ARTIKEL BARU

PRU 13 - NEW DEAL UNTUK SABAH DAN SARAWAK!


Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Pemimpin UMNO Sabah tidak pernah mengkritik parti STAR. Kenapa?

Parlimen akan bubar tamat sessi parlimen yang sedang bersidang” ayat sms saya terima dari seorang blogger pro pembangkang baru-baru ini. Saya bersetuju PRU ke 13 akan diadakan selewat-lewatnya bulan Jun kerana kemelut ekonomi Eropah dan USA akan mulai terasa selepas itu.

Apa pun BN masih ada masa dan PRU boleh diadakan pada bila-bila masa sehingga tempuh penggal berakhir pada 24 April 2013.

Di Semenanjung Malaysia, PRU 13 sudah pasti persaingan antara calon-calon BN dan PR, baik diperingkat negeri mahupun Parlimen. Kemunculan “Third Force” atau parti-parti kecil seperti parti KITA yang buat U-turn, dijangka tidaklah menjejaskan perlawanan satu lawan satu antara BN dan PR.

Di Sabah persaingan sudah tentu dari pelbagai penjuru! Kemunculan parti-parti baru yang muncul menjelang PRU diibarat bagai cendawan tumbuh di musim hujan.

Di Sarawak, fokus hanya tertumpu pada perebutan kerusi parlimen kerana pilihan raya negeri telah diadakan pada bulan April 2011 di mana parti-parti tempatan (PBB, SPDP, dan PRS) telah memberi mandat kepada BN untuk memerintah Sarawak sepenggal lagi. Kecuali parti SUPP yang kalah semua kerusi di kawasan bandar. DAP menang 12 dan PKR menang 3 kerusi.

Dari segi strategi, di Sarawak, Pakatan Rakyat telah berjaya mencapai kata sepakat, di mana hanya satu parti pembangkang mencabar BN. Sebagai contoh N.09-Padungan (23,576) majoritinya pengundi Cina, calon DAP Wong King Wei menang mengalahkan BN-SUPP Sim Kiang Chiok dengan majoriti 7,884, PKR dan PAS tidak bertanding.

Formula yang sama boleh dibuat di Sabah jika ada persefahaman dan pemimpin-pemimpin pembangkang di Sabah mencapai kata sepakat ‘satu matlamat satu perjuangan’. Namun ramai juga melahirkan keraguan, kata sepakat itu tidak akan tercapai kerana BN bijak dengan taktik ‘divide and rule’!

Pada PRU – 12, BN Sabah hanya kalah satu kerusi Parlimen kepada DAP daripada 25 kerusi. UMNO menang -13, UPKO - 4, PBS - 3, SAPP -2, LDP – 1 dan dan PBRS menang 1 (tanpa bertanding).

Diperingkat negeri, BN hampir menang semua 60 kerusi DUN. UMNO – 34, PBS – 12, UPKO – 4, LDP – 3, SAPP – 4, PBRS – 1, MCA – 1, dan parti pembangkang DAP menang satu kerusi.

Ada beberapa kerusi seperti DUN Inanam, Kepayan, Api-Api, Luyang dan kerusi Parlimen Sandakan yang boleh dimenangi parti pembangkang jika tidak berlaku perlawanan 3 atau 4 penjuru antara PKR, DAP dan PAS serta parti pembangkang dan calon Bebas.

Pada PRU akan datang, BN Sabah sudah pasti akan menggunakan pembahagian kerusi yang sama untuk berhadapan dengan PKR, PAS dan DAP. Manakala parti-parti pembangkang di luar Pakatan Rakyat telah mengumumkan bertanding semua kerusi negeri dan Parlimen!

STAR dilaporkan telah mencapai kata sepakat dengan SAPP dan USNO (parti yang belum berdaftar) di bawah satu gagasan yang dipanggil United Borneo Alliance (UBA).

