ARTIKEL BARU

INDONESIA TERTAWA BILA MALAYSIA BICARA SOAL DEMOKRASI....


Rakyat Indonesia beruntung mendapat pemimpin dan parti terbaik setelah mereka berani melakukan perubahan!

Jika tuntutan rakyat Indonesia menuntut perubahan atau reformasi  pada tahun 1998 tidak berjaya, barangkali sehingga hari ini Golkar masih menjadi kerajaan yang memerintah Indonesia. 

Jika ada yang berubah hanya presiden dan menteri-menteri. Barangkali presiden Suharto akan melantik menantunya, atau anaknya Hutomo atau pemimpin kanan seperti Akbar Tanjung. 

Dasar parti masih sama, tidak banyak akan berubah. Budaya dan sikap masih sama. Jika ada yang berubah hanya stail kepimpinan.

Tetapi rakyat Indonesia telah melakukan sesuatu yang pada mulanya dirasakan mustahil. Suharto tunduk kepada desakan rakyat. Penggantinya Habibie yang mengetuai parti GOLKAR tewas kepada pemimpin buta, Abdul Wahid atau Bapak Gus Dur.

Gus Dur selepas itu digantikan Megawati Sukarnoputri setelah impeachment keatas Gus Dur. 

Reformist sebenar dalam kebinet Gus Dur dan Megawati ialah seorang bekas Leftenan General ABRI. Namanya Susilo Bambang Yudhoyono (SBY). SBY menyatakan rasa  kecewa kerana tidak berlaku perubahan yang dituntut rakyat lalu menubuhkan parti baru iaitu Demokrat Parti.

Pada PEMILU 2004, SBY  dan Yusuf Kala (Golkar) mencabar parti PDIP pimpinan megawati dan menang.

Pada 2009, sekali lagi SBY yang telah banyak melakuan reformasi membantu rakyat Indonesia mengekal kuasa sebagai presiden.

Hari ini rakyat Indonesia boleh berbangga jika mereka bercakap soal demokrasi. Mereka telah buktikan dengan menukar parti pemerintah sebanyak tiga kali. Golkar kepada PDIP dan kepada DP.

Isyarat kepada parti dan pemimpin yang memerintah, "yang berkuasa sebenar-benarnya dalam sistem demokrasi ialah RAKYAT, maka itu kebajikan rakyat harus dipelihara dengan sebaik-baiknya".

Jika ada pemimpin Malaysia bercakap apa itu prinsip dan konsep demokrasi, rakyat Indonesia boleh tertawa atau  setidak-tidak tersenyum sinis.

"Demokrasi apa yang bapak cakap, jika rakyat Malaysia tidak bisa membuat perbandingan dasar parti mana yang lebih baik? Barisan Nasional memerintah sejak British, ya tentu sekali kita hanya bisa bandingkan pemerintahan BN  dengan pemerintah British! Tapi bukan dengan parti-parti politik lain, yang mungkin lebih baik kepada rakyat daripada BN!"

Rakyat Filipina juga akan mentertawakan Malaysia bila bercakap soal demokrasi. Mereka telah melakukan perubahan dengan menolak Arroyo dan memilih Aquino. Apa lagi rakyat Thailand, mereka pasti akan ketawa terbahak-bahak. renung-renungkan... 


7 Responses to "INDONESIA TERTAWA BILA MALAYSIA BICARA SOAL DEMOKRASI...."

Anonymous said...

Cam bangang je ko ni penulis..kalo indon bagus buat apa dorang masuk malaysia berebut nak kerja? Sendiri fikirlah....ko tak layak sbnrnya nak jadi calon km sabah...sebab bodoh analisis

Pak Chad Hussin said...

SBY bilang...1Malaysia hihihi

Pak Chad Hussin said...

SBY bilang 1Malaysia...hihihi

arshad hussin said...

SBY bilang 1Malaysia...hihihi

Azizul Lemin said...

Dia tidak bodoh analisis sebenarnya. yang bodoh adalah kita yang tidak pandai menilai mana baik atau buruk, kita ikut saja telunjuk orang lain, rakyat indonesia datang malaysia kerena rezeki mereka idi tempat sendiri adalah terbatas berikutan jumlah penduduk yang terlalu ramai....tidakkah anda tahu berepa juumlah rakyat indonesia dan berapa jumlah rakyat Malaysia. Indonesia merdeka atas kuasa rakyat mereka yang mengusir belanda, tapi kita merdeka kerena kita minta kemerdekaan dari british, kenapa anda guna nama samaran, kenapa tidak guna nama sebenar untuk memberi komen..

jai said...

Demokrasi? Kau bercakap pasal demokrasi? Demokrasi tidak akan wujud kalau rakyatnya xpandai memilih sama ada damai atau kekejaman.. Kalau bilang pasal demokrasi, xpayah temberang bodoh nk gelak2 terbahak.. Prinsip sebenar demokrasi adalah memastikan seluruh rakyat jelata aman, kaya, dan berpendidikan tinggi tanpa corruption.. Itulah DEMOKRASI!! Malaysia dan Singapura lebih memahami konsep demokrasi dan institusi beraja (ketika Singapura di malaysi) waktu dahulu.. Siapa yg patut gelak kepada siapa sekarang? Tgk rakyat kamu, merempat di negara org dan xreti bersyukur.. Lagi nak berdusta.. Lakhnatullah perangai kafir.. Astagfirullah alazim.. Kau ni dasar perosak bangsa asean..

Mas April said...

Kebanyakan rakyat malaysia kalo berpendapat sesuatu dan ada 'Indonesia' disitu selalu saja ungkit soal TKI yg cari makan di malaysia. Demokrasi menurut kaca mata mereka selalu saja dengan nilai wujud 'kebendaan' dan 'materi'. Saat ini mungkin saja itu bisa jadi pembuktian akan 'demokrasi' versi kalian. Tapi kelak, saat 'kebendaan' dan 'materi' itu runtuh, kalian akan mencari, akan membutuhkan, akan berjuang.. untuk sekedar mendapat sesuatu yg saat ini kami sebut 'demokrasi' versi kami, versi bangsa Indonesia.