ARTIKEL BARU

JOM KITA MAIN JUDI DI BAGAN PINANG!






Tan Sri Isa Samad. Calon BN Bagan Pinang.









Ahad, saya ke Bagan Pinang dengan Wak Din. Menumpang kereta Kelisa beliau. Sempat bertemu dengan kawan-kawan blogger seperti Sang kelembai dan Rafi-Malaysia Hari ini di Golf House. Saya juga bertemu dengan Dato Ibrahim Ali, Syed Hassan dan Lokman, pembantu khas kepada calon BN, Tan Sri Isa Samad.

Sebelum itu saya dan Wak Din melawat Command Centre BN tetapi markas belum beroperasi. Kebetulan SUK UMNO Malaysia, Datuk Rauf berada disitu. Kami bersembang sambil makan ais krim. Yang lucunya, setelah semua aiskrim dibeli dengan harga RM350, penjual aiskrim berbangsa India itu sempat bertanya dengan saya, “Anwar punya tempat mana?”

Hari ini saya ke Bagan Pinang lagi. Tapi kali ini saya bersendirian. Lebih bebas mendapat maklumat. Saya sewa kereta Proton Waja, RM160 sehari.Saya bertolak jam 2 petang dari Grand Pacific hotel. Kira-kira jam 3.15 petang saya sampai Pekan Port Dickson. Agak sesak juga kenderaan berbanding semalam. Paling sesak ketika melalui markas parti PAS. Sebelah kiri jalan dipenuhi dengan gerai-gerai yang menjual T-shirt, kueh mueh dan anika barangan.

Seperti di Manek Urai, PAS jadikan pilihan raya kecil ini seperti satu pesta memperkenalkan produk-produk baru dan memberi peluang kepada ahli dan penyokongnya berniaga. Ada yang datang satu keluarga. Setelah melalui markas PAS, tak berapa jauh terdapat beberapa gerai menjual buah-buahan.

Saya singgah sebentar bila nampak durian. Dari semalam lagi saya nak merasa durian. Saya ingin mencuba durian jenis Raja Kunyit. “RM25 sekilo?” Bior betul apek ni. “sudah murah woo, selalu 35 ringgit satu kilo” kata penjual berbangsa Cina itu kepada saya. “Ini durian dari Pahang, susah mau dapat”.

Apek pilih satu biji beratnya 1.7 kilo. Harga RM34, oklah. Perasaan ingin tahu dan ingin merasa mengatasi nasihat doktor. Memang sedap dan tidak sedar saya dah makan 7 ulas. “Apek undi sinikah?” saya mulakan perbualan. “siapa menang? Isa atau PAS?”

Apek tiba-tiba gelak besar. Sasau kah apek ni..”Lu mana mari?” soalnya. “saya dari jauh apek, dari Sabah” saya jawab ringkas.

“orang Sabah?, orang KK? Lu apa tahu. Sini orang semua suka Isa Samad. Orang bukan suka BN.”
“sekarang orang mau taruh duit Isa menang berapa undi, 2,000 atau 3,000 atau 4000 undi. Bukan cerita kalah atau menang. Lu pasang berapa Isa boleh menang?”

“Oh yakah?” terlopong saya dengar cerita apek ni. Katanya ada dua cara bertaruh. Majority bawah 2000 atau lebih 2000. Katanya ada juga orang yang bertaruh Isa akan menang lebih 5000 majority undi.

“Ada orang yang bertaruh Isa kalah?” saya minta kepastian. “Ada. Dr Mahathir” jawap apek itu. "Kenapa Tun Mahathir?" saya tanya "Mahathir lui banyak, dia kalah judipun tak apa maa..hahaha" sambil apek ketawa selepas saya menyerahkan wang RM34. Harga durian.

9 Responses to "JOM KITA MAIN JUDI DI BAGAN PINANG!"

Manjungmari said...

Nak tulis apa you boleh tulis... tapi you tulis orang PAS kaki pukul, lu sudah silap... sapa yang kaki pukul selama ini....jangan nak buat cerita.. sini bukan sabah bah...

Unknown said...

salam manjungmari, saya mohon maaf, saya overlooked kerana terpengaruh dengan media perdana. saya tersilap dan telah menarik balik tulisan tersebut.

mohon kemaafan kerana tuduhan saya tidak berasas. terima kasih kerana pinpoint perkara itu.

watasikadi said...

uncle cuba check blog yang ada gambar perarakan azeez. langsung tidak dipukul. dicuit atau disapa sahaja. saya mengakui peluang BN menang cerah tapi disebabkan Isa bukan UMNO atau BN. tapi saya betting majoriti bawah 2000 disebabkan sabotaj geng mat hassan. mereka akan sentiasa mahu sabotaj dan memungkin kami PAS menang tapi majoriti kecillah.

Unknown said...

watasikadi, uncle pun tak percaya Dato Azeez yg juga kaki pukul orang berani pukul..

Tapi blog Kelapa Mawar uncle teruk kena fitnah. mereka pakat semua dgn Kelapa Mawar biar kan blognya digunakan. rasa mau lapor polis. tapi biarkan lah.

skg semua kawan2 uncle pulaukan blog tu...

Kuda Berhias said...

