ARTIKEL BARU

PERPECAHAN POLITIK MELAYU (SIRI 1)


Saya memulakan siri pertama ini dengan melihat sejarah pertelingkahan antara sultan-sultan dan rakyat biasa berhubung dengan kepentingan politik masing-masing.
Foto: Tunku Abdul Rahman mewarisi UMNO tetapi tidak pernah meneruskan semangat perjuangan Dato Onn Jaafar.

Perpecahan politik Melayu bermula seawal 1945. Persengkitaan bermula antara sultan-sultan dan rakyat biasa berhubung dengan kedudukan orang Melayu. Pada awalnya, semua Sultan dari sembilan negeri berdaulat menerima cadangan Malayan Union. Wakil kerajaan British, Sir Harold Mac Micheal hanya mengambil masa 2 bulan antara Oktober 20 hingga Disember 21 1945,untuk mendapatkan tandatangan persetujuan daripada sultan-sultan.

Sungguhpun ada dakwaan mengatakan sultan-sultan tidak diberi peluang untuk membincang cadangan itu dan ada sultan yang diugut kerana membantu Jepun dan sebagainya namun fakta sejarah mengatakan sultan-sultan telah menerima dan menandatangani Malayan Union. Tidak ada seorang sultan pun yang mengatakan TIDAK terhadap cadangan itu.

Hanya setelah cadangan Malayan Union itu diumumkan secara rasmi pada 22 Januari 1946, maka berlakunya tentangan daripada orang Melayu yang diketuai Dato Onn Jaafar. Onn pernah diambil sebagai anak angkat oleh Sultan Johor sewaktu ayahnya menjadi Menteri Besar Johor dan kakaknya, Dara adalah isteri ketiga Sultan Ibrahim.

Onn pernah mendapat pendidikan di England ketika mengiringi putera-putera Sultan. Pada tahun 1911, Onn kembali ke Johor dan bertugas dalam Johor Civil Service. Namun sebagai seorang yang mempunyai karakter yang tegas dan berani, Onn kerap mengkritik dasar British. Beliau juga kritikal terhadap Sultan sehingga dipecat daripada kerajaan pada 1920.

Sungguhpun telah dipecat dari Johor Civil Service, Onn tetap berdegil dan mengkritik tindakan sultan yang tidak dipersetujuinya. Akhirnya pada 1927, ketika berusia 32 tahun, Onn diarah buang negeri dan menetap di Singapura. Abangnya, Abdullah Jaafar, Menteri Besar Johor yang ketiga juga dipecat dan semua pangkat dilucutkan atas tuduhan menghina Sultan. Bukan itu sahaja malah kakaknya, Dara dicerai Sultan Ibrahim dan turut dibuang negeri.

Sejak awal Dato Onn melihat sultan-sultan Melayu terlalu lemah dan mengikut telunjuk British. Jika ini dibiarkan orang Melayu akan kehilangan hak ditanah milik bangsa mereka. Melalui Warta Malaya, tabloid mingguan berbahasa Jawi, Onn merayu bangsa Melayu bersatu. Tulisannya mengkritik kerjaan British yang menafikan hak orang Melayu untuk mendapat pendidikan, mengabaikan nasib rakyat luar bandar dan membiarkan kemasukan kaum Cina dan India secara bebas.

Onn Jaafar hanya diberi pengampunan Sultan pada 1935 dan kembali aktif dalam urusan dalam negeri Johor. Pada ketika Jepun menyerah kalah, Onn adalah Pegawai Daerah Batu Pahat.

British telah menjangkakan kekalahan Jepun di Asia. British telah merangkakan 9 negeri yang bersultan termasuk Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebuah unitary state dibawah pemerintahan Governer British. Singapura akan dijadikan sebuah entity yang berasingan.

