"Abang tahu tak nombor handfon Datuk....?" Pelayan Hotel Seri Pacific tu sebut namanya. Saya tak tulis nama dalam ruangan ini kerana tidak mahu menjatuhkan maruahnya.
"Datuk" ni memang saya kenal lama. Tapi tak mahu rapat sangat, kerana seorang kawan beritahu saya, "Datuk" ini seorang 'conman'. Jika kebetulan terjumpa di coffe house saya hanya sekadar sembang-sembang dan minum kopi.
Datuk menyamar ni seorang yang aktif dalam politik. Setiap pilihan raya kecil dia mesti ada. Berlegar-legar di command center BN. Dia selalu kata dapat arahan daripada PM atau setidak-tidaknya nama TPM disebut.
Pada pemilihan UMNO dua tahun lalu, ketika saya menjadi perwakilan bahagian, dia juga sibuk lobi calon-calon. Katanya dia timbalan ketua UMNO. Saya tak pulak tanya bahagian apa.Dan saya tidak minat pun ingin tahu.
"Kenapa? Datuk tu tak bayar bilkah?" Saya menduga!
"Betul bang!! Saya kena potong gaji dan hilang satu point" jawab pelayan itu. kelihatan perasaan kesal di wajahnya.
"Malam tu dia bawa dua perempuan makan sewaktu menonton Piala Dunia" Lepas tu dia kata sekejap akan datang. Dah dua minggu tak juga datang!"
Saya pun hubung seorang perempuan yang pernah berkerja dengan Datuk ni. Dia pun 6 bulan gaji tak dibayar dan akhirnya berhenti kerja tanpa sebarang gaji. Saya sms minta nombor fon Datuk yang tidak bayar bil itu dan serahkan kepada ketua pelayan.
Selepas beberapa minit, Kapten tu datang. "Dah dapat kol, dia jawab lembut je, kata petang ni akan datang bayar ke hotel".
"Betulkah dia akan datang?" Saya tanya Kapten tu dengan penuh keraguan.Walaupun dihati saya mengharap agar Datuk itu datang dan jelaskan bilnya, kerana saya amat simpati dengan pelayan yang akan dipotong gajinya gara-gara terlalu percaya seorang "Datuk".
1 Response to "ALKISAH SEORANG "DATUK" YANG MENYAMAR!!"
Ad juga sorang nama Ismail Sprengkot konon boleh tolong lobi melobi projek.
Habuk pun taraaaaaaaaaaaak.
Post a Comment