ARTIKEL BARU

PEMIMPIN TERTINGGI UMNO YANG BUTA I.T.



(Gambar: Tun Mahathir-lebih 2 juta pembaca melayari blog Che Det, tapi ramai pemimpin UMNO masih buta IT)

Hari Jumaat semalam, kira-kira jam 5.30 petang seperti biasa saya ke The Mall, tempat biasa kawan-kawan aktivis politik lepak dan melepaskan tension. Saya duduk dengan beberapa rakan penulis dan blogger. Dunia blogging atau terjemahannya “citrmaya” kata Kuda Kepang, sebenarnya masih dunia baru kepada saya, walaupun telah lama lebih 20 tahun menulis.

Sedang kami bersembang, seorang pemimpin Majlis Tertinggi UMNO datang dan duduk semeja. Dia menang top 10 dalam pemilihan parti Mac lalu. Dia tokoh korporat yang berjaya. Saya memberi salam dan serahkan kad. “Dato layarilah blog saya, cakap politik, makan politik dan tidur politik”.

“Sorrylah Musli. Saya tak baca blog dan tak suka blog. Orang nak bantai saya dalam blog, bantailah, saya buat tak tahu sahaja. Saya tak peduli, nak tulis apa, tulislah. Lama kelamaan mereka akan berhenti lah tu” katanya.

Betulkah ni? Dalam hati saya bertanya.Terkejut beruk saya mengetahui pemimpin UMNO bertaraf MT, masih muda dan berpendidikan tinggi tetapi tidak mahu tahu perkembangan politik dan pandangan orang lain. Pelik tetapi benar. Berapa ramai pemimpin UMNO seperti Dato tadi yang tak kisah orang nak bantai UMNO dan kerajaan?

Sebelum ke Mall, sewaktu makan roti canai di restoran Riverside, bangunan PWTC, secara kebetulan saya jumpa seorang kawan penulis politik. Saya kenal penulis ini lebih 10 tahun. Karakternya menarik dan pandai berceritera. Dia pernah cerita kisah seorang kawan yang kedekut dan suka menumpang tidur dibilik hotelnya.

Satu malam katanya, setelah bosan dengan perangai kawan tu, dia beli sebiji telur mentah. Sewaktu kawan itu lelap tidur dia sapu putih telur itu di bahagian punggung kawan tu. Bila bangun pagi, kawan tu dah tak sedap hati. Dia jeling dan pegang punggungnya yang basah. Jelling dan pegang belakangnya. Sejak peristiwa malam tu, saya pelawa dia tidur bilik saya sekalipun, dia akan cepat-cepat menolak.

“Tahniah. Tulisan dalam blog saudara amat berwibawa” katanya bersalam dengan saya. “Saya menulis hari-hari. Baik atau tidak tulisan saya, bukan saya yang menilai tetapi pembaca. Saya anggap menulis seperti satu kerja seperti memasak. Saya masak hari-hari, anak-anak dan isteri mesti makan. Kalau mereka tak makan saya kena makan” Falsafahnya amat baik.

Kata-katanya itu mengingatkan saya kepada pemimpin parti pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan lain-lain yang bukan sahaja menulis setiap hari tetapi updated blog mereka setiap 3 atau 4 jam. Pembangakng benar-benar serius dalam peperangan dunia cyber. Sebaliknya pemimpin UMNO hanya bercakap dan mengakui bahawa alam cyber antara punca utama parti itu kehilangan sokongan dalam PRU12. Tetapi siapa pemimpin UMNO yang menulis dan updated blog untuk menjawab tulisan-tulisan Anwar Ibrahim dan Lim Kit siang?

Saya teringat pemimpin MT UMNO yang buta IT tadi. Sekarang saya dah tak heran kenapa dunia cyber telah dikuasai parti pembangkang. Patutlah golongan muda lebih minat dengan parti pembangkang kerana mereka membaca tulisan mereka pemimpin pembangkang setiap hari.

5 Responses to "PEMIMPIN TERTINGGI UMNO YANG BUTA I.T."

Senjaliza said...

Salam Saudara. Mereka "BUTA IT" tapi tak mahu pula jadi "OKU POLITIK". Keperluannya "bertongkat" diusik keinginanya mendapat peluang "projek mega". Kalau UMNO jatuh dia tak jatuh...."Marami problema".

mrakunman said...

sdr kebetulan saya tulis tajuk yang hampir sama, cuma kisahnya berlainan.

