ARTIKEL BARU

UMNO PERANG SAUDARA KERANA LEMBU!!


Pak Tuan Syed Ali tak kata lembu ni jadi biawak hidup

Biasanya lembu dikaitkan dengan India dan Benggali. Kalaupun ada yang bergaduh kerana lembu, bukan orang Melayu tetapi kaum India, Sikh  atau Pakistan.

Barangkali dah ditakdirkan sebuah parti Melayu yang gagah perkasa, kaya raya, memerintah lebih 50 tahun boleh nak tercetus pertumpahan darah penyokong-penyokongnya dek kerana binatang lembu ini. 

Jika nenek moyang Datuk Shahrizat tidak merantau dari India  ke Pulau Pinang 70 tahun yang lalu, saya rasa UMNO tidak akan berperang kerana LEMBU.

Disiarkan dalam berita Astro Awani sekumpulan 70 orang penyokong Ketua Wanita UMNO, Datuk Shahrizat Jalil menyerang pejabat UMNO Bahagian Cheras.

Ketua UMNO, Datuk Syed Al Habshee menjangkakan serangan itu dibuat ekoran kenyataannya UMNO "memikul biawak hidup".

Dalam pertemuan dengan penyokong-penyokong samseng Shahrizat, Syed Ali dilaporkan memohon maaf dan berkata kenyataan itu ditujukan kepada NFC bukan Shahrizat.

Kabarnya penyokong-penyokong Shahrizat akan datang ke Sandakan dan Tawau untuk menyerang Datuk Bung Mukhtar dan Datuk Ghafur Salleh.

Minta-minta perkara ini jangan berlaku di Sabah...

1 Response to "UMNO PERANG SAUDARA KERANA LEMBU!!"

herizal alwi said...

He...he...he