ARTIKEL BARU

BILA KALDAI LEBIH TAHU MENULIS DAN MEMBACA!


Malam tadi saya menonton rancangan “Don’t Tell My Mother…”Discovery channel 553. Saya tertarik sekali dengan paparan rakyat miskin negara Venezuela mencari tanah dan membawa pita, menyukat dan memacak tiang-tiang menentukan bahagian masing-masing. Setiap individu dewasa dibenar memiliki 2.7 ekar.
Foto: Obama dan Chavez. Bermulanya hubungan baik antara Kapitalist dan Socialist?

Begitu mudah rakyat mendapat tanah di negara Venezuela setelah Hugo Chavez menjadi presiden negara itu pada 1998. Selepas menang, semua tanah diistihar milik negara dan milik rakyat. Inilah janji pilihan raya Chavez yang meletuskan revolusi rakyat miskin menyokong perjuangannya.

Slogan “Kuasa Rakyat” adalah slogan Chavez. Majoriti rakyat Venezuela adalah miskin tegar sungguhpun negara Amerika Latin itu negara kelima pengeluar petroleum dunia. Kemanakah kekekayaan hasil minyak?

Pada pilihanraya 2000 dan 2006, Chavez terus dipilih rakyat sebagai presiden. Namun persoalannya sejauhmanakah pembaharuan sosial yang dilakukan Chavez dapat merubah nasib rakyatnya? Seperti di paparkan dalam rencana itu, rakyat yang dahulunya menjadi pekerja di ladang tebu. Berkerja dengan gaji minima dan secukup makan, kini telah mempunyai tanah sendiri dan mampu bercucuk tanam untuk keperluan keluarga dan selebihnya di jual di pasar.

Namun rakyat terus miskin, kadar pengangguran tinggi dan taraf pendidikan yang daif sehinggakan ada penduduknya sendiri mengatakan Kaldai, binatang yang dijadikan kenderaan utama di lereng-lereng gunung lebih banyak yang tahu menulis dan membaca daripada rakyat Venezuela! Berjayakah Chavez tanpa sokongan golongan dan negara Kapitalist?

Hugo Chavez adalah seorang bekas anggota ‘paratrooper’ tentera. Gerakan revolusi Cuba menjadi inspirasi kepadanya dan Fidel Castro adalah idola Chavez. Pada tahun 1992 beliau cuba mengetuai coup de tat tetapi gagal. Dia ditangkap dan penjarakan. Namun beliau diberi pengampunan dan mengetuai “Kuasa Rakyat”.

Chavez adalah seorang pemimpin populist seperti Sukarno di Indonesia. Bijak berpidato dan menyemarakkan sentiment rakyat miskin. Beliau pernah berkata kepada musuh politiknya “yang kamu tentang bukan Chavez tetapi rakyat Venezuela”. Chavez menjanjikan pembaharuan sosial kepada rakyat dan menghapuskan golongan capitalist yang merupakan punca rasuah di Venezuela. Beliau bersedia “fighting terror with terror” dengan negara kapitaist Amerka Syarikat.

Saya tertarik dengan perjuangan Chavez. Sebutlah apa juga falsafah perjuangannya. Socialism, komunism atau apa ism juga namun ramai rakyat yang tidak bertanah dan terlalu sukar bersaing dengan golongan kapitalis termasuk pemimpin politik yang memohon tanah untuk diri dan keluarga mereka tentu gembira memiliki 2.7 ekar seperti rakyat Venezuela.

Tentu ramai seperti saya yang lahir di negeri Sabah yang kaya dengan tanah dan sumber alam tetapi tidak memiliki walau seinci tanah…menuggu seorang Hugo Chavez untuk keluar dari belenggu kemiskinan dan cengkaman kapitalist?

3 Responses to "BILA KALDAI LEBIH TAHU MENULIS DAN MEMBACA!"

Kang suroto said...

Postingan nya bagus sekali Pak, dapat membuka matahati kita untuk lebih baik lagi,..

amirfitrihakimi said...

Sdr, Hugo Chavez ini ada dimana-mana. Saat belum berkuasa siapa pun mahu jadi seperti dia. Macam juga di Malaysia, sebelum dapat kuasa mereka janjikan langit dan bumi ataupun bulan boleh jatuh ke riba.

Tapi bila sudah peroleh kuasa yang kaya tetap kaya, yang miskin terus papa kedana.Siapa sahaja. Belum berkuasa, rakyatlah segalanya tetapi apbila dapat kuasa, masalah rakyat bukan masalah mereka.

Jadi jangan merintih dengan nasib kita..

Unknown said...

terima kasih kang suroto kerana sokongan bapak..ada kalanya perlu bangsa kita diberitahu bahawa perjuangan pemimpin mereka terlalu kerdil dan bersifat hiasan berbanding bangsa lain yang berani dan bisa membuat perubahan sebenar...