Pahlawan Berkuda bangsa Bajau dari Kota Belud.....
Minggu lepas saya beli ikan fresh di kawasan Karamunsing. Di situ terdapat sebatang sungai direntasi sebuah jambatan menuju Kampung Sembulan. Setiap pagi ada perahu nelayan akan singgah ditepi sungai dan menjual hasil tangkapan kepada peraih. Kebanyakan peraih juga penjual ikan dengan membina gerai di tepi sungai. Saya kerap singgah membeli ikan tenggiri, ikan putih, udang besar, sotong dan hasil laut yang segar.
“Ikan dari Pulau Tiga bos. Ikan pancing, masih hidup lagi” Jerit seorang penjual yang memang kenal rapat dengan saya.
Kebanyakan nelayan dan peraih adalah orang tempatan. Orang Bajau atau Ubian. Ada juga satu dua gerai milik rakyat Filipina yang menjual sayur dan buah Wani (kuini) yang diimpot dari negara asal mereka.
Dulu, penduduk Kg Sembulan terdiri orang-orang Bajau tempatan. Tetapi sekarang penduduk yang menghuni kawasan itu kebanyakannya kaum pendatang dari Filipina.
Kg Sembulan yang asalnya sebuah kampong bersih dan penduduknya terkenal dengan sopan santun dan kerap mengunjungi sebuah masjid yang terkenal di Kg Sembulan. Sekarang Kg Sembulan dah dah berubah wajah. Kg Sembulan hari ini dikenali sebagai pusat pengedaran dadah jenis Syabu.
Seperti Orang Bajau dan Orang Irranun, Orang Filipina secara semula jadi suka menghuni kawasan pantai. Suka dengan deruan ombak. Sebab itu bila mereka membina rumah, kawasan pantai akan jadi tumpuan. Mereka sebenarnya hidup bahagia tinggal di laut. Saya diberitahu, orang Filipina tidak dapat tidur jika tidak dengar desiran ombak!
Hampir semua persisiran pantai di Sabah dipenuhi rakyat dari Filipina. Pulau Gaya, Pulau Sepanggar, Likas, Kudat, Sandakan, Tanjung Aru, Sembulan dan lain-lain kawasan pantai.
Sebilangan besar rakyat Filipina yang telah mendapat taraf kerakyatan, sebilangannya juga masih bertaraf “pelarian” dengan paspot IMM13. Ramai juga yang tidak ada sebarang dokumen dan merupakan pendatang tanpa izin.

Isu pendatang tanpa izin atau PTI merupakan isu politik yang sensitif di Sabah. Parti BN Sabah yang memerintah menjadi serba salah dalam menangni isu tersebut.Parti-parti komponen BN terutama PBS, UPKO dan lain-lain parti politik yang tidak didominasi kepimpinan Islam kerap mengkritik dasar Pusat yang didakwa ambil sikap acuh tak acuh dalam menangani masalah PTI di Sabah.
UMNO sebagai parti yang didokong orang Islam di Sabah lebih berhati-hati dalam tindakannya kerana rakyat Filipina adalah orang-orang Islam yang meninggalkan negara mereka kerana tekanan hidup. Atas dasar perikemanusiaan, pemimpin UMNO kerap serba salah dan dalam dilema.
Dalam masa yang sama ramai rakyat Filipina yang telah menjadi warganegara memberi sumbangan besar membantu UMNO dalam pilihan raya 1994.
Berbeza dengan kaum imigran dari Indonesia yang mudah berasimilasi dan boleh hidup dengan penduduk tempatan, imigran dari Filipina sebaliknya suka hidup berkelompok. Membawa dan mempertahan adat tradisi dari tempat asal mereka.
Kepada rakyat Filipina pendidikan kurang diberi perhatian. Anak-anak rakyat Filipina kerap kelihatan berkeliaran, sebagai penjual rokok haram, penjual plastik dibandar, bukan di sekolah seperti anak-anak orang Indonesia.
Kebanyakan anak-anak orang Bugis, Jawa, Batak, Timur di Sabah yang ibu bapanya juga kaum imigran telah memegang jawatan penting di Sabah. Ada yang menjadi pengarah dalam jabatan kerajaan negeri dan jawatan bertaraf JUSA. Malah lebih ramai anak-anak dari Indonesia yang berkelulusan sehingga taraf Phd dan menjadi profesor dan pensyarah di universiti tempatan daripada anak-anak warga tempatan!!.
Orang Filipina sukar berubah. Mereka kurang berdisplin kerana tidak minat dalam bidang pendidikan. Sifat agak agresif, kasar dan suka bergaduh. Suka berdendam. Jika keluarganya pernah bergaduh di Filipina, keluarga lain akan balas dendam di Sabah atau di KL atau dimana-mana sahaja.

(BERSAMBUNG)
0 Response to "CERITA HUJUNG MINGGU DARI SABAH......"
Post a Comment