ARTIKEL BARU

PERNAHKAH PEMIMPIN UMNO MEMOHON MAAF KEPADA ORANG MELAYU?


TUN DR MAHATHIR

PM yang dianggap mewakili cendikiawan Melayu. Pernah menangis, pernah berkata "Melayu Mudah Lupa" dan "Melayu Haprak" tapi Dr Mahathir dan pemimpin UMNO tidak pernah memohon maaf kepada Melayu dan Bumiputera.

Pada 19 November 2007, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia membuat kenyataan akhbar (rujuk New Straits Times 20 Disember 2007) bahawa usaha sedang ditumpukan untuk meneruskan DEB bagi meningkat ekuiti bumiputera daripada 2.4% kepada 30% yang disasarkan pada tahun 2020.

Pendedahan kedudukan ekuiti bumiputera pada ketika itu amat memeranjatkan saya. Takkan selepas 50 tahun, parti UMNO sebagai peneraju kerajaan dan penggubal dasar hanya mampu pencapaian 2.4% untuk bangsa yang mendokong perjuangannya?

Saya tidak persoalkan kemampuan Dato Seri Najib yang sekarang sebagai PM Malaysia mencapai matlamat 30% itu melalui dasar-dasar transformasi, GTP, ETP, NKRA, MBE dan bermacam-macam lagi yang telah dilancarkan. Tahun 2020 adalah tahun sasaran mencapai taraf negara maju bukan tahun sasaran mencapai matlamat akhir DEB.

Tahun sasaran DEB ialah pada 1990 bukan tahun 2020.

DEB dilancarkan ayah Najib pada 1971. DEB merupakan dasar ekonomi jangka panjang pertama negara (1972-1990) yang merangkumi 4 rancangan Malaysia. Bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua berakhir dalam Rancangan Malaysia Kelima. Sasaran serampang dua mata DEB:

1. Membasmi Kemiskinan tanpa mengira kaum dan,
2. Menysusn Semula Masyarakat Untuk Menghapuskan Pengenalan Kaum Mengikut Fungsi-Fungsi Ekonomi

Matlamat akhir pada tahun 1990 ialah mencapai 30% saham atau ekuiti kekayaan negara dimiliki kaum bumiputera!

Falsafah disebalik dasar yang diilham Tun Razak ialah membesarkan kek ekonomi dimana ini membolehkan penambahan saham bumiputera dilakukan tanpa perlu mengambil hak kaum-kaum bukan bumiputera dan warga asing.

Tun Razak meninggal dunia sebelum Rancangan Malaysia Kedua berakhir. Tun Hussien Onn yang menggantikannya meneruskan DEB. Hussien berundur pada penghujung Rancangan Malaysia Kedua. Tanggungjawap menentukan kejayaan DEB diteruskan Tun Mahathir untuk tempuh dua rancangan Malaysia berikutnya (RM3 dan RM4).

Ekonomi Malaysia begitu rancak semasa Tun Mahathir menjadi PM. Perindustrian berkembang dengan pesat. Kilang-kilang pembinaan menjadi penyumbang utama kepada KDNK. Malangnya tumpuan merealisasikan DEB hanya tertumpu kepada mencipta beberapa kerat Melayu menjadi bilioner.

Dr Mahathir adalah seorang pemikir Melayu yang menulis THE MALAY DILEMMA pada tahun 1970. Mahathir tahu kelemahan dan kedaifan sikap bangsa Melayu untuk maju dalam bidang ekonomi. Malang sekali,  9 tahun terakhir tempuh DEB, the final thrust,  tidak ditumpukan kepada soal ekonomi bumiputera sebaliknya tertumpu kepada soal mengekalkan kuasa politiknya.

Tanggungjawap ekonomi termasuk urusan bumiputera dan DEB diserah hampir sepenuhnya kepada budi bicara Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang menggunakan segala kesempatan dan kemudahan daripada kerajaan untuk memperkayakan kroni dan kawan-kawannya.

DEB gagal mencapai sasaran. Kerancakan ekonomi negara seperti diharapkan tidak meleleh (trickle effect)kepada kaum bumiputera. Kemiskinan terus menghimpit rakyat, terutama kaum bumiputera dan kaum India. Dr Mahathir tidak pernah mendedahkan kenapa DEB gagal mencapai matlamatnya pada 1990.

Tun Mahathir pernah berkata bangsa Melayu "haprak" sewaktu beliau berucap kali terakhir sebagai presiden UMNO pada tahun 2003. Pada tahun sebelumnya Tun Mahathir berkata "Melayu Mudah Lupa".

Tun Mahathir dan pemimpin-pemimpin UMNO tidak pernah meminta maaf kepada orang Melayu dan kaum bumiputera diatas kegagalan DEB!

Kenapa pemimpin UMNO tidak pernah rasa bersalah diatas kegagalan mereka?

Sama-sama kita renungkan...


2 Responses to "PERNAHKAH PEMIMPIN UMNO MEMOHON MAAF KEPADA ORANG MELAYU?"

Suara Rakyat said...

"Kenapa" pemimpin Melayu tidak merasa bersalah, DEB tidak tercapai! Mohon maaf sahaja tiada ertinya.

Anonymous said...

dan adakah anda juga pernah mohon maaf kepada rakyat /penyokong anda