ARTIKEL BARU

PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO. PERANG DAH SELESAI, PELURU BARU SAMPAI....


Selamat datang ke Sabah kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Saya mengingati Tan Sri Muhyiddin kerana beliau adalah pemimpin tertinggi UMNO yang pertama bercakap soal perubahan dalam parti setelah kehilangan sokongan pada PRU ke 12 Mac, 2008.

Utusan Malaysia, tarikh 6hb April 2008 kira-kira sebulan selepas PRU ke 12, kenyataan Muhyiddin seperti berikut “Anggota UMNO perlu berani menyatakan perkara benar dan tidak hanya menyatakan sesuatu semata-mata untuk menyedapkan hati pemimpin, sedangkan ia adalah satu pembohongan. UMNO perlu berani melakukan perubahan tanpa mengorbankan prinsip perjuangan asal jika mahu terus relevan pada masa depan”

Semboyan mahukan perubahan ini sebenarnya pada ketika itu dilihat sebagai tindakan political suicidal kerana tidak ada seorang pun pemimpin MT yang menyahut seruan Muhyiddin itu. Tidak bimbang dan takutkah jawatannya sebagai menteri akan digugurkan pada ketika itu?

Sebenarnya kebimbangan Muhyiddin ialah “Apa yang saya bimbang ialah UMNO dan orang Melayu akan kalah. Saya benar-benar takut kalau saya tidak mengatakan yang hak(benar) walaupun hak itu pahit maka UMNO boleh terjerumus ke dalam keadaan yang lebih teruk” (wawancara dengan Utusan Malaysia 13April 2008)

Perubahan yang bagaimanakah membolehkan UMNO kembali relevan? Cukupkah dengan sekadar perubahan pucuk pimpinan daripada Abdulllah kepada Najib?

Satu lagi perubahan yang diwar-warkan sekarang ialah soal pindaan perlembagaan parti UMNO. Sejauhmana pindaan itu membawa kesan positif kepada parti UMNO dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang masih menjadi satu persoalan. Pindaan perlembagaan UMNO yang di umum Muhyiddin pada 17 Mei 2009, mungkin sesuatu yang baik kepada parti itu kerana ianya akan meminda beberapa perkara termasuk pemilihan pucuk pimpian dan system kuota.

Cadangan juga dikemuka supaya pengerusi perhubungan negeri secara otomatik menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Persoalannya, apakah pindaan perlembagaan tersebut dapat memulihkan imej parti itu menghadapi pilihan raya umum sedangkan pindaan itu hanya berkuat kuasa setelah pilihan raya umum diadakan?

Pemegang jawatan parti sekarang akan tamat tempuh pada Persidangan Agung UMNO yang sepatutnya diadakan pada December 2011. Namun kebiasaannya untuk mengelakkan perpecahan dalaman, UMNO pasti akan memohon kepada ROS tambahan tempuh selama 18 bulan. Ini bermakna tarikh baru Persidangan UMNO ialah pada pertengahan 2013. Tarikh pilihan raya umum yang saya jangkakan pada February 2013 iaitu 4 tahun 11 bulan selepas pilihan raya Mac 2008.

Ini bermakna UMNO terlebih dahulu berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya umum sebelum pilihan raya parti dengan ada pindaan baru dalam perlembagaannya. Relevan lagikah pindaan itu jika perang sudah selesai dan UMNO menerima nasib yang lebih parah daripada Mac 2008? UMNO perlu memikirkan perubahan sebenar sebelum pilihan raya umum ke 13. Fikir-fikirkanlah.

8 Responses to "PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO. PERANG DAH SELESAI, PELURU BARU SAMPAI...."

SUARA RAKYAT said...

Kemenangan dalam perang terbuka selain tergantung kepada senjata yang dimiliki, juga strategi perang yang digunakan. Selain itu semangat dan kecekalan barisan hadapan menghadapi peperangan perlu juga diambil kira.

