Thursday, October 22, 2009

BELAJAR BUDAYA KAUM SIKH!

Dr Manmohan Singh, PM India

Hari ini saya dijemput memberi ceramah dalam satu program anjuran PIBG di daerah Kota Belud. Saya dijemput oleh salah seorang JK Penganjur untuk memberi ceramah mengenai peranan PIBG dalam pembangunan pendidikan dan masalah sosial remaja.


Penulis politik memberi ceramah tentang soal pendidikan dan masalah displin pelajar? Menggelabah juga dapat jemputan itu. Tetapi saya tidak mengecewakan penganjur dan bersetuju untuk memberi ceramah berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya mengenai tajuk seminar.


Sungguhpun diluar bidang, saya sempat juga menyiapkan satu kertas kerja ringkas dan semalam saya e-mail kepada penganjur untuk diedarkan kepada peserta seminar. Pagi ini, kira-kira jam 11.30 pagi tibalah giliran saya menyampaikan ceramah. Ramai juga orang politik yang hadir sebagai Pengerusi PIBG bukan sebagai Ketua Cawangan.


Saya sebenarnya menekan konsep smart partnership antara Ibubapa, Sekolah dan Masyarakat sebagai asas sistem pendidikan negara menangkis ancaman pengaruh globalisasi melalui internet dan sebagainya. Tetapi dalam ceramah pagi ini saya memfokuskan kepada peri pentingnya institusi keluarga sebagai asas utama kejayaan pendidikan pelajar.


Saya mengambil contoh kejayaan bangsa Sikh sebagai renungan peserta. Satu bangsa yang jumlah penduduknya seluruh dunia tidak sampai 20 juta tetapi menjadi Perdana Menteri kepada penduduk yang berjumlah 1.1 bilion! apakah rahsia kehebatan bangsa Sikh?


Kenapa bangsa yang minoriti di negara ini begitu berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi mereka? Bangsa Sikh mempunyai nilai-nilai dan budaya kerjasama yang begitu rapat dan saling tolong menolong. Jika kaum Cina diperantauan ada "bamboo network" untuk saling membantu dalam bidang perniagaan, begitu juga dengan kaum Yahudi dalam bidang perbankan dan kewangan, kaum Sikh pula mempunyai hubungan rapat dalam semua aspek kehidupan.


Adalah dipercayai, dalam budaya kaum Sikh, jika salah seorang daripada kaumnya miskin dan meminta sedekah, maka seluruh kaum Sikh di kawasan itu adalah berdosa. Maka itu, menjadi tanggungjawab seluruh warga Sikh mempastikan tiada dikalangan mereka menjadi miskin. Begitu juga dalam bidang pendidikan dan bidang sosial yang lain. Jarang sekali kaum Sikh terlibat dengan masalah displin dan jenayah kerana seluruh komuniti Sikh menjadi mata dan telinga kepada masyarakat.


Saya berharap selepas ceramah, dalam sesi soal jawab ada peserta yang mengajukan persoalan supaya ada perbincangan lanjut. Tetapi nampaknya beberapa peserta yang hadir hanya memberi komen melalui blog kawan-kawan kononnya saya seolah-olah tidak yakin dengan ajaran Islam bila bercakap tentang budaya kaum Sikh. Tentang "fardu kifayah" amalan kaum Sikh bila ada yang miskin, semua kaum itu berdosa.

Saya yakin bahawa mengambil nilai-nilai positif kaum dan bangsa lain juga adalah termasuk dalam tuntutan agama. Saya percaya mempelajari ilmu sehingga ke negeri China itu adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam.

3 comments:

tunku said...

you're absolutely right bro.

Prèm ! said...

Hey appreciate the way u have designed this blog....

I loved the way you write and present ur blog....

My best wishes are with you and with ur blog :)

Jesus bless ya !

penanggah said...

artikel menarik.. membuka minda.. tahniah..

Lorem

About This Blog