ARTIKEL BARU

"EDUCATION PROGRAMMES FOR STATELESS KIDS"

Tulisan ini adalah sambungan Cerita Hujung Minggu dari Sabah:




Tahniah kepada Menteri Pelajaran atas pengumumannya dalam Dewan Negara semalam. Kerajaan akan mempastikan "stateless kids" diberi pendidikan selaras dengan falsafah memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak tanpa mengira status bangsa, agama dan lokasi.

Kanak-kanak yang tidak bernegara atau "stateless kids" merujuk kepada kanak-kanak yang lahir di negara ini daripada ibu bapa yang bukan warga negara. Terdiri daripada ibu bapa yang datang sebagai pekerja, ibu bapa bertaraf "pelarian" dari Selatan Filipina dengan dokumen IMM13.

Termasuk juga anak-anak Rohingya yang diberi status pelarian oleh UNHCR dan anak-anak Acheh yang ada status UNHCR. Tergolong dalam sasaran kementerian pelajaran  termasuk kanak-kanak  yang berkeliaran dibandar tanpa diketahui ibu dan bapanya dan kanak-kanak yang gagal dapat perlindungan dan pendidikan daripada ibu bapa dikategorikan "high-risk" parents kerana terlibat dengan dadah dan pelacuran.

Negeri Sabah adalah negeri yang paling ramai bilangan sateless kids di Malaysia. Walaupun tiada statistik rasmi,  jika sesiapa pernah berkunjung ke bandar-bandar utama di Sabah, terutama Kota Kinabalu dan Sandakan masalah itu amat ketara. Kanak-kanak kebanyakan anak rakyat Filipina seawal usia 5 tahun berkeliaran di pasar ikan, taman-taman dan supermarket.

Kanak-kanak itu berkerja sendiri menjual plastik kepada pembeli  di pasar ikan atau berkerja sebagai pelayan atau pembantu kedai kopi. Ada yang diupah menjual rokok seludup dari Filipina. Namun sebilangan besarnya kanak-kanak tersebut menjadi punca penyakit sosial yang berjangkit!. Untuk survival dalam bandar ramai yang jadi peminta sedekah,  terlibat dengan dadah jenis syabu, mencuri, ada yang menjadi pelacur seawal usia 13 tahun!

Kehadiran ramai pelancung di Kota Kinabalu seperti syurga kepada mereka mencari makan secara haram. 

Kenapa kanak-kanak itu tidak bersekolah?

Jawapannya ialah kemiskinan. Tidak ramai keluarga yang mampu membayar sekolah swasta. Saya pernah bertanya kepada satu keluarga, 

"Saya bukan warga negara, ada pas IMM13 saja,  walaupun anak saya ada surat beranak, Jabatan Pelajaran tidak benarkan anak saya sambung ke tingkatan satu. Jadi buang masa sekolah, bagus anak-anak ini kerja dan belajar cari makan". 

Disamping kemiskinan sebagai punca utama, sistem pendidikan negara juga turut menyumbang kepada masalah sosial kanak-kanak di Sabah. Kanak-kanak yang tidak bersekolah, apakah pilihan mereka setelah  menjangkau usia remaja?  

Tanpa sijil dan kemahiran membaca dan menulis, tiada  majikan, kerajaan atau swasta yang memberi mereka pekerjaan yang lebih baik selain sebagai pelayan kedai kopi? Maka "vicious circle" ini berterusan.

Majoriti rakyat Filipina adalah miskin, mencari nafkah sebagai nelayan pantai atau melakukan kerja-kerja pembinaan. Kebanyakan mendiami kawasan setinggan di pinggir bandar seperti Likas, Sembulan, Tanjung Aru, Lupak Maluas di Sandakan. Di Kota Kinabalu, Pulau Gaya yang cantik dan indah itu menjadi kotor dan hodoh dengan rumah-rumah dibina atas air.

Saya menerima kenyataan Menteri Pelajaran sebagai sesuatu yang baik untuk masa depan negeri Sabah. Melalui pendidikan, kanak-kanak ini dididik menjadi warga yang bertanggungjawab. Mempunyai "sense of identity dan sense of belonging" dan mencintai negara Malaysia sebagai negara yang melindungi mereka.