Kemenangan tidak semestinya tercapai hanya mengganti para jeneral yang gemuk-gemuk dan tua-tua kerana alasan bahawa keligatan mereka dipertikai. Kemenangan tergantung kepada keyakinan untuk menang, pengorbanan untuk menang, semangat untuk menang, para soldadu tidak meninggalkan medan perang kerana tidak bersemangat, teringatkan anak-bini yang tidak makan di rumah, terkenangkan bahawa berkorban tidak berbaloi, kerana pengalaman mengatakan, sehabis perang, para jeneral sahaja yang berpoya-poya, makakala soldadu kecil dibiarkan kelaparan.Persipsi demikian melekat pada sebahagian besar ahli UMNO yang hanya diperlukan apabila ada PRU atau PRK. Ambil contoh sahaja sinerio sebelum pemilihan Bahagian maupun AMT UMNO baru-baru ini. Kesibukan para PEMINTA kedudukan menemui ahli-ahli akar umbi terlalu rancak, akan tetapi setelah jawatan didapat, mana mereka? Jawapan yang kita dengar.. mereka menyusun strategi di ruang yang penuh kegemilauan dengan bunyi muzik yang terkini, pelayan yang seksi, hidangan yang berkolesterol, meredah padang golf dan semacamnya. Perbuatan mereka telah dari dahulu hingga sekarang adalah sama, budidaya mendarah daging terlalu sukar untuk diubah. Mengganti, mencantas dan menggantikan dengan susuk galur yang sama tidak akan menampakan hasil yang diharapkan.

Senjaliza said...

Adik Musli, Salam dari akak.
"There's no fear but fear itself" - lebih kurang "tiada yang perlu ditakuti melainkan takut itu sendiri". Tiada Yang perlu ditakuti oleh UMNO melainkan bila UMNO jadi penakut cum pengecut. Sergah sedikit sudah minta ampun. Kalau minta maaf kerana kesilapan dan kesalahan hukumnya "baik" tapi kalau minta maaf kerana TAKUT tidak kena undi" hukumnya "BERHENTI POLITIK atau ditegah dari menyertai UMNO atau kedua-duanya sekali". APA yang UMNO perlu buat sebagai parti tunjang BN ialah kumpul "bala tentera" yg terdiri dari UMNO, MIC, MCA, PBS, PBRS, LDP, PPP, GERAKAN plus NGO yang mendokong mereka.Rantaikan leher juak-juak politik supaya dapat dipaksa berada di barisan hadapan. PALULAH GENDANG PERANG DAN SUBURKAN SEMULA SEMANGAT PERPADUAN SEHINGGA BEBAN-BENAR KUKUH. Kibarkan semula panji-panji perjuangan yang sejati. Lepas itu ajarlah mereka untuk memekik perkataan yang telah lama mereka lupa - "LAWAN TETAP LAWAN" - BUKAN berperang- sekadar mengembalikan semangat melawan mereka kerana sesungguhnya mereka kehilangannya" selepas diserang VIRUS PRU12. Pakatan Rakyat tidak sepakat dan tidak kuat (lihat saja Sivakumar-jatuh dan terheret) TETAPI mereka BERANI dan diajar untuk berani (berani masuk penjara, berani bertahan dalam ISA, berani baring depan kerita Sultan, Berani Lapar, berani tinggalkan anak isteri, berani melawan nafsu RASUAH, berani meninggalkan pangkat, berani kejar CM hantar sapena semasa Kongress UMNO dan terpenting BERANI BERUBAH"- Lihat perubahan PAS. Ini Berani Part I. Bayangkan kalau UMNO menjadi penakut!!!!..(Berani meluluskan $$ untuk dapat undi dan %, berani buang keris ke lantai, berani sign approval,berani berkata bohong kerana mau popular, berani tikam kawan kalo dari belakang, berani salahguna (guna o.k.) kemudahan kerajaan sewenang-wenang dan berani MEMBOHONGI ALLAH SWT. Semua keberanian2 it adalah keberanian part II yg hanya mendedahkan BN "vulnerbal" kepada serangan Virus PRU13-yang "membawa maut" dan sehingga kini belum ditemui vaksinnya. "Lawan Tetap Lawan" batter late then nothing-takbir!

Adik Musli, Tahniah kerana adik Berani menjauhi "Berani Part II".

Ajin b. Gagah said...