Oleh itu kejayaan Sir Harold Mac Micheal mendapat persetujuan sultan-sultan Melayu berhubung cadangan Malayan Union amat menggembirakan kerajaan penjajah British. Namun mereka tidak pernah menjangkakan bantahan dan tentangan orang-orang Melayu yang diketuai Dato Onn Jaafar.
(sambung esok)

8 Responses to "PERPECAHAN POLITIK MELAYU (SIRI 1)"

Senjaliza said...

Sedihnya orang Melayu "terlalu berani" kalo berpecah dengan "orang Melayu" sendiri. Demikianlah benarnya Peribahasa Melayu: "Dagang lalu ditanakkan" & "Kera dihutan di susukan" yang membawa maksud Melayu terlalu takut pada makhluk asing. (kalau salah erti peribahasa ini, sila betulkan).

musli oli said...

Salam Senjaliza, Dari sudut sejarahnya, semua bangsa-bangsa yang hebat dari tamadun yang hebat seperti Rom, Parsi, China, Aryan, Jepun termasuk India telah melalui proses perpecahan dan penyatuan. Penyatuan dengan penaklokan kuasa-kuasa kecil kepada kuasa yang lebih besar. Biasa dimulakan pemimpin berjiwa besar dan gagah seperti seperti Akbar Khan dari dinasti Moghul di India, Kublai Khan atau Shih Huang Tzi dari dynasty Ming di China dan dinasti berikutnya yang menyatukan China. Begitu juga perebutan kuasa di Jepun antara raja-raja sehingga seorang sahaja yang berjaya satukan negara itu.

Bangsa Melayu tidak sempat melalui proses itu. Penyatuan yang dilakukan bukan kerana ada pemimpin Melayu yang hebat tetapi kerana penjajah British yang satukan daripada negeri-negeri selat, negeri-negeri melayu bersekutu, negeri-negeri Melayu tidak bersekutu disatukan menjadi Persekutuan Tanah Melayu. Oleh kerana tidak pernah berpecah, dan bersatu semula, maka itu tamadun bangsa Melayu itu belum capai taraf bangsa-bangsa lain yang lebih awal bertamadun. barangkali kita baru bermula proses itu sekarang iaitu melalui perpecahan dan menunggu seorang pemimpin Melayu yang hebat untuk dapat menyatukan bangsa Melayu.

msg1Pendidikan said...

Salam Sdra Musly. Saya cuma meminta penjelasan dari saudara mengenai maksud ulasan yang berbunyi "Oleh kerana tidak pernah berpecah, dan bersatu semula, maka itu tamadun bangsa Melayu itu belum capai taraf bangsa-bangsa lain yang lebih awal bertamadun. barangkali kita baru bermula proses itu sekarang iaitu melalui perpecahan dan menunggu seorang pemimpin Melayu yang hebat untuk dapat menyatukan bangsa Melayu."

Mohon beri penjelasan dan justifikasi ke atas ulasan saudara ini, fikiran patek macam bertanya apa maksud disebalik ulasan saudara itu. Khuatir juga patek terjebak melanjutkan ulasan saudara itu dengan kalimah bahwa jikalah benar apa yang saudara ulaskan itu; ini bererti pemimpin melayu yang terlibat semada secara langsung atau tidak dengan realiti politik masa kini boleh diklasifikasikan sebagai masih bertaraf tadika. Mohon respond sebelum kita terlamat!

SOLYMONE said...

Salam Denakan Musli dan Sdri Senjalija,
Bagi saya, sabenar nya, Melayu tidak berpecah. Walau pun mereka bukan berasal dari negeri yang sama, namun mereka mengamalkan sosio-budaya dan agama yang sama.

Realiti nya, perpaduan dan persahabatan ini jelas kita lihat ketika mereka bergaul bersama dalam pelbagai acara. Saperti acara sukan, masyuarat, kenduri, party dan sebagai nya (dsn).

Dalam masa yang sama, mereka mempunyai visi yang sama, ia itu mempertahan dan memperjuangkan hak-hak asasi orang-orang Melayu.

Perpecahan yang kita nampak ini ada lah semata-mata ' camouflage' lagi 'artificial.
Atau lebih jelas lagi; sekadar saperti pelangi di upuk sana. Tidak berkekalan...

