ARTIKEL BARU

DOSA-DOSA UMNO


Tajuk artikel diatas merupakan tajuk buku saya yang terbaru yang dijangka terbit sebelum Najib bubarkan Dewan Rakyat selepas Bajet 2013. 

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau nama asalnya PEKEMBAR adalah gabungan persatuan-persatuan atau NGO Melayu dan Islam yang telah bersatu untuk menjaga kepentingan dan hak orang Melayu menentang perlembagaan Malayan Union.

UMNO sepatutnya menjadi institusi politik bangsa Melayu kerana telah memilih nama bangsa MELAYU sebagai nama parti. Melayu adalah hak bangsa Melayu. Mana-mana pertubuhan yang menggunakan nama Melayu secara langsung meminjam hak bangsa Melayu.

Dalam kes UMNO,  setiap umat Melayu Islam di negara ini berhak keatas UMNO samada mereka menjadi ahli atau tidak kerana parti itu menggunakan nama Melayu. 

Demikian halnya dengan pertubuhan-pertubuhan yang menggunakan nama Melayu atau bumiputera. Semua bangsa Melayu dan  kaum bumiputera berhak keatas pertubuhan itu selaras dengan kedudukan istimewa Melayu dan bumiputera dalam perlembagaan. 

Akan tetapi banyak pertubuhan termasuk dewan-dewan perniagaan yang hanya menggunakan nama Melayu dan bumiputera untuk mendapat keistimewaan dari kerajaan tetapi hakikatnya pertubuhan itu tidak memperjuangkan Melayu dan bumiputera secara keseluruhannya. Sebaliknya pertubuhan itu dijadikan alat untuk kumpulan tertentu mencapai agenda peribadi  mereka.

Kenapa boleh berlaku demikian?

Jawapannya mudah sahaja. UMNO sebuah parti politik Melayu telah menjadi contoh dan teladan. Hakikatnya pemimpin-pemimpin pertubuhan itu kebanyakannya orang-orang yang sama yang mempunyai jawatan dalam parti UMNO.

Penjajah Brtish juga membina landasan kereta api dan jalan raya menghubungkan bandar-bandar tertentu dengan pelabuhan. Tujuan sebenar penjajah untuk memudahkan mereka mengangkut bijeh timah, getah, kayu balak dan lain-lain hasil bumi untuk diekspot ke negara mereka!

Jika jalan raya dan keretapi itu digunakan dan memudahkan rakyat, ianya secara kebetulan tetapi bukan itu niat sebenar British.

Bila Tun Dr Mahathir membuat keputusan membina PLUS dan memberi kontrak bernilai RM300 juta itu kepada syarikat United Engineering (UEM) milik UMNO, niat asal Tun Dr Mahathir ialah mendapat keuntungan daripada pungutan tol dari pengguna jalan raya. Sudah tentu keuntungan itu dibayar secara advance oleh Bank yang telah diarah untuk memberi pinjaman.

Di Sabah dan Sarawak, pengguna jalan raya tidak ramai. Membina lebuh raya bertol tidak menguntungkan syarikat-syarikat kroni UMNO, maka itu walaupun keluasan Sabah dan Sarawak empat  kali ganda lebih besar daripada keluasan Malaya, satu lebuh raya tidak dibina di Borneo.

Hasil minyak petroleum dan gas asli dari Sabah dan Sarawak digunakan membina Menara Kembar dan Putrajaya kerana ia lebih menguntungkan pemimpin-pemimpin UMNO dan syarikat kroni daripada membina kemudahan rakyat di kedua-dua negeri itu. Walaupun sebenarnya kos membina lebih raya di Sarawak dan Sabah tidak sampai 5% daripada perbelanjaan membina Putrajaya dan KLCC.

Hanya semasa Tun Razak menjadi presiden UMNO dan Perdana Menteri, terdapat usaha menyatukan bangsa Melayu. Pada tahun 1973, Tun Razak jemput PAS menjadi komponen Barisan Nasional bersama parti-parti bumiputera dari Sarawak dan Sabah.

Tun Dr Mahathir yang dipecat semasa Tunku Adbul Rahman telah dibawa semula masuk UMNO dan dipilih sebagai calon parlimen kawasan Kubang Pasu pada 1974. Dr Mahathir juga dilantik menteri pelajaran.

Pada masa Tun Razak, jelas terdapat keikhlasan kepimpinan Melayu Islam untuk menyatukan bangsa Melayu dan menjadikan UMNO sebuah institusi politik Melayu yang sebenarnya.

Malangnya selepas Tun Razak meninggal dunia, PAS telah disingkir dari BN kerana kepimpinan UMNO enggan berkongsi kuasa. Di era Tun Mahathir, beberapa pemimpin UMNO telah disingkir termasuk Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Tun Dr Mahathir juga menjadi dalang supaya UMNO diharamkan untuk menyingkir tokoh-tokoh veteran UMNO termasuk dua bekas presiden, Tunku dan Tun Hussien Onn.

BERSAMBUNG..... 





3 Responses to "DOSA-DOSA UMNO"

Anonymous said...

Sambung cepat2 sikit tak sabar nak tau tembelang keling kutty dan umogok.

UMNO PARTI PENJARA said...

.

(( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?



Tak ada apa yg perlu dijelaskan lg. Tak ada apa yg perlu diterangkan lg. Tak ada apa yg perlu diperincikan lg. Pemuda dan Puteri UMNO sememangnya BODOH.

Bila kaum Cina menolak HUDUD, pandai pulak mereka sibuk2 nak bercakap pasal HUDUD. Yg Barisan Nasional yg dah memerintah lebih 50 tahun tak pernah buat HUDUD , 'Ada ko kisah'? Kepala otak pemuda dan puteri UMNO letak kat mana?

Bodoh sangat kalau ada orang kata mengundi UMNO yg dah memerintah 50 tahun tanpa HUDUD lebih baik berbanding kaum cina yg tak faham HUDUD menolak HUDUD.

Jadi, fikirkan sy ada alasan cukup kuat kenapa menolak BN dan menerima PAKATAN RAKYAT. Sememangnya mereka tak pernah buat HUDUD sejak 50 tahun dulu. Dan pemuda dan puteri UMNO memilih utk jadi BODOH.


(Edit, copy & paste dari 'Page FB Kump. Adik2 Keluar UMNO')

Anonymous said...

HUDUD... hudud.. Kau faham ke apa kamu cakap. Orang PAS sendiri tak faham apa itu HUDUD. Kalau faham dah tentu Kelante jalankan HUDUD dengan apa cara sekali pun. Tapi dah lebih 20 tahun. Kenapa takutkan manusia ... Hudud hukum Allah. Kenapa PAS tak percaya kepada Quran ke. Jangan menuding jari. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. PAS TONG KOSONG.. bising je isi tarak.