ARTIKEL BARU

POLITIK PERKAUMAN - BUKAN MELAYU YANG MULA?

MP PASIR SALAK


Agak lama juga saya tidak menulis dalam ruangan ini. Timbul rasa bersalah kepada peminat yang kerap bertanyakan "Apa cerita baru?, kenapa blog tak update?" dan pelbagai persoalan dan pertanyaan.

Terus terang saya katakan,  ruangan Facebook telah melalaikan dan menjadi penghalang utama setiap kali saya hendak menulis. Setiap kali ada story atau isu, saya buka Facebook terlebih dahulu. Bila posting  topik yang menarik, bertalu-talu komen yang masuk. Akhirnya masa yang sepatutnya menulis dalam blog ini telah diambil sepenuhnya untuk  membaca dan menjawab  komen daripada rakan-rakan FB. 

Ada kalanya terpaksa pula melayan chat daripada friends yang bertanya soalan-soalan ringan, seperti soalan bodoh "Sudah makan?, sudah tido?" dan sebagainya. Kalau tidur macamana buka FB, kan soalan bodoh! Tak jawab, mereka akan kata kita sombong. Jadi serba salah dengan Facebook ini.

Minggu lepas, hari Rabu saya datang ke Dewan Rakyat. Seperti biasa bertemu rakan-rakan blogger dan penulis politik. Jadi kegemaran saya mengambil tempat di ruangan rihat MP. Kelihatan Erman JR duduk dikerusi yang biasanya tempat Datuk Shahrir Samad, MP Johor Baharu. 

Meja yang berhampiran pintu ini memang kerap jadi tumpuan MP dan bloggers. Saya hampir tidak kenal, wanita yang duduk depan saya ialah blogger Asam Pedas, hampir tak kenal dengan imej barunya. Dia duduk betul-betul depan saya. "Saya dah 3 bulan pakai tudung, I dah agak you tak kenal I" Kata Noorshila.Shilla juga menulis untuk Agenda Daily.

Sedang berbual dengan Erman dan Shila tentang isu-isu politik,  tiba-tiba muncul MP Pasir Salak. Kami bersalam. "Ada buku baru?" soalan pertama Datuk Tajuddin sambil menarik kerusi.

"Saya cadang nak menulis untuk perhimpunan ini" saya menjawab acuh tak acuh. Saya memang kenal rapat dengan Datuk Tajuddin Rahman.

"Kenapa tak tulis buku mengenai politik perkauman di Malaysia?"

"Kenapa Musli tidak tulis buku menjelaskan kepada rakyat, yang  bangsa Melayu dan pemimpin Melayu tidak pernah mula menimbulkan isu perkauman?

"Sebenarnya yang timbulkan  isu perkauman di negara ini, ialah pemimpin bukan Melayu!!"

"Pemimpin Melayu hanya mempertahan diri, kita tidak pernah memulakan isu perkauman,  tetapi pemimpin bukan Melayu bijak bermain isu, seolah-olah kita yang berniat jahat".

"Saya harap you tulis satu buku dan dedahkan semua kenyataan dan ucapan mereka yang bersifat perkauman itu. Biar rakyat menilai dan sedar".

Saya tertarik dengan cadangan Datuk Tajuddin. Mungkinkah buku saya seterusnya bertajuk POLITIK PERKAUMAN DI MALAYSIA. SIAPA YANG MULAKAN?



    



2 Responses to "POLITIK PERKAUMAN - BUKAN MELAYU YANG MULA?"

Bungabakawali said...

Memang betullah kata Datuk Tajuddin tu! Cina & India saja yang selalu menimbulkan isu perkauman di Malaysia ni. Melayu hanya seorang saja yang, iaitu Anwar. Itupun kerana isu kaum sejenis bersama orang2 yang beliau minati saja.

ahaa said...

Sekolah vernacular yang menyemai racial tension di Malaysia. Sepatutnya dah hapus lama dah, tapi Melayu amat bertimbangrasa... Melayu tak pernah rasis.