Apa yang berlaku ada lah berbezaan pendapat atau 'political differences' di kalangan mereka.
Itu sahaja, tidak lebih dari itu.

kalau pun ada faktor-faktor sampingan yang negatif ; itu ada lah norma. Ia nya berlaku pada setiap bangsa di dunia ini.

So, equation nya tidak lah terlalu 'complicated'. kalau kita transformasi kan dalam bentuk graph; ia nya cuma melibatkan dua 'dimension'.


Tidak perlu menggunakan kaedah ' integrated numerical method's ' untuk penyelesaian.

Parameters yang di gunakan cuma 'Political Differences' versus Perpecahan, sudah cukup untuk kita gunakan sebagai andaian.
Hal-hal yang lain di kira 'constant'.

Hypothesis nya; Kurangkan Politik maka akan berkurangan lah perpecahan dsn.

Fikir-fikirkan lah.

musli oli said...

salam sdra Salim dan Solymone, proses penyatuan ini berlaku sehingga satu bangsa itu besar dan kuat. lalu ada pula usaha meluaskan empayar. Inilah yg dilakukan pemimpin agung seperti Iskandar Zulkarnain, Genghiz Khan dan lain-lain namun transformasi ini belum terjadi kepada bangsa Melayu. Era kesultanan Melaka, ketika bendahara Tun Perak, beberapa kerajaan jiran menerima ketuanan Melaka tetapi tidak meluas berbanding dengan Raja Siam yang pernah tawan negeri2 utara tanah Melayu. Penyatuan hanya berlaku bila ada pemimpin Melayu yg hebat. Dalam konteks sekarang bukan sahaja hebat dimata orang Melayu tetapi juga kaum lain. Pemimpin sekarang masih belum capai taraf itu barangkali belum masanya. kita beri 1 atau 1 tahun. mungkin 1 Malaysia itu diterima dan dapat menyatukan? selepas itu kita nilai kepimpinan seperti menilai RMK.

mohd azrone sarabatin said...

Perpecahan mesti ada punca yang patut dicari bukan menuding jari antara satu sama lain.

MSG SABAH said...

Salam Sdra Musly, saya cuma membawah perhatian sdra bahwa saudara belum lagi respond kepada persoalan yang diutarakan oleh msg1Pendidikan yang antara lain meminta penjelasan sdra seperti berikut :-

Salam Sdra Musly. Saya cuma meminta penjelasan dari saudara mengenai maksud ulasan yang berbunyi "Oleh kerana tidak pernah berpecah, dan bersatu semula, maka itu tamadun bangsa Melayu itu belum capai taraf bangsa-bangsa lain yang lebih awal bertamadun. barangkali kita baru bermula proses itu sekarang iaitu melalui perpecahan dan menunggu seorang pemimpin Melayu yang hebat untuk dapat menyatukan bangsa Melayu."

Mohon beri penjelasan dan justifikasi ke atas ulasan saudara ini, fikiran patek macam bertanya apa maksud disebalik ulasan saudara itu. Khuatir juga patek terjebak melanjutkan ulasan saudara itu dengan kalimah bahwa jikalah benar apa yang saudara ulaskan itu; ini bererti pemimpin melayu yang terlibat semada secara langsung atau tidak dengan realiti politik masa kini boleh diklasifikasikan sebagai masih bertaraf tadika. Mohon respond sebelum kita terlamat!

musli oli said...

sdra msg, saya telah membuat menjelaskan bahawa perpecahan dan penyatuan sesuatu bangsa perlu dilalui sesuatu bangsa yang bertamadun. Namun penyatuan memerlukan seorang pemimpin yang hebat. Pada hari ini selain daripada Tun Razak dan Tun Mahathir, belum ada tokoh politik Melayu yang mampu menyatukan seluruh perjuangan umat Melayu. bukan bertaraf tadika tapi belum mencapai kemampuan yang dikehendaki..terima kasih sdra MsG