Headlines Daily Express 27 June 2012
Hari ini Rabu tanggal 27 June 2012 saya menatap akhbar harian Daily Express dengan penuh minat kerana headlines berbunyi “All Sabah politicians are frogs”. Kenyataan Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Pengerusi State Reform Party (STAR) di Sabah.
Menurutnya, jika melompat parti dianggap sebagai “katak” semua orang politik di Sabah layak dipanggil katak. termasuklah Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dan abangnya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Musa Aman pernah menjadi ahli parti USNO dan menyertai abangnya Datuk Ayub Aman dalam parti BERJAYA setelah USNO kalah kepada BERJAYA tahun 1976. Dia kembali kepada USNO setelah parti BERJAYA kalah pada pilihan raya negeri 1985. Musa kemudiannya menjadi ahli UMNO setelah USNO dibubarkan untuk memberi laluan kepada UMNO di Sabah tahun 1991.
Pairin pula meninggalkan BERJAYA dan menjadi ahli parti PASOK dan seterusnya mengetuai parti PBS sebelum pilihan raya negeri 1985. Mereka ini kata Dr J, hanya berhenti lompat parti setelah mereka mendapat kedudukan atau mereka terlalu kenyang untuk melompat lagi!
Dr J tergolong dikalangan politikus yang genius. Dia lulusan dua PhD dari dua university di USA termasuk Harvard University dalam sabjek yang sama.
Seorang Profesor pernah berkata, orang yang lulus dua PhD dalam sabjek yang sama, biasanya mempunyai krisis dalam diri. Pendek kata ia merupakan cabang penyakit mental.
Saya tidak kata Dr J mempunyai masalah mental kerana saya tidak bersetuju dengan pendapat profesor itu. Ada kalanya orang telah lulus PhD masih tidak berpuashati dan cuba sekali lagi dapatkan PhD kali kedua.
Barangkali analogi politik Dr Jeffrey juga begitu. Dia tidak berpuas hati dengan kejayaannya dalam PBS, maka dia melompat ke beberapa buah parti lagi seperti AKAR, PKR dan sekarang STAR dengan rasional bahawa parti-parti sebelum itu tidak memperjuangkan hak dan kepentingan negeri Sabah.
Ada yang tanya saya, benarkah Dr J hero kaum Kadazandusun dan hak negeri Sabah kerana tuntutan-tuntutan politiknya berhubung dengan Perkara 20, Malaysia Agreement 1963 dan lain-lain itu? Apakah alasan itu yang cukup kukuh untuk beliau kerap melompat parti?
Saya jawap, di Semenanjung ada juga specis seperti Dr J. Namanya Dato Ibrahim Ali. Dia mendakwa tindakannya melompat-lompat parti kerana kesetiannya kepada perjuangaan Melayu, Islam dan mempertahan kedudukan raja-raja Melayu mengatasi kesetiaannya kepada parti.
Nama Dr Jeffrey mula muncul dalam politik selepas PBS berkuasa di Sabah tahun 1985. Sebagai adik kepada Ketua Menteri, tentu sekali dia amat berpengaruh. Tambahan pula Dr J dianggap seorang cendikiawan kaum Kadazandusun, kaum yang majority mendokong perjuangan parti PBS.
Dr J adalah pemikir dalam parti dan mengetuai Think Tank parti PBS. Slogan “Sabah For Sabahans” adalah ilham daripada Dr J sendiri.
Persoalannya, kenapa sekian lama berpolitik, setelah melompat banyak parti, perjuangan politik Dr J masih ditakuk lama?
Inilah soalan yang ditanya seorang pemimpin muda dari kaum Kadazandusun, Darrel Leiking semasa kami berbual-bual di Tanjung Aru tengah hari tadi.
“Semasa Dr Jeffrey menjadi Naib Presiden PKR, dia adalah pemimpin kepada orang Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak termasuk Orang Asli. Tetapi kenapa dia memilih untuk memperkecilkan skop perjuangannya kepada negeri Sabah dan kaum tertentu?”
Darrel Leiking adalah anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Malaysia. Dia seorang anak muda yang berpandangan jauh dan mempunyai masa depan politik yang cerah. Saya suka caranya berkomunikasi dan memilih ayat-ayat yang sesuai semasa menghujah.
“Darrel,….Dr Jeffrey orang lama dalam politik. Dia tahu melalui perjuangannya sekarang iaitu parti STAR, mereka hanya boleh menuntut tetapi dalam PKR, kita boleh melaksanakannya. Mana yang lebih baik, menuntut atau melaksana?” Saya berhujah.
Hakikatnya, saya amat bersetuju bila Dr Jeffrey memimpin PKR Sabah. Saya tahu Dr Jeffrey amat tegas dalam soal-soal kepentingan negeri dan rakyat Sabah. Wadah inilah yang sesuai dengan perjuangan beliau, kerana PKR adalah alternative kepada UMNO dan PR adalah alternative kepada Barisan Nasional yang memerintah hari ini.
Tambahan pula PR dalam manifesto Buku Jingga menjanjikan apa yang Dr Jeffrey perjuangkan untuk negeri Sabah.
Antara yang termaktub dalam Buku Jingga ialah:
1. Mengembalikan kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia.
2. Pakatan Rakyat mengkaji semula Dasar Perjanjian Malaysia 1963
3. Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara-perkara yang termaktub dalam Perkara 20.
4. Menyempurnakan tuntutan kenaikan royalty hasil minyak petroleum kepada 20% dengan menanda tangani perjanjian baru dengan kerajaan Persekutuan dan Petronas.
5. Mengkaji semula polisi kabotaj yang menyebabkan punca harga barang keperluan lebih mahal di Sabah.
6. Mempastikan program Borneonisasi dilaksana sepenuhnya untuk mempastikan jawatan-jawatan utama dipegang rakyat Sabah.
7. Menyempurnakan RCI.
Tetapi Dr J tidak betah dalam PKR dan menubuhkan UBF (United Borneo Front). Selepas itu menjadi Pengerusi STAR di Sabah.
Bersambung…….

0 Response to "BILA KATAK MULA BICARA KENAPA DIA MENJADI KATAK"
Post a Comment