ARTIKEL BARU

ISI KANDUNGAN SURAT NAJIB KEPADA PERDANA MENTERI

Dato Najib bersama rakyat di Brickfield. Tak lama lagi Najib akan tulis surat kepada Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai cara-cara mentadbir dan memberi persamaan hak kepada semua kaum.

Antara kandungan  penting surat Dato Seri Mohd Najib kepada Perdana Menteri ialah memberitahu YAB Perdana Menteri masalah yang berlaku  dalam parti Barisan Nasional terutama parti UMNO. Masalah utama ialah terlalu ramai pemimpin yang khayal, lupa diri, jumud dan angkuh.

Najib mencadangkan pemimpin-pemimpin yang bersikap demikian digugurkan sebagai menteri dan jangan dipilih semula sebagai calon parti BN dalam PRU akan datang!

Dalam surat itu Dato Seri Najib menegaskan  kerana sikap pemimpin tersebut  sokongan rakyat kepada BN merudum pada PRU 2008. Oleh kerana pemimpin seperti itu ramai dalam BN, parti itu tewas lapan pilihan raya kecil daripada 13 yang telah diadakan. 

Dato najib ulangi kandungan surat itu dalam ucap-tama konvensyen BN pada 5 Disember yang baru lepas.

Bilakah Perdana Menteri mahu gugur pemimpin-pemimpin yang angkuh, sombong, lupa diri dan jumud ini? Tanya Dato Najib dalam suratnya.

YAB Perdana Menteri akan adakan rombakan kabinet sebelum berakhir tahun 2010. Dijangka pengumuman PM itu selepas berakhir sidang Dewan Negara pada 22 Disember depan. Seperti Dato Najib, kita berharap pemimpin-pemimpin itu akan digugurkan untuk memulihkan sokongan rakyat kepada BN. 

Siapakah yang dapat menilai  pemimpin yang sedemikian jika bukan rakyat atau ahli-ahli parti?

Jika rakyat menilai dalam PRU sudah tentu terlambat kerana boleh mengakibatkan BN kehilangan kerusi. Dato Najib baru teringat parti UMNO telah buat keputusan menangguhkan pemilihan parti UMNO selama 18 bulan. Tentu sekali proses memilih calon bukan lagi hak ahli parti, tetapi terletak pada budibicara Presiden dan Perdana Menteri.

Takkan PM nak gugurkan Dato Nazri Aziz yang membela Namawee?!, Nazri sahabat dan geng lama Najib. Begitu juga Ahmad Husni dan lain-lain. Tidakkah sahabat-sahabat Najib sombong, angkuh, lupa diri dan jumud?

Setelah menggantikan Tun Abdullah Badawi April 2009, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menegur sikap para pemimpin dan pegawai kerajaan yang mengadakan terlalu banyak upacara dalam menganjurkan sesuatu program.

Perdana Menteri berkata, amalan itu perlu dihentikan kerana bertentangan dengan ungkapan 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang sedang diterapkan kerajaan.

Sebaliknya, ungkapan berkenaan perlu diterjemahkan dalam bentuk dasar, program dan pendekatan bersistem bagi memastikan ia mempunyai pengisian yang bermanfaat dan berkesan kepada rakyat.

"Sebab itu, saya ingin ingatkan supaya jangan banyak sangat upacara pada setiap majlis seperti mesti ada letak karpet merah, bunga manggar, kompang, zapin dan banyak lagi sedangkan ini semua satu pembaziran," kata Najib.

Tetapi program anjuran kerajaan dan parti masih juga ada karpet merah, bungga manggar, kompang, tarian dan sebagainya.

Upacara yang sepatutnya boleh dielakkan supaya pemimpin dan pegawai kerajaan akan lebih mendekati rakyat dalam keadaan tidak formal dan sentiasa turun padang bagi mendengar rintihan mereka.

Akhirnya semua hanya ungkapan retorik tetapi  tidak dilaksanakan.

Ungkapan "Pemimpin kita mesti mendengar rintihan, rungutan rakyat terutama wakil rakyat, jangan sombong kerana kita kena turun padang dan selesaikan masalah mereka,".

Hanya tinggal ungkapan yang berulang-ulang.

Isu kemiskinan, terus menjadi rintihan bagi masyarakat kampung tradisional Melayu dan bumiputera, penempatan Orang Asli, ladang, rumah panjang atau kawasan pendalaman lain.

Bagi kawasan membangun pula, masyarakatnya terus mengeluh mengenai masalah pengangkutan, jenayah, rasuah, kenaikan harga barang dan banyak lagi yang juga harus ditangani.

Setiap kali ada konvensyen dan perhimpunan, kandungan surat kepada PM akan terus diulangi Najib.

Kita harap kandungan surat Najib kepada YAB Perdana Menteri mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya!!

Sama-sama kita renungkan.





0 Response to "ISI KANDUNGAN SURAT NAJIB KEPADA PERDANA MENTERI"