ARTIKEL BARU

PEMILIHAN TIMBALAN PRESIDEN PAS: HAJI HADI VS TOK GURU NIK AZIZ?

PAS perlukan Anwar atau Anwar perlukan PAS untuk ke Putrajaya?

Pertandingan jawatan timbalan presiden parti PAS menjadi fokus utama dalam Muktamar parti itu di Shah Alam yang bermula semalam. PAS, yang merupakan musuh tradisi politik UMNO, berusaha menonjolkan imej parti itu tidak menghadapi sebarang pergeseran dalaman berikutan pertandingan memilih jawatan tertinggi parti dan jauh sekali terlibat dengan politik wang.

Namun sebijak mana pemimpin PAS cuba menyembunyikannya, rakyat umum telah dapat menghidu bahawa PAS sedang dilanda krisis hebat yang bukan sahaja melibatkan calon timbalan dan naib presiden tetapi juga ke peringkat kepimpinan tertinggi parti itu.Pergeseran bukan sahaja antara puak ulamak dan puak Erdogan, antara PAS lama dan PAS baru tetapi membawa kepada antara presiden PAS, Haji Hadi Awang dan mursyidul amnya, TG Nik Aziz.

Sungguhpun pertandingan timbalan presiden PAS adalah pertandingan tiga penjuru antara Nasharudin Mat Isa, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu tetapi umum tahu bahawa kehadiran Mat Sabu sekadar memeriahkan demokrasi dan sekadar menunjukkan yang PAS tidak terbelah kepada dua kumpulan. Puak Haji Hadi dan puak Nik Aziz.

Nasharudin Mat Isa mewakili golongan ulamak kerana latar belakang pendidikannya. Mendapat kelulusan dalam bidang pengajian Islam di Jordan, sarjana dari Britian dan pernah menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, sebuah menara gading sejak awal 8oan, melahirkan ramai cendekiawan Melayu yang bersimpati dengan perjuangan PAS.

Manakala Husam memperolehi kelulusan B. Economics dari Universiti Malaya, mendapat didikan agama di Rusila dibawah Haji Hadi Awang sebelum berkhidmat dengan Tok Guru Nik Aziz setelah Kelantan di tawan PAS. Berlatar belakang pendidikan sekular, Husam dilihat seorang tokoh yang lebih bersimpati dengan perjuangan Anwar Ibrahim. Dalam PAS Husam, termasuk Setiausaha Agung PAS Dato Kamarudin Jaafar dianggap puak Erdogan.

Pada tahun 1974, parti PAS pernah berkerjasama dengan UMNO dengan menyertai BN. Kumpulan yang dikatakan lebih bersedia membuka ruang berkerjasama dan bermuzakarah dengan UMNO ialah kumpulan Hadi Awang yang diwakili Nasharudin Mat Isa. Disamping Nasharudin, Salahudin Ayub, calon naib presiden, juga pernah menghantar empat pucuk surat kepada Dato Hishamuddin Tun Hussien bagi mengadakan muzakarah melibatkan kepentingan negara, umat Islam dan orang Melayu.

Apa yang berlaku di Perak, dimana DAP memain peranan mengolah pemimpin PAS, Dato Seri Nizar Jamaluddin barangkali memberi kesan mendalam kepada sesetengah kepemimpinan tertinggi PAS yang melihat politik Machiavelli dibawa DAP dan Anwar Ibrahim akan menyimpang falsafah asal perjuangan parti itu.

Nasharudin dikatakan oleh kumpulan yang menyokong Husam sebagai terlalu lemah dan tidak sesuai memimpin PAS dalam keadaan politik sekarang. Beliau dilihat terlalu berlembut dengan UMNO dan tidak pernah menyerang dan mengkritik UMNO. Husam lebih dilihat sebagai seorang strategis politik yang penting kepada masa depan PAS dalam usahanya menuju ke Putrajaya.

Husam mendapat sokongan daripada Nik Aziz dan diprojekkan sebagai bakal pengganti Tok Guru mengambil alih jawatan MB Kelantan bila tiba masanya. Namun sungguhpun Husam mendapat sokongan Nik Aziz, jelas bahawa golongan ulamak dalam parti itu terutama seperti Dato Haron Din tetap bertegas bahawa PAS seharusnya dipimpin golongan ulamak. Kenyataan ini secara langsung memberi sokongan terbuka kepada Nasharudin Mat Isa.
Apakah aliran pemikiran perwakilan PAS? Sama-samalah kita tunggu keputusan mereka.

7 Responses to "PEMILIHAN TIMBALAN PRESIDEN PAS: HAJI HADI VS TOK GURU NIK AZIZ?"

Senjaliza said...

Saya lebih cenderung menyebut bahawa PAS adalah saingan tradisi UMNO bagi merebut pengundi Melayu. Tetapi kerana dalam UMNO "Melayunya Tebal mcm Kamus Dewan" maka hanya undi Melayu yang direbut UMNO. Dengan demikian PAS dapat advantage Undi Melayu, India, Cina dan lain-lain (melihat ke extreme an" juak-juak UMNO). Polimik PAS-UMNO ialah kalo terima PAS mana UMNO nak letak Tim Presiden, Naib2, Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Puteri, Ketua Penerangan Perhubungan dan mcm2 ketua. Mereka kan berjuang untuk "position" dan mereka "accustomed" kepada tradisi ini. "Tak ada jawatan buat apa berjuang". PAS pula kalo masuk BN atau UMNO dapat apa? Dalam Pakatan Rakyat Banyak kerja kosong! dalam UMNO "NO VACANCY". Namun kalo UMNO an PAS benar benar berjuang kerana amanah mcm semangat Khalid Al-Walid (bukan nama samaran) dan kerana memegang amanah sebagai khalifah di bumi Allah SWT.. Kenapa tidak persetan dengan pangkat dan posisi dan berdiri atas kalimah "Asyaduan Laillaha Illallah wa asyaduana Muhammadar Rasulullah" bahawa sahnya aku mesti mengenal siapa musuhku dan siapa jamaahku seperti firman Allah SWT: :يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119). Biar UMNO dan PAS mencari maksudnya.

musli oli said...

