ARTIKEL BARU

NAK KAJI OTAK TUN MAHATHIR? FORGET IT!




Jika ada cadangan untuk keluarkan otak Tun Dr Mahathir setelah dia meninggal dunia, baik batalkan saja niat itu. Apa bezanya otak Lenin dan Mao Tze Dong dengan otak Tun Mahthir? Otak seorang diktator!

Tun Dr Mahathir adalah autoritarian. Walau tidak berkuasa, dia masih berlagak seperti seorang diktator dan berusaha mempengaruhi keputusan kerajaan dan parti pemerintah UMNO! Bila Tun Abdullah Badawi tidak mendengar cakapnya, dia merajuk dan keluar dari UMNO dan menentang pentadbiran Abdullah.

Kenyataan terbaru Mahathir negara akan muflis jika parti pembangkang menang PRU akan datang mengesahkan status pemikirannya sebagai seorang  diktator!

Negara Malaysia adalah negara demokrasi walaupun diperintah secara kuku besi Tun Mahathir selama 22 tahun jadi Perdana Menteri. Rakyat berhak menukar kerajaan dalam system demokrasi. Proses ini berlaku disemua negara yg amalkan demokrasi – tak kira negara itu miskin atau kaya.

Menukar kerajaan tidak kena mengena dengan bencana alam seperti banjir, gempa bumi atau tsunami. Ia berkaitan dengan  ketidakcekapan pengurusan dan pentadbiran kerajaan yang memerintah. 

Jika kerajaan yang sedang memerintah itu lemah,  rakyat berhak untuk tidak menyokong atau nyah kerajaan itu! Pemimpin politik yang tidak mengurus kerajaan dengan baik haruslah disingkir. Ini merupakan amalan adil dan demokratik!

Kenapa Mahathir tidak melihat demokrasi dalam konteks yang lebih besar? Kenapa mesti lihat dari sudut UMNO dan Barisan Nasional sahaja?

Kegawatan ekonomi yang melanda negara-negara Eropah seperti Greece berpunca daripada ketidakcekapan pengurusan kerajaan. Sebab utama kerana kerajaan terlalu banyak membuat pinjaman dan wang mengalir dengan banyak tapi tidak mencipta produktiviti ( contoh skandal NFC dll).

Bencana alam yang melanda Jepun dan Amerika Syarikat tidak menjadi syarat untuk menukar kerajaan memerintah kerana bencana itu berlaku bukan kerana kelemahan manusia  tapi kuasa Allah. Tapi jika bencana banjir berlaku kerana kelemahan manusia seperti  tidak membuat parit atau membersihkan sungai, kerajaan itu juga kerajaan yang lemah!

Di Malaysia, jerebu, banjir dan tanah runtuh bukan merupakan isu atau kerisauan sehingga rakyat mahu menukar kerajaan. Apa yang menjadi perhitungan rakyat ialah kegagalan kepimpinan kerajaan menangani beberapa isu besar seperti isu rasuah, kronisma dan salah guna kuasa yang diamalkan pemerintah.

Pilihan raya ke 13 tidak berkaitan dengan isu personaliti. Ia bukan kerana seorang pemimpin bernama Anwar bin Ibrahim. Pada PRU 2008, Anwar belumpun  layak  bertanding sebagai calon, tetapi BN telah hilang majority dua pertiga dalam dewan rakyat. 

PRU 13  bukan tentang isu remeh temeh tetapi isu serius yang melibatkan  soal masa depan negara dan rakyat.

Rakyat amat bertuah hari ini kerana mempunyai pilihan parti-parti politik yang baik. Sebelum PRU 2008, pilihan raya dimonopoli parti UMNO dan BN sahaja. BN sudah terlalu lama berkuasa. Mereka telah menganggap mudah, menjadi angkuh dan kemaruk kuasa.

Rakyat mahu melihat perubahan. Perubahan yang lebih besar bukan setakat merubah pemimpin tetapi seluruh system yang korup ditukar dengan system yang baru. Rakyat ingin sebuah Malaysia yang baru tetapi  masalahnya Tun Mahathir tidak melihat hakikat itu.

PM Najib dan Kerajaan BN terus dengan mantra, “pertahankan kerajaan dengan apa kos sekalipun (at whatever cost)”. Ini bukan kenyataan seorang pemimpin yang bertanggungjawab.

BN ternyata gagal mensasari matlamat ekonomi walaupun perbelanjaan  kerajaan bertambah lebih tiga kali ganda 1998 -2010, daripada RM68 bilion kepada RM214 bilion. Kadar pertumbuhan yang dicapai pada 2001-2006 hanya 4.7% berbanding sasaran 7.5%. manakala kadar pertumbuhan ekonomi dari 2006-2010 ialah 4.2% sedangkan sasaran 6%. Apakah ini bukti satu  kerajaan yang kompeten?

Sebanyak 40% rakyat Malaysia atau 4 juta orang berpendapatan dibawah RM700. Kebanyakan yang masih miskin adalah bangsa Melayu dan bumiputera yang mendokong parti pemerintah UMNO. Manakala 60% kaum India dan 20% kaum Cina masih dibawah paras garis kemiskinan.

Dari segi  wilayah, Sabah dan Sarawak adalah negeri yang termiskin di Malaysia. Di Sabah, 68% rakyatnya masih hidup dibawah paras garis kemiskinan. Walaupun kedua-dua negeri Borneo itu menyumbang lebih 40% hasil minyak petroleum dan gas asli kepada kerajaan Pusat, keadaan infrastruktur dan kemudahan rakyat masih daif.

Seluruh tanah besar Tanah Melayu (kecuali Kelantan) disambung dengan banyak lebuh raya, di negeri-negeri Borneo kerajaan Pusat tidak menyediakan peruntukan membina walau sebatang lebuh raya yang menyambung perhubungan di negeri-negeri tersebut.

Namun ironisnya, rakyat Sabah dan Sarawak yang  hidup dibawah paras kemiskinan itu dianggap sebagai fixed deposit BN!

Kadar kenaikkan kos hidup dan kadar jenayah yang meningkat menjadi isu penting kepada rakyat di bandar. Apakah dengan pemberian BR1M 500 dapat memujuk rakyat yang miskin itu akan terus menyokong BN?

2 Responses to "NAK KAJI OTAK TUN MAHATHIR? FORGET IT!"

Anonymous said...

bro, ap yg Tun Mahathir buat tu tok masa dpean.mmg la perbelanjaan pembangunan n mengurus meningkat berganda.takkan la hari ini kita usaha hari juga kita dapat hasil.Tun Mahathir tu pkir jao,sbb tu ad Wawasan 2020.tuk cpai thun 2020 tu byk pembangunan yg kena buat.

Anonymous said...

Apa bila ahli syurga berbicara.