1Pendidikan said...

12 Mei 2009 (selasa), saya dipelawa berkunjung ke The Mall, tingkat bawah minum sambil bersimbang di "Simbang-Simbang Cafe" milik Persatuan Pengguna Islam Malaysia dengan warga PPIM. Pada awalnya saya sudah buat temujanji untuk berkunjung ke pejabat PPIM tetapi pada awal paginya saya menerima sms supaya ke The Mall untuk berjumpa dengan warga PPIM di situ. Saya datang lebih awal tapi terus ke PWTC untuk singgah di kedai "PESONA BATEK" untuk survey dan beli oleh-oleh untuk orang rumah disitu. 10 minit sebelum jam 12.00 saya beredar dan terus ke The Mall dan sebaik saya didepan kedai "Sembang-Semabang Cafe" tiga orang lelaki sedang duduk bercerita sambil minum (sembang)saya pun mendekati mereka dan memberi salam dan salah seorang terus bertanya "orang Sabah kah", saya jawab yah then mereka menjemput saya untuk duduk dan terus bersembang berkisar dengan agenda pengguna yang juga tersentuh pelbagi isu termasuklah isu pengguna lain iaitu politik. Jam 1.32pm 16 Mei 2009 saya terima sms dari warga PPIM yang berbunyai "Kena bincang bagi mengatasi masalah yg melanda kita sekarang....bila ada masa kita duduk ? kemudian saya terima lagi sms dari warga PPIM berbunyi "Saya ucapkan terima kasih di atas usaha tuan mendaulatkan agama kita. ............................ Sekali lagi tuan turun kl kita makan dan bincang lama sikit". Kedua sms berkenaan saya jawab "................Bagi sya yg penting dpt berjumpa then ada cerita untuk dilanjutkan demi survival anak bangsa & tanah air kita. Insyaalah agenda bersma PPIM akan diteruskan, ramai juga org Sabah yg berminat dgn PPIM. Kelmarin lepas sembahyang jumaat di masjid negeri kami sempat bincang dgn org2 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah dll. Jam 10.20 sehingga 2.17pm 16 Mei 2009 saya bersimbang di KK (urusan resmi kerajaan)bersama Pengetua SMK Abdul Rahim 11 bersama Yang Dipertua PIBG SMK Abdul Rahim. Kelmarin petang saya ke Pejabat Persekutuan Kota Belud untuk berkunjung ke Pejabat Pelajaran KB dan sepatutnya saya terus ke Kudat untuk bersama Pegawai Pelajaran Kudat tetapi terpaksa saya batalkan kerana hujan kuat sebelah petangnya. Dalam perjalanan balik KK, saya sempat menghubungi Pengerusi Penerangan USBO untuk mendapatkan maklumat mengenai cara terbaik untuk kami mudah sampai ke Pulau Mentanani. Kesimpulannya, kita di Sabah perlu kurangkan polimik politik dan fokaskan sumber yang ada untuk mengutamakan agenda pembangunan minda kerana pada realitinya kita sebetulah terlalu jauh tertinggal dari segi pembangunan oleh saudara-saudara kita yang berada di KL, Selangor dan banyak lagi negeri di semananjung malaysia. Sumber yang ada perlu kita guna dan fokaskan penggunaannya untuk memberi momentum baru kepada proses perubahan anak bangsa kita di negeri dibawah bayu ini

PUTRA MERDEKA said...

salam tuan,
agaknya dah nyanyuk ke menteri penerangan tu?
apa yanga dia marah sangat?
apa dia ingat buat perjumpaan mlm hari itu dengan sebahagian blogers dah cukup untuk beliau mengatakan bahawa umno telah lengkap dengan mereka yang celik IT walhal perjumpaan malam itu saya di fahamkan hanya berlangsung 'satu hala'
teruskan menulis demi keadilan saudara

Minda dinderaman said...

setiap hari kita perlu belajar perkara baru kerana dunia berubah setiap hari. sesiapa yang tidak sanggup belajar perkara baru adalah mereka yang di tinggalkan zaman.... dinderaman
my blog :
sdp5157.blogspot.com
sdpconsultancy.blogspot.com
mindadinderaman.blogspot.com