3 Responses to ""EDUCATION PROGRAMMES FOR STATELESS KIDS""

Anonymous said...

Kenapa mesti memperjuang rakyat orang lain, rakyat sendiri pun masih kebuluran, masih belum cukup pelajaran. Sekolah2 di Pedalaman masih kekurangan atau telah usang. Guru-guru pun tidak cukup. Kita bagi anak-anak stateless ini pelajaran, peruntukan apa tu diambil, dari cukai yg kita bayar? Ini ibarat Kera di hutan disusui, anak di rumah kebuluran...

Anak2 "stateless" ni mungkin strategy PTI untuk tinggal menetap di Sabah. Kelak anak2 ini sesudah maju dan berjaya, setelah diberi pelajaran oleh kerajaan, ibu bapa mereka akan datang mengakui anak-anak ini adalah anak-anak mereka.

Saudara cakap anak-anak stateless ni berusia 5 tahun ke atas. Tidak wajar sama sekali kerana 5 tahun lalu itu adalah tahun 2005 dan ke bawah. Ibu bapanya masih boleh dicari. Hantar saja mereka balik ke nagara asal mereka.

Macam mana mau jadi pemimpin PERKASA, kalau tidak dapat memperjuangkan hak-hak anak negeri dan bumiputera Sabah.

Esther Bernard M said...

Sememangnya ini adalah usaha murni kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan disamping mempercantikkan pemandangan di Sabah yang dicemari dengan parasit yang tidak bertanggung jawap.

Cuba kita renung sejenak apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku?

BETULKAN SAYA SEKIRANYA SAYA TERSILAP

*Bukankah perkara ini disebabkan oleh kakitangan Imegresen yang tidak menjalankan tanggungjawap seharian? Bolehkah seseorang berkeliaran sewenang-wenangnya tanpa pengenalan diri? MENGAPAKAH PERKARA INI DIBIARKAN SEHINGGA PELARIAN BOLEH DILAHIRKAN DI SABAH, MEMBESAR BAGAI JOHAN DAN BERANAK PINAK?

Apa sumbangan kerajaan dalam perkara ini. Membantu 'pelarian' dan menganaktirikan penduduk pribumi?

Unknown said...

Salam Perjuangan,

TAHNIAH, kerana perjuangan kita dalam menegakkan kebenaran mengenai kepincangan Pakatan Pembangkang pimpinan Anwar Al Juburi mendapat maklum balas positif dari kalangan pengunjung. Kami juga begitu teruja membaca artikel2 yang disampaikan di dalam blog anda.

Untuk pengetahuan saudara, blog kami yang dahulunya diberi nama UNIT MEDIA WANGSA MAJU telah dibubarkan dan kini telah melakukan beberapa penjenamaan semula. Kami telah membuat keputusan untuk menukar blog kami kepada GELOMBANG WANGSA MAJU.

Nama GELOMBANG WANGSA MAJU ditubuhkan atas permintaan beberapa pengunjung setia yang mahu blog kami dikekalkan di samping semangat perjuangan kami untuk meneruskan agenda menidakkan Anwar Al Juburi serta barisan keparat beliau.

GELOMBANG WANGSA MAJU akan menjadi lebih kritis dan terus mengkritik pihak pembangkang secara konsisten. Pihak pemerintah juga tidak akan terkecuali dari kritikan dan teguran blog ini. Tidak ada satu pun parti politik yang akan terlepas pandang.

Wadah perjuangan blog ini akan menjadi lebih universal dan bebas sekalipun masih tertumpu kepada usaha menyampaikan mesej pada isu isu nasional dan khususnya isu isu tempatan berkisar Parlimen Wangsa Maju.

KAMI juga TIDAK LAGI TERIKAT DALAM MANA2 PARTI POLITIK sebaliknya bebas menumpukkan isu2 yang dirasakan wajar ditegur dan dikritik.

Oleh itu, Kami berharap agar anda dapat MENUKAR NAMA BLOG KAMI DARI UNIT MEDIA WANGSA MAJU kepada GELOMBANG WANGSA MAJU di dalam list blog anda agar tidak berlaku sebarang kekeliruan dari pihak anda mahupun sahabat2 kita yang lain..


SEKIAN,

UMNO Didahulukan...
BN Diutamakan...