ARTIKEL BARU

DESAKAN ADAKAN EGM. TOK GURU MAHU TENTUKAN SIAPA SEBENAR GODFATHER DALAM PAS?

Perpecahan dalam PAS menimbulkan ilham kepada kartunis


Jika diimbas kembali, keretakan dalam kepimpinan tertinggi PAS mulai kelihatan menjelang Muktamar parti itu baru-baru ini. Punca keretakan berikutan isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan Presidennya, Dato Haji Hadi Awang. Cadangan yang mendapat bantahan keras daripada Tok Guru Nik Aziz.

Namun keputusan muktamar parti itu nampaknya memihak kepada kumpulan yang pro kepada Hadi Awang dengan dua penyokongnya, Nasarudin Mat Isa dan Salahudin Ayub terpilih dalam jawatan yang ditanding. Husam Musa yang pro Nik Aziz tidak mendapat sokongan.

Pergolakan itu tidak berakhir disitu sungguhpun setelah campur tangan pemimpin PR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Campurtangan itu hanya mematikan isu kerajaan perpaduan, tetapi tidak kepada persoalan siapa sebenarnya iaitu siapa berkuasa dalam parti PAS? Parti PAS hampir menerima padah dalam pilihan raya kecil Manek Urai ekoran pertelingkahan itu.

Kemunculan Timbalan Presiden PAS, Nasarudin Mat Isa disaat-saat akhir dan imejnya sedang makan bersama Nik Aziz sewaktu berkempen di Manek Urai pada hakikatnya telah menyelamatkan kerusi Manek Urai milik PAS dengan majority yang genting. Sewaktu berada di Manek Urai, saya ada dengar kabar angin kononnya kumpulan yang pro Hadi Awang telah melakukan sabotaj untuk mengurangkan majority PAS dengan niat memalukan Nik Aziz?

Sejauhmana kebenaran kabar angin itu sukar ditentukan. Namun selepas kemenangan besar PAS dalam PRK Permatang Pasir keadaan kembali seperti biasa. Yang banyak bercakap dan membuat kenyataan akhbar ialah Tok Guru Nik Aziz. Manakala Hadi Awang dan timbalannya seperti biasa, jarang sekali membuat sebarang kenyataan. Sehinggalah kekalahan teruk calon PAS dalam PRK Bagan Pinang yang mencetuskan kembali pergolakan pucuk pimpinan parti itu.

2 Responses to "DESAKAN ADAKAN EGM. TOK GURU MAHU TENTUKAN SIAPA SEBENAR GODFATHER DALAM PAS?"

watasikadi said...

Pada saya PAS sudah berkembang pesat sehingga wujud apa yang dikatakan sebagai puak, seperti juga UMNO sebuah parti besar mempunyai team masing malah lebih banyak kumpulannya berbanding PAS. saya percaya PAS dapat menyelesaikan pertikaian ini secara dalaman dan saya yakin dan pasti apapun yang terjadi samada ada yang dipecat atau tidak ahli PAS tetap bersama PAS. ura-ura pemimpin utama akan dipecat tidak langsung ada kaitan dengan mereka akan memasuki parti lain. walau dipecat sekalipun mereka ini tetap bersama PAS. membangun bersama isalam. TAKBIR!!

feeza said...

Rasa-rasanya ada orang lain bercita-cita nak jadi Presiden PAS, untung-untung dapat jadi TPM kalau PR menang dalam pilihanraya ke 13 nanti. Tapi angan-anganlah tu..... Nik Aziz dah takde masa depan tapi cita-cita orang keliling dia la tu....