatan Sabah mengalami kerugian.

Yong Teck Lee yang juga presiden parti SAPP sebuah parti komponen BN Sabah sejak ditubuhkan menjelang PRU 1994, telah pada bulan June 2008 keluar daripada Barisan Nasional, berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PM ketika itu, Tun Abdullah Badawi. Pada masa ini  dua MP dari SAPP yang menang atas tikit BN pada PRU 12,  menjadi anggota bebas dalam Dewan Rakyat.


5 Responses to "KERANAMU YONG TECK LEE - GLC SABAH RUGI RM114 JUTA!"

Anonymous said...

byknya kerugian yang dialami oleh GLC Sabah semasa datuk Yong menjadi KM ni. klu dia masih lagi jd KM Sabah, tak mcm mana ekonomi sabah kini. nasib baik KM sabah sekarang iaitu Datuk Musa Aman dapat membangunkan negeri Sabah.

villager said...

selepas ini beliau akan lebih lantang mengkritik BN, dalam masa yang sama lantang mempertahankan imej beliau.

darshania said...

beliau tidaklah se'perfect' yang disangkakan.. terdapat kepincangan dalam pentadbiran beliau yang masih menjadi pertimbangan rakyat sebelum memilih beliau..

rojokobog said...

Salam MO,
" Kerana Mu Malaysia " dan Keranamu YTL GLC rugi RM114 Juta ", dengan jumlah wang yang sebegini banyak, perbagai prasarana luar bandar dapat dibangunkan, jelas rakyat yang amat rugi dalam soal ini, jika ada bukti yang boleh mengaitkan sesiapa dalam kerugian ini tindakan harus diambil agar menjadi pengajaran kepada pemimpin dan rakyat serta generasi akan datang...memilih pemimpin biar lah yang sederhana dan bertanggungjawap serta bermoral.

perantau_sabahan said...

sya rasa YTL sudah patut utk berhenti dari politik...hari itu YTL kalah di Batu Sapi, riuh kami warga Sabah di Dallas, Texas...kerana dia itu masi lagi mau bertanding walaupun x sokongan...