ARTIKEL BARU

BILA MENTERI PENERANGAN MELENTING!


Selepas tersiarnya artikel PEMIMPIN TERTINGGI UMNO BUTA I.T. saya banyak menerima sms dan panggilan telepon daripada pembaca artikel tersebut. Salah satu daripada sms itu ialah daripada pemimpin yang amat saya hormati iaitu Dato Seri Utama Rais Yatim, Menteri Penerangan dan Kesenian yang baru.
Gambar: Ahmad Shabery Chik, bekas Menteri Penerangan yang kreatif dan banyak membuat pembaharuan.

Pertama kali saya terima sms itu pada kira-kira jam 5.10pm, ayatnya agak pelik”Wajar baik2 cakap. Elok jangan selalu dabik dada konon org lain buta IT”. Memang saya terkejut dapat sms seperti. Saya pasti Menteri itu belum baca sepenuhnya artikel tersebut. Saya balas sms supaya baca dulu dan jangan terus emosi. Ayat saya lebih kurang “Tan Sri baca dulu baru buat kesimpulan. Jangan emosi”

Namun jam 11.15pm sebentar tadi saya sekali lagi dapat sms berbunyi “Jaga sikit saya dah baca. Saya bukan Tan Sri”. Saya tertanya-tanya apakah sms daripada Menteri Penerangan itu berunsur ugutan. Apakah yang dimaksudkan “jaga sikit”? perlukah saya membuat laporan polis kerana diugut Menteri Penerangan?. Apakah kerana saya memanggil namanya Tan Sri bukan Dato Seri Utama menjadi satu kesalahan sehingga saya diugut? Atau kerana artikel saya itu kurang disenangi walaupun saya tidak pun dedahkan nama MT parti UMNO yang buta IT itu?

Kalau beginilah perangai menteri-menteri UMNO maka semakin beratlah tugas Dato Seri Najib.

6 Responses to "BILA MENTERI PENERANGAN MELENTING!"

DukeOfUMNO said...

Bro...jgn la hukum pemimpin UMNO cam tu..tak semestinya depa tak berblog atau sebagainya, kita boleh hukum depa lagu tu...itu kurang adil..kalau bro nak tau...boleh dikatakan majoriti pemimpin UMNO mempunyai "blog" masing2...cuma depa tak hebahkan saja...depa pakai "nama" lain...depa ada "rahsia" tersendiri...so...bila bro "hukum" depa cam tu...tak heran la kalau depa melenting! hehehhehe...so, just "beware" of what will you assume next time...TQ...

P/s: Jangan marah bro...sekadar beri pandangan...

Anonymous said...

Tahkukah sdr bezakan antara IT dan ICT dan IQ? Sdr tahu tak hari ini bercambah blog yang diwujudkan oleh anak-anak haram yang membesar dengan rezeki pemberian UMNO dan BN? Masa nak sambung belajar minta bantuan UMNO dan BN, bila berjaya mereka maki hamun UMNO dan BN? Tak cukup wang, minta peruntukan daripada kerajaan, dah keluar universiti, cerca hina pemimpin UMNO dan BN. Tak cukup duit nak berniaga, pinjam TEKUN, dalam duk berniaga baik kat pasar malam atau pasar minggu, kutuk kerajaan..tidakkah ini haram jadah namanya..
UMNO dan BN pun kadang-kadang tak guna jugak..yang duk tolong manusia macam ni buat apa..

SABAHKITA said...

Sekadar renungan...."But is not the dignity, & even decency of government committed, when one of it's principal ministers enlists himself as an anonymous writer or paragraphist for either the one or the other of them? -- No government ought to be without censors: & where the press is free, no one ever will. If virtuous, it need not fear the fair operation of attack & defence. Nature has given to man no other means of sifting out the truth either in religion, law, or politics. I think it as honorable to the government neither to know, nor notice, it's sycophants or censors, as it would be undignified & criminal to pamper the former & persecute the latter. -- So much for the past. A word now of the future. "Thomas Jefferson, The former President of USA-

mohd azrone sarabatin said...

Belajar IT sebab aliran baru pengundi muda terarah kepada teknologi terkini.

JomoSamaTuaran said...

Agaknya ada yang terkena sambal belacan sdr tu, itulah pasal mereka sampai melenting...tapi, tak heranlah dengan dia tu.. dahlah kalah pemilihan...masih juga tak sedar diri.. alah, lantikan belas kasihanlah katakan.. OTAK PENCEN,OTAK JUMUD..mana kah arah Kem.Pen hendak dibawa????

JomoSamaTuaran said...

Keep up the good work bro... nya kitei, sian legi..!! Mun ru'un kepediyen..(kesakitan), pandai2 nu ga'ah malap nawaitu ga'ah..mun nyah pan pandai alap...senipakan jo buli ga'ah!!