ARTIKEL BARU

MANIK URAI - TERURAIKAH MASALAH UMNO?

Penanti: BN tak tanding, PKR Menang, UMNO pulak kuat!
Hari ini, berita TV jam 8 malam, menyiarkan kenyataan para pemimpin tertinggi UMNO termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang senada mengenai kemenangan calon PKR, di Penanti.

Saya menjangkakan mereka mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Dr Mansor Othman setelah beliau terpilih sebagai wakil rakyat dalam satu proses demokrasi sungguhpun BN memulaukan PRK itu.

Membuat kenyataan bahawa kemenangan PKR itu tidak boleh dibanggakan kerana calonnya menentang calon Bebas. Tambahan pula, kata mereka undi calon PKR telah merosot seribu lebih undi. Diselit pula ayat, keputusan PRK Penanti menunjukkan UMNO masih kuat dan masih berpengaruh.

Hari ini tercatat dalam sejarah, parti UMNO terbukti masih kuat walaupun tidak bertanding dalam pilihan raya kecil!.

Seperti dalam satu kejohanan bola sepak, team UMNO tidak bertanding tapi menjadi penonton. Bila team lawan belasah team lain sampai 8 kosong, dan menjadi juara, takkan team UMNO boleh mendakwa mereka sepatutnya juara. Tentu orang ramai akan gelakkan UMNO.
Mulanya saya ingin menjawab secara detail persoalan kenapa undi calon PKR merosot berbanding dengan Mac 2008. Tapi bila fikir balik, takkan pemimpin UMNO tak tahu? Atau barangkali juga pemimpin UMNO benar-benar tak tahu…Saya akan buat analisa itu dalam buku saya yang seterusnya pada bulan Julai nanti.

Saya hanya mahu jelaskan parti UMNO mempunyai lebih ramai ahli dan banyak cawangan daripada Parti PKR. Adakalanya nama-nama yang menjadi ahli UMNO tidak sedar pun nama mereka disenarai sebagai ahli. Ada orang lain yang membayar yuran bagi pihak mereka. Ada cawangan UMNO, ahli aktif tak sampai 20 orang, tetapi dalam rekod terdapat 79 orang ahli.

Sebaliknya, parti PKR tidak ramai ahli yang berdaftar dan tidak banyak cawangan-cawangan seperti UMNO tetapi ramai penyokong dari kalangan orang biasa termasuk pengundi remaja, kakitangan kerajaan dan golongan profesional. Golongan yang bersimpati dan menyokong PKR ini hanya keluar mengundi atau balik kampong jika PKR tercabar.

Oleh kerana BN tak bertanding di Penanti, penyokong-penyokong ini buat kerja lain yang lebih berfaedah seperti membawa anak-anak yang sedang bercuti sekolah melancong ke Sabah atau Sarawak. Dalam masa yang sama mereka sempat juga berkempen menawan kedua-dua negeri itu dalam PRU 13.

Apa pula komen pemimpin UMNO selepas PRK Manik Urai? Saya tidak tunggu keputusan parti mana yang menang di Manik Urai tetapi menunggu komen pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO.

6 Responses to "MANIK URAI - TERURAIKAH MASALAH UMNO?"

Anonymous said...

UMNO juara merapu...
-Penyokong BN-

Senjaliza said...

Salam Adik Musli, UMNO tak ada masalah. Yang bermasalah ialah orang UMNO. Bila tolak mereka yg bermasalah kemungkinan UMNO jadi kecik sebab kebanyakannya ada masalah. Jangan fikir Parti lain tak ada masalah. Fikir mana parti yang bijak dalam menyelesai masalah dan terbukti telah berjaya menyelesai masalah. PKR lebih banyak masalah. Banyak pejabatnya bahagiannya kena tutup tak bayar sewa. Sampai sekarang Sabah bermasalah Ketua. Tapi PKR tak bagitahu masalahnya di mana-mana mereka lebih bijak menyembunyikannnya. Kerana itu mereka kelihatan OK jee. DSAI dah tua-itu masalah besar... org UMNO suka bongkar kelemahan dan keburukan pemimpinnya walau sedikit dan dapat diperbaiki tapi dia terus ke "kedai spare part" supaya DIA dapat ganti!!

mrakunman said...

Saya juga mengharapkan ucapan tahniah kepada Dr Mansor Osman daripada pemimpin UMNO kerana menang besar, walaupun berlawan dengan calon bebas-bebas-bebas.

Pendapat yang mengatakan bahawa rendahnya peratus pengundi yang turun mengundi tidak signifikan mengatakan bahawa PKR tidak mendapat sokongan. Demikian juga pendapat yang mengatakan bahawa UMNO/BN mendapat sokongan pengundi yang tidak turun mengundi, tiada ada siapa yang boleh meramal. Banyak faktor yang boleh dianalisa, tetapi kebenarnya adalah hanya para pengundi Penanti sahaja yang tahu.

Tahniah untuk DR Mansor dan selamat bertugas sebagai TKM1 Pulau Mutiara.

Unknown said...

Salam dan terima kasih atas komen kak Senjaliza..saya setuju semua parti ada masalah dalaman. UMNO sebagai parti tertua pasti tidak lari dari masalah itu apatah lagi parti baru seperti PKR.
apa yg menarik ialah sikap dan budaya ahli agak berbeza. Ahli PKR atau PAS bila bangun pagi akan menanam azam untuk menang next election. Ahli UMNO bangun pagi, garu-garu belakang, menggeliat kiri kanan, tenguk sms dan cari kesalahan pemimpin UMNO yang lain. Wah..Ketua UMNO buat rumah baru ...waah, timbalan ketua UMNO kawin bini muda..waah, ketua Pemuda beli kereta baru..puteri dapat projek buat klinik kampung...last dia tanya..aku dapat apa? maka mulalah serangan sesama sendiri. Inilah yg berlaku bila parti terlalu besar dan ahli ramai tetapi matlamat sudah tidak sama. terima kasih kak.

feeza said...

Parti-parti kecil pun ada masalah yang sama, Husam Musa dah alaminya. PKR pun gitu juga, tanyalah Ezam dan Lokman Nor Adam.Cuma belum meletup lagi....tunggu dan lihat.

Seliu Liu said...

Manang malap-malap reso jo