Sdra Musli,
Post sdra di keluarkan awal pagi, namun hingga kini hanya 2 blogger yang‘ response’ atau memberi ulasan.

blogger sensasi yang saya maksudkan, tidak lain dan tidak bukan ada lah; Puan Senja Liza dan sdra Musram Rakunman. Setakat ini telah mendehului yang lain. tahniah..frens

‘In general’ persoalan yang sdra tekan kan di sini, sebenar nya tidak lah semudah itu untuk di ulas-ulas atau pun di pertikaikan. Kerana pada hakikat nya terlalu banyak kebenaran yang saudara utara kan.

Saya setuju bahawa setakat ini artikata “transformasi’ yang diwar-warkan oleh UMNO. maseh belum di ‘ utilize’kan dengan sepenuh nya.

Saperti kata saudara, maseh dalam peringat atasan.
Dalam masa yang sama, golongan ahli-ahli parti di bahagian akar umbi, maseh tercari-cari makna sabenar nya Transformasi dalam parti mereka 'UMNO’.

Banyak juga ahli-ahli fikir UMNO, menyeru agar bersabar menunggu sehingga satu hari nanti semua persoalan dan kekeliruan akan terjawab.

Persoalan timbul, berapa lama ? tak kan sehingga selepas PRU13. sedang kan parti pembangkang saperti PAS dan DAP , kini terlalu proaktif melaksanakan pembaharuan dan struktur parti mereka. Seada nya, mereka bergerak secara diam-diam dan kadang-kadang terbuka bermula dari Perlis hingga ke Sabah.

'In fact', berita hari ini pun, telah menyiarkan bahawa PAS akan membuat dua kejutan di Sarawak. Silap-silap minggu depan menular ke Sabah pula.

Pada pendapat saya, hal-hal saperti ini tidak boleh di pandang remeh oleh UMNO. Kerana sifat pandang remeh ini lah yang menyebabkan keputusan mengejutkan semasa PRU12 dehulu.

Untuk ini, saya telah meluangkan masa untuk membuat kajian pada golongan muda. Dimana keluarga mereka ini rata-rata ahli parti Kerajaan; UMNO dsn.

Apa yang mengejutkan, ia lah;
i) Mereka kurang minat dengan cerita politik. Kerana bagi mereka, Politik tidak membantu mengubahkan taraf ekonomi keluarga mereka.
ii) Mereka tidak memahami peranaan sabenar nya parti pemerentah dalam menangani gejala kemiskinan dan pengangguran masa kini.
iii) Khas nya di Sabah, mereka maseh menunggu bila masa nya perubahan infrastruktur di kawasan mereka.
Kata mereka, kesabaran menunggu ini telah bermula sejak nenek-moyang mereka.
iv) Selaku golongan era ICT, mereka sudah mulai terpengaruh oleh elemen yang tidak berpehak kepada parti kerajaan
v) Banyak lagi..

Ditanya tentang ‘ Transformasi ‘. Mereka lebih tahu bahawa program realiti ‘Akademi Fantasia’ telah di Transformasi kan. Selain dari itu mereka kurang peka dan sebagai nya.

Justru itu, pada pendapat saya kalau UMNO serius untuk bertransformasi, seharus nya ia sudah di mula kan awal tahun ini.. Jangan sampai, orang kata “ nasi sudah menjadi bubur”.

Salam

Anonymous said...

Saudara,

Perang di medan pertempuran untuk membebaskan negara daripada penjajah atau ingin menakluki negara lain merupakan sesuatu yang jauh berbeza dengan konteks perjuangan UMNO untuk menawan kembali hati rakyat yang mula terluka dan ada yang sudah terluka.

Terlalu sukar untuk UMNO turun ke medan perang, kalau masih lagi dengan bala tentera yang lama, senjata yang lama, cuma jawatan sahaja yang berubah.

Dalam konteks SABAH contohnya, lihat sahaja kepimpinan UMNO SABAH, kita lihat dengan jelas masih pada takuk yanhg lama. Lihat juga barisan jemaah menteri dan timbalan. Jawatan yang dipegang tidak selari dengan pendidikan dan kemampuan.

Kita lihat pula barisan ahli yang berhormat daripada UMNO, sebahagian besar merupakan orang yang pernah mencerca UMNO, menghina UMNO, tikam UMNO dari belakang. Tidak mengenali perjuangan UMNO, tidak mengenali perjuangan USNO yang berkorban diri demi untuk memberi ruang kepada UMNO.