Dengan perkembangan terbaru ini dan jika parti-parti pembangkang di luar PR terus berdegil dengan hasrat mereka bertanding ‘free for all” saya tidak nampak hasrat rakyat untuk merealisasikan perubahan di negeri Sabah akan menjadi kenyataan.

Sejak 4 bulan lalu sebagai Penolong Ketua Penerangan PKR saya dijemput memberi ceramah hampir setiap hari terutama pada hujung minggu di seluruh pelosok negeri Sabah. Saya memberi penerangan matlamat PR ialah menjadi pemerintah alternatif kepada BN diperingkat persekutuan. Berdasarkan keputusan PRU 2008, hanya PR yang boleh kalahkan BN, bukan parti-parti seperti STAR, SAPP atau SPF.

Saya menjangkakan matlamat STAR untuk mengambil alih peranan PBS, UPKO dan PBRS. Walaupun parti STAR begitu lantang membawa isu-isu mengenai hak Sabah seperti Perkara 20 dan royalti minyak namun kepimpinannya tahu, perjuangan itu sia-sia jika BN terus berkuasa diperingkat Persekutuan.

Amat ketara jika kepimpinan STAR enggan berkerjasama dengan PR bermakna parti itu telah bersedia untuk berkerjasama dengan BN. Apa yang diperjuangkan STAR ialah mengambil peranan parti-parti Kadazandusun based seperti PBS, UPKO dan PBRS dan pemimpinnya mendapat kedudukan dan jawatan menteri seperti jawatan yang diberikan kepada pemimpin PBS, UPKO dan PBRS.

Pengundi Kadazandusun benar-benar keliru dengan perkembangan yang berlaku. STAR nampaknya mempunyai banyak kewangan dengan mengadakan perjumpaan besar-besaran. Ada seorang penceramah mendakwa STAR diberi bantuan kewangan berjumlah RM4 juta daripada UMNO untuk memecah belahkan sokongan PR di Sabah.

Apakah dakwaan itu benar? Memang sukar dibuktikan namun STAR telah mampu menggerakkan jenteranya lebih aktif daripada PR dan SAPP.

Dalam satu sessi ceramah di kampong Rosok, Kota Belud pada 9hb Mac lalu, saya beritahu mereka
perjuangan STAR sama seperti PBS pada 1985. Setelah PBS memerintah selama dua penggal, apakah PBS berjaya pulihkan 20 Perkara? Apakah PBS mampu mendesak kerajaan Persekutuan mengkaji semula perjanjian Malaysia 1963? Apakah PBS berjaya naikkan royalti minyak daripada 5%?

Jawapannya TIDAK!

Pada pru 2008, isyarat tsunami tidak sampai ke bumi Borneo. Rakyat Sabah dan Sarawak masih beranggapan rakyat di tanah besar Malaya masih mempertahan BN. Tetapi terbukti daripada keputusan PRU 2008 dan 16 pilihan raya kecil, rata-rata rakyat Malaysia terutama golongan muda mahu reformasi dan menolak transformasi.

Persoalannya, kenapa rakyat Sabah yang terkenal dengan keberaniannya untuk merubah kerajaan tidak mengambil peluang yang terbentang luas untuk sama-sama menumbangkan kerajaan BN yang telah memerintah Sabah selama 49 tahun?

fikir-fikirkanlah....


18 Responses to "PRU 13 - NEW DEAL UNTUK SABAH DAN SARAWAK!"

kelapa mawar said...

Sdr Musli Oli, saya nampak begini keadaannya>
1. Jangan persalahkan parti2 kecil seperti SAPP,STAR,USNO ( blm di daftarkan) sebab mrk sudah mula menunjukkan minat ingin berbincang dgn PR mengenai pengagihan kerusi.

2. PR kena juga ikhlas dgn rakyat Sabah. Kalau PR mahu tumbangkan BN di peringkat Persekutuan, PR kena juga tentukan halatujunya di Sabah. Iaitu jangan letakkan calon di peringkat Negeri (DUN).Berikan kepada parti2 kecil ini.