Salam untuk Senjaliza, setiap komen amat bernas dan sukar untuk tidak bersetuju. Tadi satu sms kawan dari Kedah tanya siapa Senjaliza? Dia begitu well verse dengan politik nasional, satu Malaya mau tahu? Apa saya nak jawab? Baca sajalah yang penting apa yang ditulis bukan siapa orangnya. tq kak liza kerana sokongan dan komen yang baik. daripada Khalid Alwalid ( nama samaran yg saya guna semasa menjadi penulis Watan pun senjaliza tahu)

mrakunman said...

Komen senjaliza berangkai dengan komen-komennya terdahulu. Kebanyakan komen penulis ini berkisar kepada perpaduan Melayu. Adalah tersirat, bahawa jika melayu melupakan sengeta politik, jelas dan pasti pemerintahan melayu, tidak mungkin terganggu gugat.

Bertentangan pendapat dan kiblat antara se sama melayu, mengakibatkan melayu kelihatan lemah. Dengan keadaan demikian, pemimpin mana kamu melayu sokong, dalam senerio sekarang tetap sahaja terbagi dua, sebahagian menyokong PAS-DSAI (bukan PKR), dan sebahagian meyokong UMNO (bukan DS Najib atau Tun Dr.M atau TPM ).

Saya sependapat dengan Senjaliza, bahawa pemimpin UMNO Khas hanya bertarung untuk jawatan, tidak lebih dari itu, pada masa ini, kita menyaksikan, mana ada ahli biasa UMNO yang menonjol dan dikejar-kejar oleh wartawan untuk mendapatkan komen mengenai sesuatu kejadian, kerana telah 50 tahun, pencari berita telah terbiasa, bahawa hanya pemimpin yang berjawatan saja yang ditonjolkan, kerana pendapat atau ulasan pemimpin sedemikian seolah-olah mewakili parti, sedangkan ahli biasa hanya dalam kategori pendapat biasa,tidak berbobot dan tidak mengwakili ramai?.

1Borneo said...

Kelmarin petang sedang saya driving untuk pulang kerumah saya menerima panggilan telepon dari kawan se'NGO' bertanyakan siapa akan menang dalam persaingan tim. president PAS, saya terus jawab Timbalan Presdient yang ada akan menang. Bagi saya, yang berlawan disitu adalah antara kumpulan yang dipanggil ulama dan kumpulan dipanggil golongan profesional. Siapa yang membuat pembahagian dua kumpulan dalam PAS saya pun kurang pasti tetapi sudah pasti "orang yang ada school" bagi memudahkan mereka membuat analisis dan pada akhirnya memecahkan PAS kepada dua kumpulan.

Ulasan Senjaliza juga mengikuti trend sedemikian. Trend orang akedemik yang berpolitik bagi memudahkan pengasingan antara dua atau lebih kumpulan.

Mengambilakira lebih 80% daripada tindakan manusia adalah respond kepada persepsi (more than 80% human action are govern by perception), maka saya mencadangkan supaya kita mempengeruhi keputusan pilihanraya ke13 dengan membuat perseption melalui blog dengan menanamkan kepercayaan bahwa keputusan pilihanraya akan datang akan pasti dipengeruhi oleh faktor Sabah dan Sarawak iaitu sudahpun terbukti dalam pilihan raya umum ke12.

Konsep 1Borneao akan kita war-warkan. Yang antara lain matlamat konsep IBornea ialah menatarkan pembangunan Sabah dan Sarawak dengan antara inisiatif strateginya ialah agenda untuk menyaimbangkan kadar pembangunan Sabah dan Sarawak dan negeri-negeri di semenanjung. Bagaimana membuatnya? Antaranya pastikan pengumuman TPM kelmarin menjadi kenyataan dalam tempoh dua tahun dari sekarang. Insyaallah akan bersambung.

mohd azrone sarabatin said...

Dahulukan Islam

musli oli said...

Salam UstazSAID, komen sdra tentang tukang kayu yang masuk hutan dan buat kerusi kayu. Manakala orang kaya yang tak perlu jadi tukang kayu dan masuk hutan tetapi dapat duduk kerusi kayu. Ustaz tanya kita nak jadi apa? takkan semua jadi tukang kayu? maaf, komen itu terpadam. Namun saya rasa sekarang apa lagi nak jadi tukang kayu, nak cari kayu pun susah. terima kasih atas komen ustazSAID.

Anonymous said...

Senjaliza mungkin raut wajahmu semanis nama.Cuma dikesalkan komen awak menyentuh hatisanubari orang-orang UMNO.Kenapa ni kata Melayu UMNO setebal kamus.Anta nak tanya,apakah sumbangan UMNO kepada diri awak.Takkan tak ada kot!Dasar pendidikan negara UMNO yang wujudkan?anta anta ingat dasar pendidikan inilah yang memembentuk diri sejaliza sehingga ke menara gading.Hingga kini awak sudah berjaya mendapat pelbagai ijajah dah tak kenang budi kepada UMNO.