Banyak berlaku perpecahan Melayu semasa Tun Mahathir!
Dari segi takrif Melayu dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 153, saya menepati kehendak perlembagaan sebagai orang Melayu. Mengamalkan budaya Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu dan beragama Islam. Namun dalam politik saya sukar menerima sikap dan budaya orang Melayu yang dipenuhi dengan sikap iri hati, budaya hasad dengki, busuk hati sehingga berlaku perpecahan dikalangan mereka.
Oleh kerana Melayu itu secara kebetulan beragama Islam, iaitu agama yang bukan kerana pilihan mereka pun tetapi kerana tok nenek mereka dah menerima Islam, maka Islam pun dijadikan platform nak pecah-pecahkan lagi Melayu.
Hakikatnya, yang memburukkan imej agama Islam di negara ini ialah sikap dan perangai buruk dan tak senonoh bangsa Melayu dalm politik.
Islam tidak pernah mengajak umatnya berpecah. Malah dalam hubungan dengan bukan Islam pun umat Islam tidak di ajar untuk bermusuh. Ugama mu ugama mu, ugama ku ugama ku. Masalah timbul bila ada Melayu yang ingin berkuasa. Ingin berpolitik lalu mengatakan diri lebih Islam dari Melayu yang lain.
Sejarah perpecahan Melayu bermula bila sekumpulan manusia dalam UMNO mahu keluar dari UMNO untuk memperjuangkan Islam. Islam dijadikan alat untuk pecahkan Melayu!
Saya cuba mengelakkan berhujah politik dengan menyebut Islam. Tapi pelik sekali di Malaya ni, orang Melayu tidak boleh berpolitik tanpa berhujah menggunakan sentiment bangsa dan ugama? Saya percaya jika berhujah nilai-nilai universal atau sejagat, tentu tidak menghilangkan Melayu dan Islam mereka.
Sebagai contoh, apakah Melayu yang menyokong DAP akan hilang Melayu dan Islam mereka? Apakah Melayu yang menyokong UMNO kurang Islam mereka berbanding dengan Melayu yang menyokong PAS?
Fikir-fikirkanlah.
6 Responses to "MELAYU YANG BERPECAH BUKAN ISLAM!!"
Salam MO. disyorkan pada ROS haramkan semua parti yang berasaskan agama islam kerana memecahkan melayu. Salah guna agama islam-penyebab melayu berpecah.
Haramkan berpoltik menyentuh agama.
terima kasih sdra Musram:
Cadangan yang baik namun ada yang berhujah dalam Islam, politik adalah dibenarkan, takkan politik pula melarang agama Islam?...apa pun terserah keada kebijaksanaan pihak berkuasa.
tkasih sdra
Salam tuan, saya setuju sekiranya parti yg berasaskan agama diharamkan termasuklah parti yang berasaskan kaum dan bangsa. Barulah keharmonian di negara ini dapat ditingkatkan.
Saya ra kalau wan zizah tengok vcd sex tajan 3t itu pun memang buka nuar pelaku,sebab ada seorang lagi tengah arah pelakunya.Hero memang pandai.boleh jadi macam hitler.firaun,bush,obama dan kera ungka pun boleh.Apa lagi jadi orang jahat.TErtanya jugak mengapa KPN kata orang buat vcd (orang besar) dan sebar pada khalayak tak salah selama ni kita dok tangkap budak cari duit samas tengah ,pintas la gari la sebab,sebab jual cd c,rompak bukan TULEN...ni orang besar buat cd lucah dan tayang depaan ramai-ramai tak salah kalu regad sari pun jadilah,biar tahu sesukar mana duk lokap...allah huakbar undang-undang baru pula ke ni...dari duda kecil tak pernah buang anak pegha sendiri biarpun laki takda...
Salam tuan...
politik itu tidak kotor... tetapi segelintir orang yang di dalamnya yang menjadikan politik itu kotor...
Disebabkan tamak dan haloba maka mereka menjadikan medan politik sebagai platform untuk menghalalkan perkara-perkara yang dilarang agama.
wallahu'alam.
Salam....
Apabila orang memperjuangkan bangsa melebih agama, maka pasti akan berpecah.
Kalau perjuangkan agama barulah bertambah gagah. Mana mungkin ketuanan melayu bergabung dengan ketuanan Islam, itu puncanya.
Tentang Kami
Post a Comment