ARTIKEL BARU

KONSEP "RAKYAT DIDAHULUKAN"- PARTI PAS DAH LAMA AMALKAN!



Dato Seri Salleh Said Keruak. Konsep "Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan" akan meyakinkan rakyat kepada BN.




UMNO mungkin bukan parti yang terbaik tetapi parti alternatif lebih teruk kata Dato Salleh Said Keruak memulakan perbualan. Pagi semalam, Rabu saya sempat bersarapan dengan Timbalan Ketua UMNO Sabah itu di RCH The Mall Kuala Lumpur.

“Apa yang penting sekarang ialah UMNO dan BN mesti fokus kepada melaksanakan konsep “Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan”. Rakyat dalam konteks slogan ini mestilah meliputi semua rakyat termasuk penyokong PAS dan parti pembangkang lain. Termasuk semua bangsa dan agama. Jika kita fokus kepada konsep tersebut, InsyAllah bukan sahaja BN menang di Bagan Pinang tetapi juga kawasan-kawasan lain” Kata Dato Salleh yang lebih dikenali dengan singkatan nama SSK.

Petang Selasa bekas KM Sabah itu turut berada di Bagan Pinang melawat peti undi Taman Intan Perdana yang menjadi markas UMNO Sabah, Kedah dan UMNO bahagian Rasah. Peti undi itu hanya terdapat 260 pengundi, manakala yang lain lebih kurang 1000 adalah pengundi pos. Secara keseluruhan berdasar mood rakyat di kawasan itu menurut SSK, BN dijangka akan mempertahan kerusi Bagan Pinang.

Sedang asyik berbual, tiba-tiba Zabidi Saidi muncul dan duduk di meja kami. Zabidi juga kenal rapat dengan Ketua UMNO Kota Belud ini kerana Zabidi pernah bertugas sebagai pengarang akhbar WATAN di Sabah pada akhir tahun 80an. Sebenarnya semua pemimpin politik veteran Sabah kenal dengan Zabidi Hj Saidi.

“Sebenarnya parti PAS sudah lama mengamalkan konsep “rakyat didahulukan” tetapi pencapaian tidak diutamakan. Pemimpin PAS memang mesra rakyat. Rajin masuk kampung dan tidak sombong. Masalahnya pencapaian mereka tidak utamakan. Lihatlah negeri yang diperitah PAS. Mungkin mereka dapat ganjaran di akhirat. Kita tidak pasti”. Sambung Dato Salleh.
Betul juga, saya menyampuk, selama ini memang PAS dahulukan rakyat. Nak dapat duit, minta derma dengan rakyat. Disambut gelak ketawa oleh Zabidi.

“Dato Najib mesti teruskan program bertemu rakyat seperti di Brickfield dan Chinatown dan lawatan ke IPTA. Rakyat hargai dan impaknya bukan sekarang tetapi dalam pilihan raya umum. Pemimpin UMNO yang lain juga harus ikuti cara Najib berkerja dan bertemu rakyat. Tidak perlu program besar-besaran. Tidak perlu layanan VVIP.

Sekiranya berada di Kuala Lumpur, SSK yang pernah menjadi Anggota Majlis Tertinggi UMNO selama dua penggal itu sentiasa kelihatan di kawasan The Mall. Aktivis politik dan sosial yang selalu lepak di Mall kenal sangat dengan SSK. Dia suka duduk bersembang dan bertukar-tukar pandangan.
Semasa pemilihan UMNO lepas ramai juga pemimpin-pemimpin UMNO yang bertanding berkunjung ke Mall. Mudah senyum dan bertegur sapa. Tetapi sekarang selain beberapa pemimpin seperti Dato Azian Osman, Dato Ghazali hanya Tun Mahathir sahaja yang sekali sekala kelihatan, yang lain selepas menang MT batang hidung pun tak nampak.

3 Responses to "KONSEP "RAKYAT DIDAHULUKAN"- PARTI PAS DAH LAMA AMALKAN!"

azrone said...

Saya merasakan saudara akan menghasilkan buku baru berdasarkan penilitian, pemantauan dan pengalaman menyaksikan pilihan raya kecil?

Norawi said...

Suatu rentetan perjalanan politik yang cukup menarik.Ramai orang boleh menulis tapi gagal menterjemah segala peristiwa dan simpang siur politik. Sebagai orang Kota Belud,secara ikhlas saya nyatakan,saya berbangga ada penulis nasional seperti saudara.Berani dan bertanggungjawab dengan hasil penulisan,analisis dan pengamatan sendiri. Mudah-mudahan akan menjadi contoh kepada generasi kini dan akan datang.

Mengenai konsep Rakyat didahulukan,sepatut kewajipan pemimpin yang telah dipilih kerana ini merupakan amanah.Jawatan politik bukan untuk berbangga,tetapi untuk sedia berkhidmat.Rakyat lebih senang dengan pemimpin yang ramah,mesra dpd yang menunjuk-nunjuk.Sesungguhnya rakyat pandai menilai kerana ini bukan tahun 50-an lagi.

Akhir sekali,tahniah kerana banyak menulis perjalanan suasana p.raya kecil.Sepatutnya kepakaran saudara perlu dikongsikan oleh anak-anak muda di Kota Belud khususnya yang berminat menulis prihal politik agar perjalanan penulisan mereka lebih jauh lagi.Terus terang saya katakan,saya pernah mencadangkan kepada salah sebuah sekolah di Kota Belud agar menjemput saudara dalam majlis perkongsian ilmu.Jangan nanti,bila suatu masa kita tidak ada di muka bumi ini,orang sibuk buat penghargaan sana sini,sebut sana sini seperti Allahyarham P.Ramlee

Seludang Pitas said...

Salam Bro Musli...
1pitas tetap sokong DSP Salleh, beliau seorang tokoh politik Sabah dan tanah air yang mesra rakyat lagi berkrisma tinggi.