ARTIKEL BARU

SWING VOTES MELAYU KEMBALI KEPADA BN!


Hari ini masuk minggu kedua saya berada di ibukota KL. Sejak semalam saya membaca buku A Doctor In The House. Buku dihadiahkan anak Khamis lalu. Saya cadang kepada penulis termasuk blogger, jika ada masa, bacalah buku ini untuk memahami latar belakang sejarah politik negara. Penulis politik yang baik ialah penulis yang mengetahu sejarah.

Minggu lepas, 3 hari bermula Khamis hingga Sabtu saya berada di Merlimau Melaka. Sehari sebelumnya saya memandu sendiri ke Kerdau, Pahang melihat suasana pilihan raya kecil di kedua-dua tempat.

Saya tinggal lebih lama di Merlimau kerana lebih mudah mendapat tempat penginapan berbanding dengan Kerdau. Pekan Merlimau hanya lebih kurang 30 minit dari Bandar Bersejarah Melaka. Saya menyewa sebuah bilik bajet hotel di Banda Hilir.

Di Melaka saya kerap menghadiri ceramah yang dianjur kedua-dua parti yang bertanding. Saya juga mengikuti perkembangan calon pembangkang dan menghadiri ceramah PAS dan DAP. Malang saya tidak dapat menghadiri ceramah Anwar Ibrahim kerana biasanya jalan menuju ke tempat ceramah akan jem dan penuh sesak.

Samada ramai yang hadir, sukar saya pastikan kerana saya tidak berpeluang menghadiri ceramahnya. Tetapi secara umumnya, penceramah PAS lebih pandai berpidato berbanding dengan penceramah UMNO.

Setelah 16 pilihan raya kecil, rakyat semakin matang berpolitik. Jika dibanding dengan PRK yang pertama Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, suasana pilihan raya kecil lebih aman. Saya perhatikan selepas berkempen dan mendengar ceramah, para penyokong parti dengan baju dan topi parti boleh duduk minum dan makan di kedai yang sama. Bersalaman dan bertegur sapa. Malah ada yang duduk semeja.

Kemarahan orang Melayu kepada kerajaan sudah mulai kendur setelah 16 by election diadakan. Rasanya rakyat pun dah jemu nak gaduh pasal politik. Bila dilihat negeri-negeri yang diperintah parti pembangkang tidak banyak perbezaan daripada sebelumnya. Dalam masa yang sama, masalah dalaman dalam parti pembangkang terutama PKR menyebabkan rakyat kembali menjadi rasional.

Jika dibanding dengan PRU 2008. Swing votes orang Melayu kepada parti pembangkang di Pulau Pinang 27%, WP 21%, Selangor 20%, Perak 18% dan Kedah 16%. Swing yang paling rendah ialah di Terengganu hanya 2.2% sahaja.

Sokongan kaum India juga mula kembali kepada BN. Pada PRU 2008, dianggarkan hanya 14.7% sahaja pengundi India menyokong parti-parti BN berbanding 39% pengundi Cina.

Berdasarkan keputusan 5 pilihan raya kecil yang terakhir, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau, yang kesemuanya dimenangi BN, momentum sokongan telah kembali kepada BN. Swing votes Melayu telah kembali kepada BN walaupun keyakinan rakyat terutama Melayu kepada UMNO belum pulih sepenuhnya.

Apakah momentum ini akan dapat dipertahankan dalam PRU negeri Sarawak dan PRU13? Sama-sama kita renungkan.

1 Response to "SWING VOTES MELAYU KEMBALI KEPADA BN!"

Panglima7 said...

Assalam Tuan. Mohon dapat linkkan blog Panglima7 di dalam blog tuan. Kebaikan tuan Allah jua yang dapat membalasnya. aaminn.