ARTIKEL BARU

ANWAR IBRAHIM DAN KRISIS PKR. REALITI ATAU STRATEGI?

Ahli Parlimen Kota Belud, Dato Rahman Dahlan



“Anwar dikenali sebagai ‘political strategist’yang bijak. Seorang master tactician. Setiap move begitu teliti. Apa yang berlaku sekarang terutama dalam kes pemilihan Ketua PKR Sabah? Saya dengar reporter pening mencari gambar Ahmad Thamrin Zaini. Kenapa PKR sanggup kehilangan dua tokoh penting, Dr Jeffrey dan Cristina Liew? Apakah ada sesuatu yang telah dirancang dengan teliti? Apakah ini satu lagi helah dan strategi politik Anwar Ibrahim?”

Bertubi-tubi persoalan Dato Rahman Dahlan. Saya tidak menjawab. MP Kota Belud itu baru sahaja keluar dari menyertai perbahasan. Dari riak wajahnya, ada sesuatu kemusykilan yang ingin diluahkan. Selepas minum beliau terus duduk di meja tengah ruang rihat MP. “Tarik kerusi, kita duduk luar saya mau merokok” katanya ke arah saya.

Perlahan saya menarik kerusi dan duduk disebelah kiri beliau. Rokok kretek Sempoerna terus dinyalakan. Wajahnya kelihatan serius. Saya juga turut menyalakan rokok Malboro Light. Orang politik mesti bijak tangani stress. Rokok adalah jalan pintas. Disebelah kanan kami, meja disudut ruang rihat, sekumpulan MP dari Sabah, Datuk Anifah Aman, Datuk Raimie Unggi, Datuk Sapawi, Datuk Dr Marcus Mojigoh dan Ronald Kiandee. Anifah sedang menghisap cigar. Apa kah yang sedang dibincangkan?

Sebentar tadi saya duduk di meja tengah dengan Tengku Adnan Mansor, MP Putrajaya. Beliau juga merokok seperti serombong kapal Portugis sewaktu menyerang Melaka. Saya lama kenal baik dengan Setiusaha Agung UMNO itu. Mulutnya memang selalu terlepas tetapi kepada kawan-kawan yang kenal Ku Nan, mereka tahu hatinya baik.

“Akhir-akhir ini banyak perubahan pada Anwar Ibrahim" kata Rahman menyambung perbualan.
"Senyumannya yang dulu sinis sekarang kelihatan terlalu friendly. Perbahasan bajet beliau hanya satu jam setengah. Kenapa satu jam setengah? Dia ketua pembangkang! Masa Wan Azizah yang dianggap paling lemah sebagai Ketua Pembangkang masih memakan masa satu hari setengah. Ada kalanya berhari-hari semasa Lim Kit Siang.”

Sebenarnya bukan Dato Rahman sahaja yang skeptical dengan perkembangan terakhir dalam PKR. Para penganalisis juga kerap mengajukan pertanyaan-pertanyaan yang sama. Anwar kini berada di luar negara. Membiarkan kita mencari jawapan terhadap beberapa persoalan. Benarkah kabar-kabar angin Anwar telah berunding dengan Dato Najib untuk berkerjasama dengan BN?


Pada tahun 1982 bila Anwar sertai UMNO, ramai rakan-rakannya dalam PAS terkejut beruk. Semua tidak percaya termasuk Allahyarham Hj Fadzil Nor. Sebagai Presiden ABIM, kelihatan Anwar sangat condong kepada perjuangan PAS. Mungkinkah Anwar akan mengulanginya? Sama-samalah kita tunggu percaturan politik Anwar seterusnya.

4 Responses to "ANWAR IBRAHIM DAN KRISIS PKR. REALITI ATAU STRATEGI?"

watasikadi said...

SETIAP LANGKAH DSAI AMAT DIPERHATIKAN. PELBAGAI SPEKULASI TIMBUL. APAKAH PULAK STRATEGI BN MENGHADAPI BN? SIAPA PUNYA PILIHAN KERAJAAN KERJASAMA, NAJIB ATAU ANWAR?

NUJUM PAK BELALANG said...

Saudara Musli,

Sebagai seorang penganalisis politik saya menjemput saudara mengulas isu yang saya bangkitkan.

YANG GAMBI said...

Salam bro, Najib hanya sebagai pewaris untuk meneruskan niat 'kerajaan perpaduan' selepas Pak Lah... idea ini diwujudkan oleh Hadi Awang dan disambut dengan ikhlas oleh Najib dan Muhyiddin..... tetapi mengapa mereka diperlekehkan oleh erdogan-erdogan PAS dan Nik Aziz....

Adakah sesuatu hajat yang baik itu mendatangkan dosa pada mereka ?

Anonymous said...

DSAI ini amat liciknya orangnya. strategi politiknya memang tidak dapat dinafikan. Dua musuh mampu disatukan oleh strategi politik beliau.. Cina Melayu India mampu disatukan. ada sesetengah sudut saya mengagumi strategi politik beliau