ARTIKEL BARU

KENAPA YAHAYA LAMPONG SI TANGGANG?


Saya hanya mampu tersenyum bila ada yang kata Dato Yahaya Lampong seperti Si   Tanggang dan derhaka kepada UMNO.  Apakah Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussien Onn yang pernah menentang UMNO juga dianggap seperti Si Tanggang? Jika YA, maknanya  status Yahaya Lampong setaraf dengan tiga bekas presiden UMNO.

Ahad lepas saya baca kenyataan akhbar seorang ketua cawangan UMNO bahagian Papar dalam akhbar Sunday Express.  Berdasarkan pengalaman saya sebagai orang surat khabar, biasanya jika yang membuat kenyataan sekadar jawatan ketua cawangan parti, ketua editor tidak akan siarkan, kecuali telah mendapat arahan daripada pihak atasan.

Pada 15hb September lepas dalam satu majlis menyambut Hari Malaysia di Tuaran, Ketua Umum PKR mengumumkan bekas timbalan menteri Persekutuan itu menyertai PKR. Turut hadir dalam majlis itu ialah Tan Sri Ibrahim Menudin yang telah menyertai lebih awal dalam majlis di Labuan. Seorang lagi yang hadir ialah bekas Setiausaha Agung USNO, Datuk Askalani Abdul Rahim walaupun penyertaannya belum diumumkan secara rasmi.

Seperti Datuk Seri Panglima Lajim dan Datuk Wilfred Bumburing,  sudah tentu penyertaan Yahaya Lampong bakal mengundang kecaman daripada UMNO. Inilah demokrasi dan kebebasan berpolitik dalam negara kita. Semasa bersama UMNO, mereka semua baik belaka. Sebaik sahaja keluar dari UMNO, pemimpin itu digambarkan sebagai orang yang tidak baik dan bermacam-macam gelaran.

Petang tadi saya dapat panggilan telepon daripada  seorang kawan. Daripada nada suaranya,  dia amat marah dan geram dengan Jalil. “Bro. Saya bukan orang politik dan saya tidak suka campur hal politik tapi saya tahu dan saya kenal Dato Yahaya Lampong. ! Si Tanggang sebenarnya ialah  Si Jalil yang tidak tahu  tidak kenang budi orang yang telah bantu dia semasa dia muflis!”

“Sabar saudara” Saya cuba tenangkan pemanggil tadi. Jangan terburu-buru. Politik memang begitu. Saya pasti Yahaya Lampong juga sudah cukup bersedia dari segi mental menerima kecaman dan penghinaan daripada orang-orang UMNO sebaik sahaja dia buat keputusan meninggalkan UMNO dan BN.

“Mari minum dulu” Saya ajak dia ke sebuah kedai kopi di Tanjung Aru.

Dia beritahu saya, Jalil ialah adik kepada Datuk karim Ghani, Pengarah Strategi PKR Sabah. Suami kakak Jalil, adalah adik  kandung Dato Yahaya Lampong. “Abang iparnya tu adik Yahaya Lampong. Semasa dia muflis dan susah, kakak dan abang iparnya yang bantu dia. Kenapa dia tergamak burukkan peribadi Yahaya Lampong. Apa perasaan abang iparnya?”

Saya beritahu dia, jika benar itu kenyataan dari Jalil, bukan daripada orang-orang tertentu dalam UMNO, barangkali Jalil juga ada perancangan politik untuk dirinya. Mungkin dia cuba mengisi vacuum yang ditanggalkan dua orang abangnya, Datuk Karim Ghani dan Datuk Sabdin Ghani. Datuk Karim adalah bekas Ketua Penerangan  UMNO. Manakala  Hj Sabdin Ghani yang kini uzur adalah pemimpin yang dikenali aktif dalam politik dan NGO.”

Mungkin Jalil berharap dengan menyerang pemimpin seperti Dato Yahaya Lampong dia akan mendapat perhatian pemimpin tertinggi UMNO. Dia harap dia akan relevan dalam UMNO!. Saya mengandaikan sahaja.
.
Saya tidak kenal Encik Jalil bin Abd Ghani. Tapi saya amat kenal siapa Yahaya Lampong. Saya mula mengenali  Dato Yahaya Lampong pada tahun 1981 bila dia bertanding atas sebagai calon parti BERJAYA menentang presiden USNO, Tun Said Keruak untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Usukan dalam pilihanraya umum negeri Sabah.

Pada masa itu saya masih menuntut di tahun akhir Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya. Secara kebetulan PRU diadakan semasa cuti penggal, maka saya juga turut serta berkempen. Tapi saya menyokong USNO bukan parti BERJAYA.

Walaupun tewas tipis dengan 81 undi, Yahaya Lampong mencipta sejarah sebagai calon “orang luar” yang berani mencabar seorang pemimpin Bajau yang amat berpengaruh di Kota Belud. Bertitik tolak dari cabaran itu, sejarah warna warni politik Yahaya Lampong telah bermula.

Pada PRU 1982, sekali lagi Yahaya Lampong mencuba nasib di Kota Belud. Kali ini bertanding kerusi parlimen sebagai calon BEBAS menentang calon BN dari USNO, Datuk Pandikar Amin Hj Mulia (sekarang Tan Sri). Beliau yang mendapat sokongan daripada parti BERJAYA telah menang dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Bandar Malaysia.

bersambung.....

1 Response to "KENAPA YAHAYA LAMPONG SI TANGGANG?"

UMNO PARTI PENJARA said...

Muhyiddin Dan Puteri UMNO Mahu Najib BERUNDUR... Kenapa?

~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~


Tapi yang terpenting... Pemuda dan Puteri UMNO yang kononnya barisan pelapis kepada UMNO tetap BODOH... Tetap TOLOL.. Itu yang pasti..

Disebabkan KEBULUR sangat nak berjuang untuk UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO sanggup menipu dan memperbodohkan diri sendiri untuk sama2 menipu dan memperbodohkan orang2 tua kat kampung, saudara dan adik2 mereka... Jika Pemuda dan Puteri UMNO tidak boleh menggunakan akal dengan bijak, kenapa tak jadi LEMBU saja?







(( edit, copy & paste Page FB Kump. Generasi Baru keluar UMNO ))