ARTIKEL BARU

PERPECAHAN POLITIK MELAYU (SIRI 2)

Daripada perjuangan Melayu kepada Malayan Nation antara punca perpecahan.

Penubuhan UMNO yang asal namanya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) adalah bermula dengan gabungan 41 pertubuhan Melayu dalam satu Kongress di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 1 hingga 3 March 1946. Kongress sebulat suara memilih Dato Onn Jaafar sebagai pengerusi.

Atas usaha kongres yang diketuai Dato Onn telah berjaya memujuk semua sultan untuk tidak hadir pada pelancaran Malayan Union oleh Governer Edward Gent pada 1 April 1946. Sungguhpun raja-raja Melayu boikot pengistiharan Malayan Union, namun British berdegil juga untuk teruskan dengan memansuhkan kerajaan negeri dan mengujudkan Malayan Union Government.

Pada 11 May secara rasmi UMNO ditubuhkan di Johor dan dato Onn Jaafar menjadi presidennya yang pertama. UMNO telah menjadi suara seluruh umat Melayu. Akhirnya pada akhir bulan Jun, British terpaksa mengalah kepada tentangan hebat UMNO dan memansuhkan Malayan Union.

Malayan Union diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 21 Januari 1948. Perjanjian itu memberi peruntukan tentang hak-hak istimewa bangsa Melayu dalam masa yang sama menghormati kepentingan kaum-kaum lain.

Akan tetapi pada ketika itu pemimpin Melayu terbahagi kepada dua kumpulan. Pertama kumpulan ekstrimis yang menganggap Tanah Melayu adalah hak bangsa Melayu sahaja dan kaum-kaum lain hanya tetamu dan seharusnya berterima kasih terhadap peluang yang mereka terima dan tidak mencemburui hak-hak istimewa orang Melayu.

Kumpulan kedua ialah pemimpin moderate yang percaya bahawa hak-hak istimewa ini hanya bersifat sementara bukannya kekal dan Melayu harus bersedia bersaing dengan kaum-kaum lain. Dato Onn Jaafar tergolong dalam kumpulan kedua ini yang yakin kepada perjuangan membina sebuah bangsa Malaya dengan kerjasama dengan kaum-kaum bukan Melayu.

Onn melihat pentingnya sumbangan kaum Cina dalam ekonomi untuk mempastikan kestabilan politik. Walaupun kaum Cina melalui MCA menyokong Malayan Union dan menentang perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, namun Onn merasakan Cina mesti dibawa berkerjasama. Lagipun dengan kerjasama dengan kaum Cina, akan dapat mengurangkan simpati dan sokongan kaum Cina terhadap gerakan Parti Kominis Malaya yang melancarkan perang gerila keatas kerajaan.

Dalam masa yang sama Dato Onn merasakan kerajaan British akan memberi kemerdekaan jika semua kaum dapat bersatu dalam satu parti politik yang lebih besar. Maka itu pada persidangan agung UMNO pada May 1949, secara berani Dato Onn membuka cadangan supaya keahlian UMNO dibuka kepada bukan Melayu untuk menjadi ahli bersekutu.

Apakah reaksi ahli-ahli UMNO terhadap cadangan Dato Onn? (bersambung)

5 Responses to "PERPECAHAN POLITIK MELAYU (SIRI 2)"

Anonymous said...

"Perubahan dapat terjadi jika kita melakukannya. Dan perubahan tidak akan terjadi jika kita tidak melakukannya".

"UMNO ditubuhkan bukan berasal dari kaum peniaga atau saudagar, kerana seorang saudagar tentu akan memperlakukan kekuasaan saperti berjual beli barang. Urusan kekuasaan bukan untung dan rugi tetapi bagaimana mempertahankan kepercayaan".

SUARA RAKYAT said...

Menunggu cerita selesai

Unknown said...

terima kasih sang kelembai atas komen tuan. memang benar UMNO bukan ditubuhkan kaum saudagar tetapi kaum saudagar yang bijak nampak peluang dan kesempatan. golongan pejuang dapat tepuk-tepuk dari belakang.

komen sdar Azrone tentang mencari punca perpecahan bukan menuding jari amat disetujui. namun lumrahnya perbezaan pendapat biasanya menjurus kepada perpecahan. dalam konteks UMNO ada kumpulan ekstremis dan ada kumpulan moderate. hari ini UMNO juga ada kumpulan oportunis dan ada kumpulan pejuang parti sahaja.

Senjaliza said...

Seandainya fakta sejarah dapat diubah maka ramai antara kita yang menggubahnya semula untuk diperindah. Tetapi itulah hakikat. Kita hanya beruntung bila mempelajarinya dan mengambil iktibar darinya. Iktibar hanya bermakna kiranya kita bertekad untu mengukir sejarah hari ini yang terindah supaya generasi akan datang tidak jemu melihat ukiran sejarah yang indah itu. Apa lagi kiranya ia akan menjadi moto kepada perjuangan mereka kelak tanpa sesal, tanpa kesal.

Terima kasih Adik Musli kerana mempermudah rujukan bagi yang ketagih duduk dalam dunia cyber.

SUARA RUMPUN BUMIPUTERA said...

Ah! Mengena sudah ! Itulah jadinya apabila manusia tidak lagi 100% berkelakuan macam manusia. Berusahalah untuk memanusiakan manusia. Kembalilah kepada roh asal perjuangan yang pernah diperjuangkan oleh para pejuang UMNO.

Isu struktural yang menghantui UMNO akan secara automatik dapat ditangani jika isu kemanusian yang ada petanda macam sudah bertukar atau transform menjadi macam virus sedang bergerak dalam struktural fungsi umno dapat ditangani secara bijak oleh shaf kepimpinan UMNO yang ada iaitu President, Timbalan President dan tiga (3) Naib President.