ARTIKEL BARU

JANGAN MENILAI ORANG POLITIK SEPERTI BACA BUKU! HANYA BACA BAB YANG MENARIK....TETAPI?


Gambar: Ahli Parlimen Machang YB Saifudin Nasution


Pagi ini saya bercadang mendengar perbahasan di Parlimen. Boleh dapat cerita baru dari rakan-rakan dan dapat sembang dengan MP yang mesra blogger. Jam 9am saya sempat breakfast dengan Ketua UMNO Kota Belud di RCH The Mall. Dato Salleh Said kebetulan berada di KL. Saya ajak sahabat saya Hadi AlHadi.

Untuk ke Parlimen, biasanya saya menumpang kereta Perdana VIP warna hitam milik Sang Kelembai. Jam 8am dia ada menelepon saya dan sudah berjanji tunggu di Mall jam 10am. Tapi jam 11am saya buat keputusan menyewa kereta. Sang Kelembai selalu sibuk mungkin ada perkara mustahak yang menyebabkan beliau tidak dapat ke Mall. Saya sewa Myvi RM100 sehari. Oklah. Tak perlu bayar deposit pula tu.

Setelah menghantar Hadi ke Kopi Tiam Pak Ali di Danau Kota, saya menuju ke Parlimen. Saya tiba tepat 12.28pm. Saya tahu waktu kerana perlu rekod kehadiran. Lunch time. Biasanya MP berada di bilik rihat dan makan. Tapi jelling kat TV, Presiden PAS Dato Haji Hadi Awang sedang bercakap. Suaranya antara dengar dengan tidak. Tapi kata Dato Ibrahim Ali ucapan Hadi sama seperti mendengar khutbah Jumaat.

Dikalangan MP dari parti pembangkang, saya meminati cara YB Saifudin Nasution. Hujahnya selalu bernas dan disertakan fakta. Beliau tidak sekadar mengkritik sahaja. Adakalanya dia juga puji dasar BN. Sebenarnya tugas MP pembangkang sebijaknya selain mengkritik juga memberi cadangan alternative. Inilah yang dilakukan MP Machang itu lewat petang ini.

Hari ini saya bercadang untuk wawancara Saifudin untuk portal paradigm.com.my tetapi kerana beliau kelihatan sibuk dan sedang menunggu giliran untuk membahaskan bajet, saya tunda ke hari lain. Portal news yang saya kelolakan akan dilancarkan Sabtu ini. Saya bercadang jemput Tun Mahathir untuk melancarkan secara rasmi pada bulan Disember atau Januari depan.

Saya duduk sekejap di ruang rihat MP dengan Sang Kelembai dan Dr Puad Zarkashi. Sempat juga bersalam dengan mantan Ketua Puteri UMNO, Dato Noraini Idris. MP Parit Sulong juga seorang bekas timbalan menteri tapi bilangan undi tidak cukup untuk duduk kerusi Majlis Tertinggi UMNO . Sewaktu menjadi Timbalan Menteri dulu saya perhatikan Noraini kurang bergaul dengan golongan yang menjangkaui umur Puteri UMNO.

Petang di ruang rihat MP saya dapat satu ilmu dari Dato Azmi. Tak perlulah tahu siapa Tok Mi ni. Cukup sekadar tahu yang beliau agak berpengaruh juga dalam membuat keputusan di peringkat tertinggi. Dia pernah menjadi pegawai kanan SB. Katanya, menilai orang politik jangan seperti membaca buku.

“Biasanya orang baca buku, yang di baca bab yang menarik sahaja seperti bab 1 hingga 3. Lepas tu terus lompat bab akhir. Bab 4,5,6 dan seterusnya bab lain tidak baca. Sebab itu info tak lengkap dan tak tepat bila menilai seorang pemimpin.”

Barangkali pengalaman Tok Mi sebagai pegawai SB perlu juga diambil kira dalam menilai pemimpin politik. Kira-kira 3 bulan lalu, Tok Mi pernah beritahu saya, membaca buku “Konspirasi Politik Melayu” seperti memandu kereta Mercedes. Semakin lama semakin seronok membacanya dan tidak tertinggal satu bab hingga bab akhir.

Tepat jam 6pm saya meninggalkan Dewan Parlimen menuju ke mini Parlimen yang lebih rancak iaitu di The Mall.

0 Response to "JANGAN MENILAI ORANG POLITIK SEPERTI BACA BUKU! HANYA BACA BAB YANG MENARIK....TETAPI?"