Tun Razak adalah pemimpin aristokrat Melayu yang mempunyai "political will" yang kuat untuk membantu bangsa Melayu dan bumiputra.
Konsep Malaysia adalah sebuah negara Melayu adalah “andaian” dalam pemikiran politik orang Melayu yang berkuasa hari ini. Hakikatnya pemimpin Melayu yang berkuasa hari ini gagal melihat perubahan dan memberikan reaksi terhadap perubahan itu. Perubahan bukan sahaja berlaku dikalangan orang bukan Melayu tetapi juga dikalangan golongan remaja dan golongan terdidik bangsa Melayu.
UMNO adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan dengan matlamat semata-mata untuk membela nasib bangsa Melayu. UMNO tidak dipengaruhi mana-mana“ism” ciptaan manusia. UMNO secara spontan lahir daripada kebimbangan dan keresahan terhadap masa depan orang Melayu. UMNO lahir daripada perpaduan orang Melayu menentang Malayan Union.
Bagaimanapun setelah berjaya dalam misi membatalkan Malayan Union, kepentingan kedudukan orang Melayu mula dilonggarkan kerana keperluan menuntut kemerdekaan. UMNO yang dipimpin golongan aristocrat Melayu perlukan wang dan sokongan ekonomi kaum Cina. Maka ujudlah apa yang dipanggil ‘The marriage of convenience’ atau persefahaman yang masing-masing ada kepentingan. Persefahaman yang asalnya untuk menang pilihan raya akhirnya kekal untuk menjaga kepentingan masing-masing sehingga hari ini.
Golongan elit dan aristocrat Melayu dalam UMNO terus berada dalam kedudukan selesa dengan kuasa politik. Golongan kaum Cina yang kaya terus diberi peluang mencari dan menambahkan kekayaan asalkan mereka menyumbang menjaga keselesaan hidup golongan elit dan aristocrat Melayu dalam UMNO.
Golongan elit sudah tentu tidak menghadapi kesukaran hidup. Tetapi ketidakseimbangan ekonomi antara kaum semakin melebar. Orang Melayu terus kekal miskin sebagai petani dan nelayan dan terus terperuk mendiami desa. Orang India terus menghuni ladang-ladang yang mengabai kebajikan mereka. Manakala orang Cina terus menguasai ekonomi dan kekayaan negara.
Setelah berlaku peristiwa 13 Mei 1969, barulah ada usaha yang ketara dari kerajaan yang diterajui UMNO memperkenalkan dasar untuk membantu bangsa Melayu dan kaum bumiputra dengan pengenalan DEB pada tahun 1971. Dasar DEB begitu jelas lahir daripada iltizam politik yang kuat daripada Allahyarham Tun Razak. DEB menggariskan matlamat menambah ekuiti bumiputra, pertambahan kemasukan bumiputra ke universiti, pemberian biasiswa, pengujudan UITM dan UKM untuk kaum bumiputra, tanah baru dibuka menempatkan kaum Melayu yang miskin dan sebagainya.
Adakah Tun Razak telah melanggar perjanjian persefahaman dengan orang Cina? Jawabnya tentu sekali tidak. Jika orang Cina membantah dasar DEB kenapa pada pilihan raya umum 1974, BN yang diterajui UMNO kembali menang besar dan memperolehi semula mandat 2/3 yang hilang pada pilihan raya 1969?
Hakikatnya DEB tidak mengubah struktur ekonomi negara sungguhpun ada pertambahan ekuiti bumiputra, namun pertambahan yang lebih besar ialah ekuiti kaum Cina. Kaum Cina sebenarnya mendapat keuntungan besar daripada dasar DEB kerana DEB tidak pernah menghalang persefahaman antara golongan elit UMNO dengan golongan kaya Cina. Mereka terus menjaga keselesaan golongan elit UMNO dan pemimpin UMNO terus menjaga kepentingan ekonomi kaum Cina.
1 Response to "MALAYSIA SEBUAH NEGARA MELAYU HANYA "ANDAIAN" DALAM PEMIKIRAN POLITIK MELAYU"
Salam adik Musli,
Sekadar menggarap kenyataan Tun Sambanthan yang barangkali ada kaitan dengan paparan adik yang cukup menyinga ini.
"Pemimpin-pemimpin Melayu di sini dalam tahun 1957 dahulu memberi segala kemudahan kepada bangsa-bangsa asing di sini menjadi warganegara di sini.
“Ini amat bodoh sekali kerana adanya lebih ramai bangsa-bangsa asing (khususnya Cina dan India) menjadi rakyat di sini, tentu sukar bagi orang-orang Melayu di sini hendak menguasai bangsa-bangsa lain itu.
“Jika benar mereka hendak menguasai bangsa-bangsa asing di sini, mereka dengan mudah sahaja berbuat demikian dalam tahun 1957 dahulu dengan tidak memberi kemudahan untuk bangsa-bangsa asing menjadi warganegara"-Tun Sambanthan.
Mungkinkah tajuk Adik ini begini "Malaysia sebuah Negara Melayu: Hanya "andaian" dalam pemikiran Melayu.
Post a Comment