ARTIKEL BARU

MELAYU BORNEO SEBAGAI KING MAKER



Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah

Menurut Pengarah Arkib Negeri Sabah, Datuk Datu Tiga Belas bin Datu Zainal Abidin, penemuan bukti-bukti sejarah Kesultanan Melayu Brunei yang jajahannya merangkumi hampir seluruh kepulaun Borneo telahpun ujud seawal kurun ke 6 iaitu tahun 516 masihi.

Walaupun pada ketika itu agama Islam belum tiba ke nusantara namun Kesultanan Melayu yang berpusat di negara Brunei Darussalam telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan. Dan Kesultanan Brunei adalah antara Sultan yang terawal menerima Islam di Nusantara seawal kurun ke 11 atau ke 12.

Kesultanan Melayu di kepulauan Borneo yang termasuk Sabah dan Sarawak dibawah kuasa dan pemerintahan Sultan Brunei adalah bukti keujudan satu tamadun pemerintahan Melayu di Pulau Borneo. Maka itu saya timbulkan persoalan perlukah definasi Melayu dalam perlembagaan Malaysia yang dibuat sebelum tertubuhnya Malaysia ditakrifkan semula untuk mengiktiraf bangsa Melayu yang memang telah turun temurun di bumi Sabah dan Sarawak?

Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Peruntukan-peruntukan berkaitan terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam beberapa perlembagaan negeri (Nazaruddin et.al, 2001)

Di sisi undang-undang perlembagaan, erti ”Melayu” ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat asas; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut adat istiadat Melayu (Perkara 160). Dengan hanya mempunyai sifat-sifat (i) hingga (iii) belum sempurna lagi ke Melayuan seseorang itu di sisi Perlembagaan. Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka.

Persekutuan dalam konteks perlembagaan ini tidak termasuk negeri Sabah dan Sarawak kerana kerangka perlembagaan ini dibuat pada 1948 iaitu sebelum cadangan gagasan Malaysia. Persekutuan ialah negeri-negeri dalam Tanah Melayu.

Isu takrif Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan satu isu yang agak sensitive kerana sebahagian besar penduduk bumiputera Sabah dan Sarawak merasakan definasi perlembagaan itu kurang menyeluruh kerana tidak mengambil kira Persekutuan Malaysia yang memasukkan negeri-negeri di Borneo. Saya berhujah takrif Melayu seharusnya didefinasi semula selepas Malaysia terbentuk pada 16 September 1963.

Jika dibuat perbandingan, Kesultanan Melayu Melaka ujud pada awal kurun ke 15 iaitu sekitar 1402 bila Parameswara tiba di Melaka. Dan sejarah membuktikan bahawa Islam lebih dahulu tiba di Borneo sebelum Melaka. Memang pada ketika itu ada bukti-bukti sejarah bahawa Kesultanan Melayu di Trengganu, Kedah dan Kelantan telah ujud lebih awal.

Berdasarkan Batu Bersurat Terengganu, Islam juga tiba awal di Tanah Melayu sebelum Parameswara memeluk Islam. Namun ini tidak boleh menafikan fakta bahawa kesultanan Melayu di Borneo juga bangsa Melayu yang bertamadun dan setaraf dengan bangsa Melayu di bumi Semenajung Malaysia.

Ada ketikanya tanpa disedari ada ayat-ayat yang kurang manis keluar dari pemimpin Melayu dari Semenanjung dengan kata-kata, “rakyat Sabah dan Sarawak takkan sama ‘darjat’ dengan Melayu dari Semenanjung kerana mereka tidak beraja dan bersultan”. Satu ketika dulu sebelum ketibaan penjajah termasuk Rajah Brooke dan North Borneo Company, rakyat Sabah dan Sarawak adalah rakyat sultan Brunei kerana Kalimantan Utara adalah jajahan Sultan Brunei. Persoalan darjat dan status seharusnya tidak timbul jika rakyat Malaysia celik sejarah.

Atas asalan itu sebelum penubuhan Persekutuan Malaysia, Parlimen Britian telah mencadangkan syarat-syarat Perkara 20 untuk Sabah dan Perkara 18 untuk Sarawak dalam Malaysia Agreement 1963 yang ditandatangani di Singapura. Perkara 20 dan Perkara 18 adalah untuk memelihara kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak dan ciri-ciri unik kedua-dua negeri tersebut.

Ketika Tunku mencadangkan gagasan Malaysia pada 1961, Tunku mengambil kira 75% penduduk bumiputera Sabah dan 75% penduduk bumiputera Sarawak supaya dapat memperkukuhkan kedudukan politik Melayu dalam Persekutuan. Mengimbangi jumlah penduduk Cina (30%) dan India (10%) pada tahun 1957.

Dari sudut politik, sejak 1963 Sabah dan Sarawak telah menyumbang kerusi kepada kerajaan Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional untuk mengekal pemerintahannya hingga ke hari ini. Pada pilihan raya 2008, amat ketara, 26% jumlah kerusi dari Sabah, Sarawak dan Labuan telah menyelamatkan kerajaan BN.

Daripada 222 kerusi parlimen, 165 kerusi adalah di Semenanjung. Daripada jumlah itu separuh iaitu 80 kerusi telah dimenangi Pakatan Rakyat  manakala BN menang hanya 85 kerusi. Tanpa kerusi dari Sabah, Sarawak dan Labuan (24+30+1), BN hanya menang kelebihan 5 kerusi sahaja. Dalam konteks ini sebenarnya, Sabah dan Sarawak bukan sahaja fixed deposit tetapi King Maker kerajaan Persekutuan.

(petikan buku DILEMA POLITIK MELAYU)

2 Responses to "MELAYU BORNEO SEBAGAI KING MAKER"

Jomokampong said...

Denakan MO - Setuju 100% bahawa SABAH/SARAWAK ada lah fixed Deposit bagi Kerajaan sekarang ni - Fasal itu pemimpin kedua-dua Negeri menabik dada (Segelintir)kerana mereka yang membuat UMNO memerintah sekarang ni. Ada yang demand itu dan ini dan jika la benar berlaku 16 September yang di katakan oleh Ketua Pembangkang dulu - sure kelam kabut di buatnya di Semananjong so kita kena tahu bahawa harta benda yang ada mesti lah di agih agihkan kepada rakyat supaya adil dan saksama

Anonymous said...

Saya setuju dgn Jomokampong, oleh sebab itulah Pilihanraya Dewan Undangan Sabah dan Sarawak tidak akan diadakan serentak dengan Semenanjung.

Tapi zaman IT ni org pendalaman pun boleh tahu macam-macam dari internet. Kerajaan negeri tak lah buat sesuka hati nanti padah bila pilihanraya.

Dah sampai masa ADUN-ADUN menilai diri sendiri dan beri peluang kepada org lebih muda supaya semangat JIWA RAKYAT tu masih tebal.

Saya andaikan gini, jururawat kat hospital tu bila dah lama bertugas disatu wad maka hilanglah perasaan belas kasihan dan timbul perasaan marah. Keluarga pesakit pun kena tengking. Bila waktu malan lebih teruk kerana ade 2 org je yg bertugas. Keperluan pesakit tidak lagi penting. Inilah pengalaman saya diwad kayu K4 Hospital Kuala Lumpur sehingga anak meninggal diwad tersebut.

Nani Cheras