Orang kaya yang kedekut (gambar) Lim Kok Thay, anak Lim Goh Tong. Barangkali di pilih ayahnya sebagai pengganti walaupun anak nombor dua, kerana bijak mengurus kewangan dan kedekut!
Kisah rags- to-riches orang Asia sebenarnya jarang berlaku. Ya, barangkali ada satu dua kes tulin yang bermula dengan kosong dan akhirnya menjadi seorang billionaire. Tapi kebanyakannya cerita rags-to-riches adalah cerita rekaan untuk memperindahkan perjalanan hidup mereka.
Sebenarnya, kebanyakan yang jadi tycoon kerana diberi konsesi dan hak monopoli perniagaan kerajaan. Seperti Robert Kuok di Malaysia yang dapat konsesi jual gula dan tepung. Lim Goh Tong yang diberi lesen membuka perjudian casino di Genting Highland. Begitu juga Liem Sioe Liong di Indonesia dapat hak monopoli impot cengkih untuk membuat rokok kretek, disamping konsesi perniagaan gula, kopi dan getah.
Golongan tycoon Asia kebanyakannya adalah sekumpulan manusia istimewa yang dilindungi orang politik yang ada kepentingan. Disamping itu ramai tycoon yang lahir dari keluarga hartawan dan meneruskan perniagaan keluarga mereka. Bukan sebenarnya daripada orang miskin yang jadi kaya.
Umpama diceritakan kisah orang terkaya Hong Kong, Li Ka Shing, kononnya bermula sebagai anak seorang guru sekolah yang miskin pada tahun 1940. Pada usia 15 tahun berhenti sekolah menjadi buruh di syarikat membuat plastic untuk membantu keluarga yang miskin.
Cerita sebenarnya Li Ka Shing berkahwin dengan anak abang kepada bapanya yang kaya raya, iaitu pemilik syarikat Chung Nam Watch Co di Hong Kong. Perkahwinan dengan sepupunya itulah yang menjadi titik tolak kepada kekayaan Li Ka Shing. Dengan modal yang besar terutama bantuan kewangan daripada ibu mertuanya, LKS mempelbagai operasi syarikat sehingga menjadi syarikat perkapalan terbesar di Hong Kong.
Apa yang saya ingin ceritakan disini ialah kisah betapa kedekutnya tycoon Asia berbanding dengan tycoon di negara Barat. Satu ketika dulu, Lim Kok Thay, anak kepada Lim Goh Tong sedang berurusan untuk membeli ekuiti dalam syarikat Norwegian Cruise Line dengan nilai US$2billion.

Setelah urusan selesai di pejabat peguam London, Lim dan kumpulan Banker bersamanya bergerak menuju ke airport. Lim menahan sebuah teksi. Rombongan banker yang kaya raya bersama Lim berfikir taxi itu akan membawa mereka terus ke airport Heathrow. Tetapi kira-kira setengah batu perjalanan, teksi berhenti di pintu masuk London Underground.
Kenapa? Lim Kok Thay ingin menjimatkan kos pengangkutan ke airport yang jumlahnya tidak sampai lima pound (rm35) seorang dengan menggunakan perkhidmatan keretapi bawah tanah.
Sampai di airport, rombongan banker lebih terkejut kerana kesemua mereka termasuk Lim hanya tempah kelas ekonomi untuk ke Oslo, Norway untuk urusan bernilai RM8 billion! bayangkan kedekutnya!
Sampai di airport, rombongan banker lebih terkejut kerana kesemua mereka termasuk Lim hanya tempah kelas ekonomi untuk ke Oslo, Norway untuk urusan bernilai RM8 billion! bayangkan kedekutnya!
3 Responses to "ORANG PALING KAYA YANG KEDEKUT"
Bukan kedekut, betul lah tu cara beliau mengurus tadbir wang beliau, bukan macam melayu di Malaysia ni, dapat projek 100 ribu, beli kereta harga 150,000 mana tak rasuahnya dalam pembinaan projek tersebut.
Pak,
Saya 'kenal' Kok Thay ini. Dia kawan baik sahabat saya, seorang pelukis besar. Dan berdasarkan apa yang saya tahu, kedekut bukanlah perkataan yang sesuai dipadankan dengannya. Saya lebih suka menggunakan perkataan 'agak cermat berbelanja'.
Tidak ada apa yang peliknya. Menggunakan perbandingan orang Asia lebih kedekut berbanding orang Barat juga tidaklah begitu tepat. Dalam 'Book of Amazing Facts' ada disebut 80% orang terkaya di dunia (majoritinya dari Barat) hanya menggunakan kereta 2nd hand.
Cuba belek-belek Forbes 2006 (saya tak ingat bulannya), bapak akan temui kebanyakan billionair menggunakan kereta yg langsung tidak mencerminkan status simbol. Ingvar Kamprad, orang kelima terkaya di dunia itu, jika tidak silap saya masih menggunakan Volvo buatan 1970-an dan terbang dengan penerbangan klas ekonomi.
Saya mengenali seorang pemandu teksi (pemiliknya juga) yang memiliki 40 buah rumah sewa di sekitar Setapak dan dia masih naik bas ekspres kalau mau balik ke Penang. Tapi dia bukan sebangsa saya.
Ada bapa saudara di kampung yang punya sawah hampir 300 ekar dan keretanya cuma Toyota KE30. Dia tidak kedekut. Semua saudara mara tahu mengenai itu. Tapi dia agak cermat.
Tapi, sama ada mereka kedekut atau tidak, mereka sebenarnya jauh lebih baik daripada sebilangan orang, yang projek belum nampak bayang sudah mula terbang dengan bisnes class.
Soal berjaya kerana sokongan politik juga ada subjektifnya. Sebelum mampu mengenali orang politik dan mampu mendapat perlindungan kebanyakan orang-orang yang kaya itu bermula dengan susah payah. Banyak yang perlu mereka lalui sebelum dapat meyakini; atau dapat membeli orang lain.
Tkasih.
Harap maklum, perkataan kedekut tidak sesuai untuk Lim Kok Thay, bekas pelajar MBS yang menyahut seruan sekolah untuk membina banguanan baru di perkarangan sekolah yang berusia lebih 110 tahun di Kuala Lumpur.
3 juta ringgit didermakan kepada sekolah MBS 5 tahun lepas.
Post a Comment