"Saya minta 300 ringgit, tapi dapat 50 ringgit!"
Agak kesal raut wajah Mat Deru. Dia tarik kerusi depan meja saya. Peluh menitis didahi. "Neslo satu!" Minuman baru katanya, campuran Nescafe dan Milo.
"Lebih sedap dari Kapisino!" Saya senyum perhatikan perangai penyokong tegar UMNO seperti Matderu. Saya kenal Matderu sejak tahun 1994. Dia aktif dalam parti peringkat cawangan. Sentiasa relevan setiap kali ada acara parti, terutama sewaktu pemilihan parti.
Kalau terjumpa Matderu, pastikan poket ada 10 atau 20 ringgit. Penyamun kecil-kecilan. Adakalanya, hati kecil saya tertanya, bagaimanakah nasib orang seperti Matderu jika UMNO hilang kuasa pada PRU akan datang? Apakah nasib penyokong dan rakyat seperti mereka bertambah buruk atau bertambah baik?
"Lima puluh pun lima puluhlah, apa boleh buat. Saya ambil sajalah. Bukan kerja angkat batu. Orang kerja kontrak dan angkat batu, belum tentu ada gaji 50 ringgit sehari!" Jelas Matderu sambil hirup Neslo.
"Ramai orang tadi?" Saya ingin tahu.
"Lebih 20 orang. Sama saja masalah. Semua minta duit. Minta bayar pendaftaran sekolah, beli baju sekolah, anak kawin, anak bertunang, bayar kereta dan macam-macam".
"Mana yang ramai? Monyet atau Harimau?" Tiba-tiba terpacul soalan itu dari mulut saya.
Matderu ketawa terbahak-bahak. Dia tahu cerita Monyet dan Harimau kerana saya pernah cerita mengenai perangai kedua-dua haiwan itu.
Monyet adalah binatang yang akan ambil apa saja kita berikan. Beri buah dia makan. Pisang, tembikai, limau dan sebagainya. Beri kueh dia makan. Lauk ayam, ikan, daging semua diratah. Nasi basi pun dimakan.
Itulah perangai monyet. Matderu tergolong penyokong kategori monyet. Dia minta 300, diberi 50 dia ambil. Pasal tu dia ketawa kuat!
Lain halnya dengan Harimau. Berilah satu lori pisang, harimau tak akan makan. Nasi tak makan. Kuih muih langsung tak ciumpun. Harimau hanya makan daging mentah!.
Pemimpin paling hormat dan takut penyokong yang termasuk kategori Harimau. Jika minta mesti banyak. Kalau jumlah yang diminta tak dipenuhi, dia akan tolak. Ada kalanya wang yang ditangan diserah semula kerana tidak cukup seperti yang diminta.
Tapi penyokong kategori harimau berbeza dengan monyet. Mereka jarang meminta-minta. Kalau minta mereka betul-betul perlu dan serius!!
Tapi penyokong kategori harimau berbeza dengan monyet. Mereka jarang meminta-minta. Kalau minta mereka betul-betul perlu dan serius!!
Ada satu lagi kategori pengikut yang dipanggil "hari hari mau". Yang ini memang langsung tiada masa depan apa juga parti yang memerintah!!
5 Responses to "ALKISAH PENYOKONG HARIMAU DAN MONYET"
salam tuan,
cerita yang bagus.
banyak juga penyokong jenis jerung.
jong pecah, kenyanglah mereka.
Salam tuan,
ini cerita baru ka tuan?
mcm tada idea sja ni...tapi bagus juga utk santapan minda yg ........
nak jadi penyokong harimau dan monyet kedua2nya skali.cerita penyokong buaya tarak ka bro.
salam tuan, saya wan mohd shahrir dari Pahang, blogger Sri Tri Buana mohon tuan link kan blog saya ke blog tuan. saya sudah link blog tuan ke blog saya. terima kasih.
http://sribuana.blogspot.com
Mohon promosikan blog kami untuk PRK Tenang.
http://tenangprk.blogspot.com/
Terima kasih.
Post a Comment