3. PR juga perlu mendapatkan persetujuan kp parti2 kecil ini utk tdk meletakkan calon di peringkat Parlimen. Supaya PR sahaja satu lawan satu dgn BN.

4. Senario ini berbaloi, kerana kalaupun UBA menang di peringkat DUN, dan PR menang membentuk kerajaan Persekutuan, kerjasama boleh dilakukan dgn baik kerana kedua2nya adalah btujuan menumbangkan BN di Sabah dan persekutuan.

STAR yg mahukan 20 perkara akan mudah mendapatkannya di bawah Pemerintahan PR.

Persoalnnya ialah bolehkan PR berkompromi dgn UBA mengenai hal ini???

Anonymous said...

Saudara, Usah kelirukan rakyat Sabah, Sekarang orang semenanjung telah menolak PR. Tidak ada lagi sunami. Pengundi Pr dulu telah sedar mereka tertipu.

Unknown said...

Kau sebagai ketua penerangan harus peka dan tahu kenapa rakyat Sabah tidak akan memilih Pakatan walaupun PRU 13 kerana di pendalaman Sabah semua tidak mahu di perintah oleh kerajaan persekutuan Sabah hendak balik Atonominya dan tidak mahu parti dari semenanjung datang dan memeritah mereka ini adalah asas MA 63 dan 20 pekara .apa yang di cakap oleh kamu adalah ketakutan Parlimen tergantung dan in i adalah hakikat kerana Sabahan sudah bangun dengan sinar yang baru dan di sini DDJK sudah membuat semuaperancangan utk menyelamatkan Sabah dari di jajah kembali .Dan utk pegetahuan anda semua pelancaran dan perjumpan adalah dengan duit sendiri dari Rakyat dan derma Rakyat STAR selalu mengamalkan gotong royong dan amalan menderma dan bukan di katakan semua ini di sponsor kalau macam itu saya pun sudah ada gaji tetapi saya membuat ini semua kerana perjuangan dan menuntut satu hak hak yang sepatutnya milik orang Sabah ini kerja murni dan saya sukarela utk membantu Parti STAR so apa dakwaan ini semua adalah palsu kerana memang hendak memecahbelahkan orang Sabah di sini dan apa kelainanyan Pakatan dengan BN.

Anonymous said...

Hi, very confusing !! do not know which party or who to vote ??

Too many parties and strength diluted...

Aling said...

Namanya juga PRU, persaingan itu pasti ada di setiap pelusuk penjuru.

Anonymous said...

Makin dekat PRU makin banyak jugalah ramalan yang timbul. Walaupun dulu ramai yang target Mac PRU tapi sekarang ramai yg jangka Jun. Entah lepas ni bila lagi:P

Anonymous said...

Bagi saya apa yang penting ialah rakyat harus bijak menilai dan membuat keputusan yang tepat.

Dorty said...

Entah siapalah yang menang next GE nanti. Yang pasti persaingan sememangnya agak sengit.

Dorty said...

Harap rakyat tidak mudah terkeliru dengan mana-mana andaian. Gunakan akal fikiran yang ada dan lakukanlah apa yang patut.

TuhauBam said...

JK dalam politik Sabah melalui Star hanya bertujuan untuk membahagikan pembangkang. JK mungkin mempunyai agenda tersembunyi. JK adalah tokoh yang sangat kuat di pihak pembangkang tetapi tiba-tiba menyertai Star, sebuah parti yang tempatan dari Sarawak.

Hinamori said...

hi,

If Dr Jeffrey really wants to be authoritative in a local party, then during the PBS reign in 1994, here, he would not have left the party and caused PBS to crumble as a result of his betraying his own brother, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan

Anonymous said...

penawaman 4 negeri oleh pembankang telah memberi kesedaran kepada BN akan kelemahan2 mereka. kini BN telah membentuk jentera yang lebih kukuh bagi menghadapi PRU13 nnti.

