Tun Stephens: KM Sabah yang menjadi mangsa pertama dan kelima parti UMNO.
Setiap kali saya kira bilangan Ketua Menteri Sabah sejak 1963, saya teringat lagu "10 budak hitam". Tetapi bilangan KM Sabah lebih ramai dari "budak hitam"..
"Sepuluh budak hitam, main tepi jalan, satu kena langgar tinggal lagi sembilan......dan seterusnya hingga semua terkorban".
KM Sabah pertama ialah Donald Stephens. Dia pilihan British kerana lebih bijak dikalangan pemimpin Sabah Alliance Party (USNO, UPKO dan SCA). Tetapi tempuh Tun Stephens sebagai KM hanya selama 2 tahun.
Pada 1965, setelah Lee Kuan Yew membawa Singapura keluar dari Persekutuan, Tun Stephens minta Perjanjian Malaysia dikaji semula. Dia menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Kuala Lumpur kerana Sabah tidak dirujuk atau diajak berbincang sebelum keputusan dibuat.
Walhal kemasukan Sabah banyak dipengaruhi oleh Singapura dan Lee Kuan Yew.
Oleh itu Tun Stephens minta kedudukan Sabah dalam Malaysia dikaji semula. Kelantangan Tun Stephens tidak disenangi Tunku dan mengundang masalah kepada Stephens.
Tunku dan pemimpin-pemimpin UMNO terutama Tan Sri Ghazalie Shafie memanggil pemimpin-pemimpin USNO dan SCA ke KL. Tak lama selepas itu, kedua-dua parti berkenaan mendesak Tun Stephens berundur sebagai KM Sabah.
Tun Stephens patuh kepada desakan yang didalangi UMNO dan KL. KM baru mengetuai interim government dari SCA, Peter Lo dipilih sehingga pilihan raya umum pertama 1967.
Tun Stephens terpaksa akur menggantikan tempat Peter Lo sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah diperingkat Pusat.
(sambung: Tun Mustapha sebagai KM Sabah yang ketiga)
0 Response to "13 BUDAK HITAM SABAH..."
Post a Comment