ARTIKEL BARU

DR JEFFREY DAN BUMBURING - ANTARA RETORIK DAN REALITI




Sejak awal merdeka, secara umum lebih 50% penduduk  Sabah  tidak berpuashati dengan status Sabah dalam Persekutuan Malaysia berpunca daripada sikap kerajaan Pusat yang tidak menghormati syarat-syarat MALAYSIA AGREEMENT 1963 dan tidak mematuhi syarat-syarat dalam Perkara 20.

Pemimpin pertama yang menyuarakan rasa hati orang Sabah ialah Ketua Menteri Sabah yang pertama, Donald Stpehen pada 1965 setelah penarikan Singapura daripada Persekutuan. Berikutan itu Donald Stephens digugurkan daripada jawatannya dan digantikan dengan pemimpin SCA.  Peter Lo menjadi KM Sabah selama 2 tahun sebelum pilihan raya umum pertama 1967.

Pilihan raya negeri pertama menyaksikan persaingan sengit antara dua komponen Parti Perikatan Sabah (Sabah Alliance Party) USNO yang diketuai Tun Mustapha dan UPKO pimpinan Tun Stephens. Dalam pilihanraya itu, Kuala Lumpur secara terbuka memberi sokongan kepada USNO! Parti  UMNO dan MCA masing-masing  secara sulit membantu parti USNO dan SCA.

Keputusan PRN pertama mengesahkan sentiment kaum KDM yang tidak memihak kepada Malaysia dengan memperolehi 50% jumlah pengundi yang mengundi UPKO walaupun keputusan tidak memihak kepada UPKO yang hanya mendapat 12 kerusi berbanding dengan 14 kerusi yang dimenangi USNO. Parti SCA menang 5 kerusi dan Bebas menang satu kerusi bila Peter Lo kalah kepada Yap Pak Leong.

Punca utama UPKO kalah kerana Tun Stephens yang terlalu percaya kepada Tunku Abdul Rahman Putra yang meminta Tun Stephens jangan bertanding dalam PRN 1967 itu. Tunku berjanji pilihan raya itu adalah friendly contest antara anggota komponen Perikatan. Bagaimanapun janji Tunku tidak benar. Kuala Lumpur berniat untuk hancurkan UPKO dengan cara yang paling kotor!

Pada Pilihanraya negeri 1976, sokongan kaum KDM diterjemahkan dengan sokongan kepada parti BERJAYA yang memperolehi 28 kerusi manakala  parti pemerintah USNO hanya dapat pertahan 20 kerusi di kawasan majority  bumiputera Islam.

Kemenangan PBS pada 1985 mengalahkan BERJAYA juga adalah atas sokongan kaum KDM dengan sentiment yang sama pada 1967 dan 1976 iaitu tidak puas hati dengan layanan KL keatas Sabah! Bertitik tolak daripada itu lahirlah slogan SABAH FOR SABAHANS!

Kaum KDM sedang menunggu untuk mencari sebuah parti dan pemimpin yang akan mengetuai mereka menentang ketidakadilan KL keatas Sabah. Isu-isu terkini seperti PTI dan tanah-tanah adat yang dirampas syarikat-syarikat besar dari luar Sabah merupakan isu-isu yang dekat dengan hati mereka.

Pemimpin KDM seperti Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengambil kesempatan daripada sentiment kaumnya dengan mengetuai STAR di Sabah sungguhpun Dr Jeffrey sedar STAR tidak akan mendapat sokongan secara menyeluruh. Tetapi Dr Jeffrey tahu, KDM adalah fixed deposit partinya jika tiada parti politik lain atau pemimpin KDM lain yang boleh mengambil peranan mengetuai kaum KDM.

Kemunculan ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing yang keluar daripada UPKO dan menubuhkan APS telah merubah lanskap politik di kawasan KDM. Kelihatan Bumburing sanggup mengorbankan jawatannya dan bersedia menentang BN kerana mempertahankan hak-hak kaum KDM terutama dalam isu PTI dan tanah adat!

Berbeza dengan  Dr Jeffrey yang  menentang BN secara bersendirian dan menuduh PR sebagai parti-parti dari Malaya, Bumburing pula memberi sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Jeffrey lebih retorik dalam tuntutannya termasuk meminta lebih 50% royalty petroleum daripada Kerajaan Pusat berbanding dengan komitmen PR dalam Buku Jingga yang memberi  20% royalty kepada Sabah dan Sarawak serta negeri-negeri pengeluar minyak lain, Terengganu dan Kelantan.



0 Response to "DR JEFFREY DAN BUMBURING - ANTARA RETORIK DAN REALITI"