Saat ini saya terkenang kepada Sahabat saya Allahyarham Jamlidi Oli, orang yang komited kepada USNO dan UMNO. Pada malam pengumuman USNO dibubarkan dan menyertai UMNO, Allahyarham merupakan orang yang mengarah sebuah lakonan di Wisma MUIS, beliaulah yang banyak membantu dalam mengendalikan pelbagai kursus dan sanggup ke merata-rata untuk memberi penerangan. Saya merupakan salah seorang daripada pendokong beliau. Itulah peperangan sebenarnya, namun siapalah ingat, kerana yang melakukan itu hanyalah bilis-bilis.

Memang benar, apabila selesai berperang, askar biasa balik kampung menggalas tugas lama, menoreh, jadi nelayan, petani, peladang. jeneral (YB) langsung tidak mengenang jasa askar biasa, siapalah jeneral kalau tiada askar biasa ini.

Terus terang saya katakan, bahawa saya adalah antara askar biasa yang mengangkut senjata, bekalan makanan, menyediakan khemah. Namun kalau tidak saya sebagai seorang guru, mungkin saya sudah kebuluran.

Buat pengetahuan saudara, saya merupakan setiausaha USNO bahagian n37 Lumadan pada tahun 1985, menjadi Setiausaha Penaja UMNO Limbawang dan menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Limbawang dan kini saya AJK UMNO Bahjagian Sipitang. Saya pernah bertugas sebagai setiausaha jentera pilihanraya bahagian sebanyak 5 kali.

Bayangkan saya terpaksa meminta-minta untuk mendapatkan pinjaman bagi pengajian anak saya di Russia, mengambil bidang perubatan. Ke pejabat Yayasan Sabah, saya macam orang asing, ke pusat Zakat Sabah, saya macam bukan orang Islam.

Semoga peperangan akan datang memperlihatkan siapakah kita sebenarnya.

RAPAHI HAJI EDRIS
N.27 LUMADAN,
P.178 SIPITANG, SABAH

jeanbara said...

Pak.

Kita lihat setakat mana pindaan perlembagaan mampu 'meminda' sikap rakan-rakan dalam UMNO.

Itu masalah kita yang sebenarnya - sikap.

Selagi orang UMNO berasa tidak bersalah melanggar lampu merah sewaktu tidak ada kereta lain, dan ketika tidak ada polis di sekitarnya, selagi itu masalah yang paling pokok tidak akan selesai dalam erti kata sebenar. Lambat laun masalah itu akan muncul semula dalam bentuk yang lain.

Tetapi itulah hidup. Dan itu sebabnya kenapa perang terus berlaku dan peluru terus bertambah-tambah canggihnya...

MSG SABAH said...

