ARTIKEL BARU

MALANG NASIB UMNO YANG LEMAH!!


Yang lemah memang mudah terpedaya!

UMNO sebenarnya tidak lemah. Kerusi UMNO dalam Dewan Rakyat mengatasi kerusi PAS, DAP dan PKR walau dijumlah sekaligus. Tetapi berbanding sebelum PRU ke 12 secara relatifnya UMNO amat lemah.
Kepimpinan UMNO juga sedar parti keramat mereka sudah lemah. Barangkali dalam minda DS Najib dan barisan MT nya UMNO sudah ditolak orang Melayu.
Foto: Hj Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO yang secara ikhlas menganggap PAS benar-benar ikhlas.
Makanya, bila Presiden dan Timbalan Presiden PAS mulakan cerita tentang kerajaan perpaduan, cepat-cepat lah UMNO yang lemah ini menyambut cadangan olok-olok PAS itu.

Namun ada hikmahnya buat parti UMNO. Beringat-ingatlah. Dulu UMNO mendabik dada sebagai parti tunggal yang memperjuang bangsa Melayu. Kini UMNO terlalu membutuhkan sesiapa juga untuk mendapatkan kembali sokongan bangsa Melayu. Hatta parti lawan sekalipun bila sebut ayat perpaduan saja, melompatlah para hulubalang UMNO untuk menjadi hero dan broker.

Ada yang bercakap lebih-lebih konon pertemuan antara UMNO dan PAS akan menyatukan dan memperkukuhkan politik orang Melayu. Tanpa mereka sedar orang di luar UMNO tu pun mahu juga jadi Perdana Menteri dan mahu juga membela nasib orang Melayu. Bukan pemimpin UMNO saja.

Tetapi tak apa lah yang itu, apa yang amat menyedihkan UMNO pula dituduh membuat fitnah dan membuat tohmahan jahat walhal bukan UMNO yang mulakan! Itulah nasib yang selalu menimpa bila kita jadi orang lemah! Mudah di perkotak-katikkan. Mudah diprsendakan. Mudah menerima cadangan.Fikir-fikirkanlah.

4 Responses to "MALANG NASIB UMNO YANG LEMAH!!"

Senjaliza said...

Salam Ziarah adik Musli. Sihat?
Benar dan sebenarnya UMNO tidak lemah sebagai sebuah parti. Lemahnya UMNO kerana pemimpinnya. Organisasi tidak memiliki "etika" tetapi pemimpin mempunyai "etika". Etika pemimpin terdahulu dan kini menjadi pernilaian rakyat hingga kini. Saya melihat tawaran kerajaan Perpaduan PAS pada awalnya ikhlas tetapi pemimpin UMNO kalah dalam perjudian taktik kepada Anwar. Pemimpin UMNO masih merasa "BIG BOSS" lalu mereka memperlambat-lambatkan permainan sehingga putih mata apabila TGHH diserkup PR dan Anwar kerana DSAI tahu di situlah hidup dan matinya PR. Manakala pemimpin UMNO masih bertangguh dengan keraguan dan menanti kepastian datang bertandng mencarinya samada begolek atau melayang. DSAI tidak bertangguh.. diserkupnya TGHH di Dewan Rakyat dan TGHH terdesak kerana keperluan DSAI MENDESAK. Nah siapa menang taktik...? apakah tidak benar PAS itu ikhlas dengan kerajaan Perpaduan? Siapa kata DSAI bukan mendahului perlumbaan menagih janji TGHH atau mau berusaha menjaring bola walau dalam kedudukan offside?

Maaf..terlebih sudah..

SUARA RAKYAT said...

Salam. Peribahasa TERLEPAS AYAM TANGAN BAU TAHI,seseuai ke pada apa yang terjadi pada UMNO. Nasib yang merasa LEMAH.. begitulah padanya. Kerana itu.. di kala kuat-kuat mesti PANDANG-PANDANG

Unknown said...

salam kak liza, memang benar apa yg liza cakap tu. Saya nampak sekarang perubahan yang di slogankan hanya fisikal sahaja tetapi roh dan semangat masih tidak berubah..

Anonymous said...

Salammualaikum....denakan semua,
Pemimpin UMNO memang lemah bila berhadapan dgn manusia putar alam seperti pemimpin DAP,PAS dan Keadilan.

Mereka hanya jaguh dalam menjatuhkan sesama sendiri. Begogol sendiri-sendiri, lepas tu..mata habis biru-membiru. Orang lain yang mati `karas' kerana perangai bodoh pemimpin UMNO.

UG tetap dan boleh diteruskan... walaupun bukan UMNO yang mulakan. Kenapa pula tidak boleh ada ahli PAS yg sokong UMNO, sedangkan dalam UMNO ini sendiri, ada ahlinya yang menyokong Keadilan???
Namun....kenalah ikut cakap parti mana yang banyak kerusi dan memegang pemerintahan negara...bukannya parti nyamuk yang macam ayamni..bertelur sebiji, riuh sekampung!!!