Tok Guru masih memberi sumbangan kepada rakyat Kelantan?
Sepanjang perjalanan dari Banda Hilir ke Merlimau saya melalui jalan kampung yang menuju ke Muar. Di sepanjang jalan saya tertarik melihat keindahan kampung-kampung Melayu. Rumah papan dikelilingi pokok buah-buahan. Depan rumah ada pelantar tempat rihat dibawah pohon mangga atau rambutan yang rendang. Sungguh damai perkampungan Melayu.
Kebanyakan rumah diperbuat daripada kayu, berdinding papan dan tiang kayu belian. Kawasan tangga rumah diukir dengan cantik. Ada tangga yang diperbuat dari kayu atau papan. Ada juga daripada konkrit dan simen yang berwarna warni. Hampir setiap rumah ada pokok buah-buahan terutama mangga dan rambutan. Pokok mangga ada kalanya ditanam terlalu rapat dengan rumah sehingga buah mangga boleh dipetik daripada jendela rumah.
Pokok mangga membesar, akarnya juga turut besar dan banyak. Akhirnya akar mangga akan lebih kuat dari tiang rumah. Di kampung akar mangga tidak begitu memberi kesan teruk kepada tiang rumah kayu belian berbanding dengan rumah yang bertiang simen atau konkrit.
Di kawasan bandar atau pinggir bandar, kebanyakan orang Melayu tinggal rumah PPR. Ada yang mampu beli rumah rumah teres atau rumah semi detached. Yang lebih kaya tapi jumlahnya tak ramai akan beli rumah sebiji-sebiji, rumah bungalow.
Yang tinggal rumah PPR tentu sekali tidak dapat tanam pokok mangga atau buah-buahan. Tetapi yang tinggal rumah teres, semi-di atau bungalow biasanya akan tanam mangga dan pokok buah-an lain selain tanam bunga di kawasan laman rumah. Kalau kawasan tanah kecil, pokok mangga akan ditanam berhampiran rumah.
Semakin lama pokok mangga akan membesar. Akar-akarnya akan turut membesar dan menyebabkan tanah kawasan rumah tidak stabil dan rumah yang dibuat dari konkrit akan retak. Rumah yang retak akan roboh jika tuan rumah tidak tebang pokok mangga dengan segera.
Berdasarkan pemerhatian terhadap pokok mangga ini lahirlah teori politik pokok mangga. Pokok mangga saya ibaratkan seperti pemimpin parti atau kerajaan. Rumah adalah parti politik. Pada awalnya tentu sekali pokok mangga berjasa. Buahnya lebat, isinya manis, pohonnya rendang tempat berteduh dan berihat sewaktu petang.
Semakin berusia pohon mangga, buahnya semakin berkurangan, akar-akarnya semakin banyak dan menghalang pokok-pokok lain untuk mendapat makanan. Akhirnya pohon mangga tidak lagi memberi sumbangan dan meretakkan rumah dan seterusnya robohkannya.
Pemimpin tidak boleh terlalu lama berkuasa. Datuk Mohd Yakub di Kelantan, Datuk Seri Wan Mokhtar di Terengganu dan Tan Sri Koh Tsu Koon di Pulau Pinang adalah contoh pokok mangga yang menyebabkan rumah roboh.
2 Responses to "POLITIK POKOK MANGGA"
Di Sarawak 30 tahun, di Johor? Sabah belum berapa lama? Kelantan lama, tapi sukar tumbang, mungkin pokok mangga spesies langka.
SAUDARA MUSLI,istilah 'Kalau mau cuba beri mandat mereka laksanakan. Kalau gagal kita tukar kerajaan kembali kepada BN'yg saudara katakan ini adalah permainan risiko,umpama 'kapal nak karam,kita terjun terus,hidup atau mati,itu ketentuan':)akal dianugerahkan oleh tuhan,pergunakan sebaiknya,tukar kerajaan tak semudah tukar baju saudara,dalam politik,menabur janji adalah lebih mudah dari menepati,kami yg berada di dalam negeri PAKATAN lebih mengetahui dari saudara:)
-anak didik ABIM-
Post a Comment