Terima kasi menjadi pengikut pertama blog saya. Datanglah selalu. Tak mahal mcm durian itu. Cuma sepenri jari jemari jee. Saya di sinipun merasa Isa Samad menang dengan mudah. Lebih-lebih lagi bila gigi taring Anwar mula sakit dan TGNA mula dimamah usia. Yang tinggal pula suka main tumbuk-tumbuk. Manakala Salahuddin tidak suka generasi menjadi tentera darat tapi suka mempelawa pelancong asing..Mcm Dagang lalu ditanakkan...Baik beli batik dari kelantan.

watasikadi said...

saya rasa uncle kita jangan pulaukan blog KM tu dan mintaklah solymone dan sabahkita berpatah balik kerana penulisan uncle dan rakan-rakan bagi saya memberi banyak faedah pada kami generasi muda yang memerlukan banyak bimbingan demi membantu pembangunan fizikal dan rohani masyarakat kota belud walaupun saya di pihak PAS. apa yang penting sebenarnya masyarakat yang juga sanak saudara kita di KB. jika uncle dan kawan-kawan tidak mahu mengunjungi blog tersebut saya cadangkan ada blog lain yang saya boleh mendengar pendapat bernas. saya pun kesian uncle kena macam-macam tuduhan. saya tidak dapat masuk campur hal tersebut kerana ia saya lihat terlalu peribadi dan tidak harus dibincangkan mengikut emosi.. seharusnya kita memikirkan bagaiman orang kita maju dan tidak semestinya melalui memberi projek..sekali lagi saya betting ISA menang majoriti kurang 2000 dan dalam masa yang sama mengharap PAS diberi peluang oleh masyarakat Bagan Pinang untuk menang. TAKBIR!!

kelapa mawar said...

ASSALAMUWALAIKUM..SDR MUSLI..

SAYA AMAT KESAL DENGANTINDAKAN BLOGGER YANG TIDAK DIKENALI (TIADA BLOG ) MEMPERGUNAKAN BLOG KELAPA MAWAR UNTUK MENYERANG PERIBADI SDR.

SAYA MEMOHON MAAF ATAS KESILAPAN INI. SAYA SENDIRI TIDAK MENGENALI BLOGGER INI..DAN SAYA TIDAK BERSENGKONGKOL DENGAN BLOGGER ITU.

SAYA HANYA MERASAKAN PADA AWALNYA BLOGGER INI MEMBUAT PROVOKASI KEPADA SDR MUSLI..WALAUPUN PADA HAKIKATNYA SAYA SENDIRI TIDAK MEMPERCAYAINYA KERANA SAYA MENGENALI SDR MUSLI SEKIAN LAMA.

ATAS KESIBUKKAN , SAYA TIDAK BANYAK BERKESMPATAN MEMBACA KOMEN YANG TIDAK BERKAITAN DENGAN ISU YANG SAYA PAPARKAN..TETAPI APABILA SAYA MEMBACA ULASAN SDR SOLYMONE DAN SABAHKITA, SAYA MENCARI ULASANYANG MENYERANG PERIBADI SDR..

KELAPA MAWAR DENGAN TERBUKAMEMOHON MAAF ATAS KELEWATAN SAYA FOLLOW PERKARA INI KP SDR.

SEBAGAI MENJERNIHKAN SEMULA KEADAAN DAN ATAS RASA BAHAWA SDR TERANIAYA SAYA DENGAN INI MEMAKLUMKAN BAHAWA SEMUA ULASAN TERSEBUT AKAN SAYA PADAMKAN..

SELAMA INIPUN KELAPA MAWAR TIDAK PERNAHMENYERANG PERIBADI SESEORANG TERMASUK PARA PEMIMPIN, SEMUA ISU YANG SAYA KETENGAHKAN MEMBUATKAN KITA BERFIKIR DI MANA POLITIK KITA DI KOTA BELUD INI..

SEPERTI AYNG SAYA MAKLUMKAN BAHAWA SAYA TIDAK BERKEPENTINGAN, BUKAN PENULIS UPAHAN, BUKAN AHLI POLITIK DAN JUGA BUKAN PENGIKUT TEAM-TEAM TERTENTU..

BAGI PIHAK KELAPA MAWAR, SAYA MEMOHON AMPUN MAAF SEKALI LAGI ATAS KESILAPAN INI.

SEMOGA SDR DAN KELUARGA BERADA DALAM KEADAAN YANG SIHAT DAN MENERUSKAN KEMBALI PERANAN SDR SEBAGAI PENULIS,PENGANALISI, PEMERHATI, PEJUANG DAN PEMIKIR DI KOTA BELUD.SAYA SENTIASA FOLLOW PENULISAN SDR.

MOHON MAAF SEKALI LAGI..HARAP SDR DAPAT PAPARKAN ULASAN INI.SALAM HORMAT.

Unknown said...

salam ziarah...

na apa cerita bagan pinang...betulkah puak UBN or PEKIDA terlibat dalam kes pukul dan serang Markas PAS...

Unknown said...

salam sibadang, saya tidak tahu ttg kes pukul ini. biarlah pihak polis siasat

Kepada watasikadi dan Kelapa Mawar, kes itu sudah berlalu. kita lupakan saja. agar jadi panduan dan pedoman kita. dalam dunia politik kita tidak dapat puaskan hati semua pihak.

terima kasih atas kunjungan kalian.
salam