Bujang Senang said...

Mungkin ini bukan kerana STAR parti kecil atau bukan. Namun mungkin kerana STAR masih dibawah kuasa yang tidak membimbangkan untuk BN.

gaman said...

sedangkan dalam Pakatan sendiri pun kadang kala boleh timbul perebutan kerusi antara DAP, PAS dan PKR.. inikan pula mahu bekerjasama atau memberikan laluan kepada parti pembangkang tempatan yang bukan duduk dibawah payung Pakatan??

UMNO PARTI PENJARA said...

Pemuda UMNO dan Puteri UMNO Pergerakan Bodoh Dan Tolol..Generasi Muda teraniaya dan terancam. Bodohnya Aku Kalau Aku Terus Berjuang Untuk UMNO
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=31913&postdays=0&postorder=asc&start=0
2 ~ http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65445
3 ~ http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=639811
4 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22139#486542
5 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28011.html
6 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3151
7 ~ http://www.ehoza.com/v4/forum/forumdisplay.php?270-Isu-Semasa-2011&s=63a289413c17d2b7384748ad617318aa


Transformasi Palsu - Generasi Muda Terengganu Generasi Terbodoh Sepanjang Zaman( Sumpah Aku Takkan Undi BN Walaupun Aku Ahli UMNO )
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155



Skandal NFC - Bukti Jelas Bahawa Wanita2 UMNO Bukan Ibu2 Yang 'berguna' kepada generasi baru..
1~http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=33143
2~http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65624

Mumbai said...

Datuk Musa Aman terus memimpin negeri Sabah

Sabah World Heritage

Mengurus pulau Borneo, yang mana saiznya seluas Scotland yang hampir tiga suku adalah kawasan luar bandar dan kaya dengan sumber semulajadi, merupakan satu tugas yang sukar. Sabah dibahagikan kepada 33 daerah dengan saiz geografinya berbeza untuk memudahkan pentadbirannya. Daerah terbesar Sabah seluas 10,000 kilometer persegi ialah Tongod di timur Sabah, lebih besar dari negeri terkaya iaitu Selangor. Fakta ini sepatutnya cukup untuk memberikan gambaran bahawa Datuk Musa Aman sedang memikul tangungjawab berlipat kali ganda dari Ketua Menteri bagi negeri-negeri di Semenanjung. Dalam kata lain, Datuk Musa Aman sedang mengurus tadbir sebuah kawasan yang sepatutnya layak diurus tadbir oleh lima atau lebih Ketua Menteri.

Walau bagaimanapun, keluasan negeri Sabah bukan menjadi penghalang kepada Datuk Musa Aman untuk membuktikan kemampuan beliau dalam memajukan negeri ini. Buktinya, rezab kewangan Kerajaan Sabah telah berjaya dilonjakkan kepada lebih RM4 bilion sehingga mendorong Ketua Audit Negara untuk mengiktiraf pengurusan kewangan Sabah sebagai antara yang terbaik di Malaysia. Selain itu, kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman juga berjaya menarik ramai pelancong dan pelabur yang akhirnya mendorong kepada pelaksanaan pelbagai projek-projek pembangunan di negeri ini.

EXPOSE said...

Borneo Bullet
Pemuda SAPP buat laporan Polis

RM40 juta untuk tutup sumbangan politik Soros kepada Pakatan Rakyat

Sah! Musa Aman bersih dari skandal wang haram

AWAS! Agen Pemasaran Pembangkang Semakin Aktif

Lajim akui dirinya Winnable Candidate

Tidak ada peluang kedua untuk Bumburing

SPRM akui siasatan sudah selesai

Laporan palsu Merdeka Centre cuba tutup rekod cemerlang Musa Aman

Siapa disebalik Merdeka Centre?

Anonymous said...

kepentingan Sabah dan sarawak perlu dipertahankan