Sebelum kita melakukan trasformasi kepada orang lain, organisasi lain atau sebarang ngo, atau mahukan orang lain melakukan tranformasi, eloklah kita memulakan tranformasi dari diri kita sendiri. Sehubungan, saya mengajak diri saya sendiri dan saudara sekalian supaya menjelang sebelum terbitnya matahari bagi pagi esok bersamaan 5 Julai 2009 (Jumaat)saudara-saudara sudahpun bangun selewat-lewatnya 1 hingaa 2 jam sebelum menjelang terbitnya senja bagi menandakan bermulanya siang hari bagi pagi hari jumaat. Saya percaya, jika saudara-saudara melakukan perubahan dalam penggunaan masa berdasarkan amalan yang dituntut kepada kita sekalian, Insyaallah menjelang siang harinya iaitu bermula jam 6 pagi hingga seawal-awalnya 6 petang maka kita sudah mengetahui apa yang kita harus buat bagi memenuhi masa tersebut dan masa selebihnya iaitu bermuala selepas jam 6 petang dan berakhir selewat-lewatnya jam 6 pagi. Atau dengan mudah, ikut sahaja saranan yang standard mengenai penggunaan masa iaitu 8 jam pertama adalah dimenafaatkan untuk mencari nafkah kehidupan (ekonomi), 8 jam berikutnya dimenafaat untuk mencari ilmu (termasuk amalan bloging) dan baki 8 jam lagi digunakan untuk rehat/tidor, ibadat khusus, rekreasi atau kerja bermenafaat bersama ahli keluarga. Dengan memenafaatkan masa yang selama 24 jam yang telah diberi oleh tuhan kepada kita untuk dimenafaatkan sebaik-baiknya, Insyaallah kita akan dapat berfungsi dengan lebih berkesan untuk membantu menggerakan agenda transformasi khususnya kepada ahli komuniti kita (mesti ada keutamaan dalam bertindak atau dengan kata lain dahulukan yang dahulu atau "first thing first". So, untuk memulakan agenda kita, besok (5 Julai 2009) apa kata saya belanja kamu minum pagi (kamu itu merujuk kepada sesiapa sahaja yang memberi ulasan yang terdahulu dari saya). Jika bersetuju dengan pelawaan saya untuk kita minum pagi bersama dalam lingkungan jam 9.00 pagi hingga 9.30 pagi mohon sms atau call saya di no handphone 019 8736974 atau email : MohdSalim.Gabot@sabah.gov.my. Pada 4 Julai 2009 saya bersama isteri dan staff pembantu saya di pejabat KPM&HEP ke Beufort untuk menghadiri pengkebumian bapa kepada seorang pegawai yang bertugas di kementerian saya bertugas dan semasa menunggu sebelum bacaan talkhin, saya sempat beri sedikit maklumat politik kepada Datuk John Ghani. Yang menariknya semasa saya bercakap, Datuk John Ghani macam mendengar dengan penuh minat dan dalam banyak perkara dia bersetuju kerana setiap saya kemukakan persoalan "setuju" dia jawab "yah". Perkara atau isu yang saya bicarakan kepada Datuk John Ghani mengenai pentingnya Sabah dan Sawarak untuk bersatu bagi menentukan "political arragement/result" outcome hasil daripada pilihanraya ke13 (akan datang) bagi memastikan objektif penting dan utama bagi Sabah dan Sarawak tercapai menjelang Rancangan Malayisa ke 10 dan Rancangan Malaysia ke 11 iaitu tahap pembangunan infrastruktur asas seperti rangkaian jalan raya (pelbagai ketegori), bekalan air, elektrik, infrastruktur pendidikan, kesihatan, kebajikan, ICT dan sebagainya menjadi keutamaan dan diberi perhatian yang lebih supaya tahap pembangaunan setara dengan negeri-negeri di semenanjum msia.

Senjaliza said...

UMNO Sabah VS UMNO Semenanjung: UMNO Sabah berkerja keras untuk kekal dalam jawatan. UMNO semenanjung berkerja keras untuk kekal dalam jawatan dan kekal dalam Kerajaan. Ringan bagi Sabah dan berat bagi UMNO Semenanjung. Mereka ada dua masalah untuk dikekalkan. Lawan UMNO Semenanjung adalah General dan komando dari teras kepimpinan yang diasah tajam (sharp dalam ertikata sebenarnya). Lawan UMNO Sabah hanyalah "ranting-ranting yang patah dari pokok UMNO dn pohon Barisan Nasional". UMNO Sabah elastic and adjustable. Kadang-kadang compatible. USNO, BERJAYA, PBS mempunyai ciri-ciri sedemikian. Inilah hasil dan warisan istimewa Sabah dalam menyertai Pembentukan Malaysia dan mencapai kemerdekaan. Mereka juga menurunkan warisan itu sehinggalah kepada "PEMBENTUKKAN KERAJAAN". Saya tidak nampak sebab UMNO Sabah perlu risau mengenai pertukaran kerajaan Malaysia.

USD said...

Salam, pernah ada satu perumpamaan:
seorang tukang kayu masuk ke hutan, menebang pokok, dibelah dan di bawa keluar. Seterusnya, dibuat kerusi kayu.
Seorang lain kerana berkemampuan, membeli kerusi kayu tsebut. Diletak dlm rumah cantik dan digunakan utk duduk berehat.
Tukang kayu berusaha keras mbina kerusi tp x dapat duduk, org lain x perlu bsusah payah tp kerana mampu boleh duduk di kerusi tsebut.
Kita di mana? tukang kayu @ orang lain?
Ada kawan btanya, penat juga klu selama-lamanya jd tukang kayu!