ARTIKEL BARU

KETUA PENERANGAN PULAK TAK TAHU FUNGSI SMS?


Satu perkara yang saya amat bersetuju dengan Ketua Penerangan UMNO yang baru ini ialah beliau sanggup mempertanggungjawabkan kelemahan dan kesilapan orang lain. Sebelum kenyataan Ahmad Maslan, pendapat tertumpu kepada kelemahan kepimpinan Pak Lah sebagai punca utama kemerosotan sokongan dalam pilihan raya ke 12 Mac lalu. Ahmad Maslan kata kelemahan sebenarnya ialah 60,000 jentera penerangan UMNO disemua peringkat tidak berfungsi.
Gambar: Datuk Sapawi Hj Ahmad, Ketua Penerangan UMNO Sabah. Saya cadangkan buat pembaharuan, ketua-ketua penerangan mesti bawah umur 50 tahun dan sekurang-kurangnya berkelulusan diploma.

Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang tidak bersetuju dengan kenyataan Ahmad Maslan. Saya ingin melihat kenyataan itu dalam konteks batang tubuh parti UMNO itu sendiri. Jawatan ketua penerangan adalah jawatan yang dilantik. Di peringkat MT, kuasa Presiden yang melantik Ketua Penerangan Pusat. Di Peringkat negeri, kuasa Ketua UMNO Negeri. Manakala di peringkat bahagian, kuasa Ketua Bahagian yang memilih.

Apakah kriteria pemilihan ketua penerangan disemua peringkat? Apakah Ketua Penerangan Pusat menggariskan syarar-syarat menjadi ketua penerangan? Pernahkah diadakan pertandingan sejarah UMNO, bahas, pidato, dan sebagainya untuk memilih yang terbaik atau sekadar mengikut cita rasa ketua bahagian untuk memilih orang yang setia kepada dirinya sahaja?

Saya kenal seorang ketua penerangan bahagian yang langsung tidak tahu fungsi sms. Semasa perayaan, tugas membalas sms seperti ucapan hari raya atau lain-lain, anaknya yang membantu. Selepas dilantik baru-baru ini dia sudah faham sedikit sebanyak untuk membalas sms. Pelik tetapi benar. Orang yang tidak berminat berkomunikasi boleh menjadi ketua penerangan? Tetapi memang ujud dan ini bukan cerita rekaan. Persoalannya kenapa ini boleh berlaku?

Jawapannya, kembali kepada batang tubuh parti UMNO itu sendiri. Jawatan dalam parti adalah jawatan paling penting untuk dipertahankan. Soal menang pilihan raya umum adalah soal kedua. Ketua-ketua UMNO negeri pemerintahan pembangkang seperti Kelantan juga mendapat layanan istimewa daripada pemimpin atasan berbanding dengan mereka dari negeri yang diperintah UMNO tapi tidak ada jawatan dalam parti. Kenapa mesti korbankan jawatan parti?

Maka itu tidak mustahil kuasa yang ada pada Ketua UMNO akan digunakan untuk memperkukuhkan kedudukannya bukan kekuatan parti dijadikan perkiraan utama. Jika ketua penerangan itu seorang yang bangang dan tidak tahu apa-apa tetapi dipilih semata-mata kerana dia orang yang setia kepada ketuanya, siapa yang akan mempersoalkannya?

Barangkali dalam kajian tentang perlembagaan UMNO yang diserahkan kepada Ketua-Ketua Perhubungan Negeri dalam tempuh seminggu dua ini, perkara perlantikan jawatan-jawatan dalam parti termasuk ketua penerangan yang begitu penting akan itu dibangkitkan. Barangkali juga satu cadangan akan dikemuka oleh Ahmad Maslan untuk dipertimbangkan Pengerusinya , Dato Hishamuddin Tun Hussien.

3 Responses to "KETUA PENERANGAN PULAK TAK TAHU FUNGSI SMS?"

Ajin b. Gagah said...

Denakan Musli,
Akhir-akhir ini, saya telah kerap melawat blog Denakan(maksudnya Saudara, dalam bahasa Bajau) sekadar mengikuti perkembangan Denakan dalam dunia blogging. Saya hanya mengetahui blog Denakan melalui Saudara Sabah Kita( teman blogger merangkap Ketua Penerangan USBO).

Selaku teman bersama dalam Majlis Tertinggi USBO, saya rasa bangga melihat blog Denakan begitu aktif lagi menarik.

Saya memehami kebolehan Denakan menulis. Selaku seorang penulis buku atau novelist, stail Denakan dalam penggunan bahasa sungguh menarik. Menampakkan kepakaran Denakan dalam memainkan bahasa yang berbentuk provokasi dsn.
Dalam pada itu, mungkin ada yang akan terperangkap dalam keliruan untuk memahami maksud Denakan disebalik nya.

Now, dalam perhatian saya, akhir-akhir ini Denakan telah banyak kali ‘ highlighted’ kan betapa penting nya penggunan IT dan SMS kepada ahli-ahli politik, terutama sekali Pemimpin di peringkat atas Saperti Menteri dan sebagai nya..

Pada keseluruhan nya saya memahami maksud dan setuju dengan missi murni Denakan untuk merancakkan lagi penggunan IT dan SMS ini di kalangan Pemimpin Parti yang memerintah( Parti Denakan).

However, pada pendapat saya, perlu juga kita memikirkan latar belakang budaya,kebolihan dan minat seseoarng individu itu. Contoh nya sahabat Denakan AMT UMNO pusat yang malas untuk ‘berblogging’.
Dengan alasan, “Sorrylah Musli. Saya tak baca blog dan tak suka blog. Orang nak bantai saya dalam blog, bantailah, saya buat tak tahu sahaja. Saya tak peduli, nak tulis apa, tulislah. Lama kelamaan mereka akan berhenti lah tu”.

Pada pandangan saya, beliau ini bukan nya tak pandai menggunakan (buta) IT atau blog. Cuma apa yang saya rasa, beliau ini malas (tidak cukup masa) untuk bermain dengan isu-isu semasa melalui blog.

Namun rasa nya, beliau sabenar nya pandai menggunakan elemen-elemen yang lain saperti SMS, berita, email, chat (dengan menggunakan nick) dan sebagainya.

Kini, timbul pula persoalan Ketua Penerangan diperingkat Bahagian yang tidak faseh menggunakan SMS….apa lagi blog.
Pada asasnya system penggunan IT atau ICT di Malaysia ini ( terutama sekali di kawasan luar bandar dan kampong ) maseh lagi kurang dimanafaatkan disebabkan :
i) Budaya
ii) Latar belakang pendidikan
iii) Dedahan ( exposure )
iv) Galakan (encouragement)
v) Inovasi
vi) Masa

Justru itu, ada lah juga tanggung jawab kita secara total dan telus untuk mengembangkan lagi ‘budaya asing’ ini kepada sahabat-sahabat yang maseh lagi dalam kegelapan dengan dunia IT ini.

Kena banyak sabar, kerana itu ada lah realiti sebenarnya.

Salam dari saya

Mohd Azrone Sarabatin said...

Jentera parti lemah atau rakyat mahu perubahan?

Anonymous said...

Ahmad Maslan tu bagus sangat ke kalau jadi pegawai penerangan?