Dato Najib bersama kaum India di Brickfield. Tanda sokongan kaum itu kepada BN mulai kelihatan di Bagan Pinang
Jika ambil kira laporan serangan 3 pagi tadi terhadap pemuda PAS, dalam fikiran saya politik di Bagan Pinang tentu tegang. Namun sepanjang hari di sini hari ini, apa yang dalam fikiran saya tidak berlaku. Sebaliknya keadaan tenang seperti biasa. Hanya pada waktu malam sewaktu saya memandu kearah Teluk Kemang bermula dari simpangan menuju Bandar Port Dickson, jalan raya penuh sesak dengan kenderaan.
Saya seronok memandu sendirian walaupun jalam jem teruk. Agaknya dah banyak rokok saya bakar menghilang kebosanan. Saya menghubungi Zaharin Yasin, katanya Menteri Wilayah Persekutuan dan Syed Ali sedang buat lawatan ke markas mereka. Saya tidak dapat singgah ke markas Wilayah kerana sukar mendapat ‘parking’. Saya terus menuju ke command center.
Perjalanan yang biasanya tak sampai 10 minit memakan masa hampir sejam. Orang pertama saya temui ialah rakan penulis, Aziz Zariza. Kami bersalam dan masing mengucapkan salam aidil fitri. Kelihatan juga Hatta Yahaya atau Hatta al Mukmin yang singgah dalam perjalanan dari Johor. Perut agak lapar tetapi melihat makanan yang disediakan di command centre seperti makanan hospital, saya minum sajalah.
Saya duduk bersebelahan dengan Dato Rosli, Ketua UMNO Dungun . Dato Rosli atau Pok Li berkeyakinan BN akan menang, tapi majority katanya tak banyak bertambah. Malam ini saya lebih seronok mendengar daripada bercakap. Satu tertarik dengan karakter bekas timbalan ketua UMNO Jempol, Datuk Baharudin Hassan. Isteri tiga dan membawa tiga bungkus rokok yang berlainan brand.
Dia pernah ke Sabah sewaktu zaman Tun Mustapha. Orangnya agak kurus dengan misai lebat yang mungkin dicat hitam. Rokok tidak putus-putus seperti serombong kapal. “Di Sabah, orang tidak tanya berapa duit kamu. Mereka tanya berapa isteri kamu” katanya sambil ketawa.
“Sabah dan Sarawak yang selamatkan BN, saya kena hormat orang Sabah yang datang membantu kami di Bagan Pinang” kata Baharudin lagi. Saya hanya tersenyum mendengar celotehnya ketika menjadi timbalan kepada Datuk Khalid Yunos di bahagian UMNO Jempol.
“saya yakin BN boleh menang 4000 majoriti” jawab Baharudin bila saya ajukan pertanyaan. Menurutnya PAS tiada isu di Bagan Pinang. Isu rasuah dan politik wang bukan isu menarik minat pengundi Bagan Pinang. “Kesalahan Tan Sri Isa bukan kesalahan menipu orang kampong! Semua rakyat sayang Isa. Dengan orang India dan Cina seperti abang adik, apa lagi dengan orang Melayu. Ini kampong halaman Isa. Tapi calon PAS, orang dari Lenggeng, satu undi pun dia tak boleh bawa. Dia sendiri tak boleh undi dirinya.”
Saya suka dengan semangat juang Datuk Baharudin. Namun karakter seperti beliau memang sukar survive dalam UMNO. Orang seperti beliau akan sentiasa bercakap apa yang dia fikir tidak betul. Namun karakter seperti ini sentiasa ringan tangan dan menjadi hero kepada orang kampong.
Berpandukan kepada tiga pilihan raya kecil yang terakhir, Manek Urai, Permatang Pasir dan Bagan Pinang, ada tanda-tanda orang Melayu yang marah dan mahu “mengajar” UMNO pada PRU 8 Mac lalu telah mula kembali menyokong UMNO. Bermula di Manek Urai sokongan jelas diperlihat pengundi muda Melayu. Di Permatang Pasir, momentum itu terjejas berikutan isu peribadi calon BN.
Kaum bukan Melayu yang ketara memberi kembali sokongan kepada BN ialah kaum India. Malam ini saya sempat juga berbual dengan Vigneswaran, bekas Ketua Pemuda MIC yang meletakkan jawatan kerana perselisihan dengan presidennya. Menurut beliau, orang India samada dalam atau luar MIC. Samada suka atau tidak dengan Sammy Vellu, sedar BN sahaja yang dapat membela nasib mereka.

Manakala kaum Cina masih sedang memerhati perubahan trend pengundi Melayu di Bagan Pinang. Kaum bukan Melayu tahu jika Melayu bersatu dan kukuh, political bargaining mereka akan merosot. Apakah pilihan mereka? menyokong pembangkang dan menerima risiko yang buruk atau jalan selamat dan kembali menyokong kepada BN?
Tepat jam 1 pagi saya mula beredar ke Kuala Lumpur. Malam ini saya menginap di Concorde hotel. UMNO dan BN masih memerintah- lu fikirlah sendiri..
6 Responses to ""AMOK" MELAYU DAH REDA. INDIA SUDAH KEMBALI. ORANG CINA?- LU FIKIRLAH SENDIRI!"
Sejarah pastinya berulang. Kaum Cina hanya perlu disedarkan dan menerima hakikat bahawa DAP tidak akan membawa peubahan. Kepuasan selalunya digantikan ketegangan. Kaum Cina sendiri akan berasa menang yang tidak dipuji yang akhirnya lonely. Kemajuan negara tidak boleh secara sendiri. Kapal akan tenggelam dan selalunya sisi yang terbenam dahulu ialah yang berat dengan ketulan emas.
Saya setuju dengan Datuk Baharudin. Tan Sri Isa masih relevan dan disayangi rakyat. Soal rasuah,itu cerita lama. Ramai juga YB dalam Pakatan Rakyat sekarang lebih teruk dari YB AMNO. Isa dah taubat. Sebenarnya PAS ketandusan isu apabila terpaksa 'mengungkit' cerita lama. Pakatan Rakyat cuba memainkan isu pengundi pos. Tapi apabila mereka menang BN tak cakap macam itu. Inilah yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Bila BN menang bising macam kambing beranak. Bila mereka menang ketawa riang macam 'bongol'. Apapun saya meramalkan bahawa BN menang besar kali ini. Majoritynya lebih kurang 3,500 lah.
Tuan, sayapun tak tahu apa sudah jadi dengan org politik. Cakap tidak serupa bikin. Hari ini cakap lain esok lusa lain lagi dicakap.Bah. harap-harap permainan judi BN dan Pas kali ini akan menyebelahi BN kalau tidak dimana letak maruah pemimpin BN.

menurut saya, tiada parti yg dapat memerintah negara dengan penuh sempurna dan mampu memuaskan hati semua pihak.
Secara konklusi, rakyat Malaysia haruslah berganding bahu dan bersikap toleransi.
Tiada yg dpt dicapai sekiranya tiada kata sepakat.
Dari segi perbalahan kaum, mengapa harus sebegini? Kita semua sama manusia. Tiada beza di antara kita...
ni gambar bila ni? waktu najib mula2 jadi PM ker?
kalau lepas isu seret kepala lembu di shah alam...
najib bergambar dgn india... tabik springg....
tapi kalo sblm.... kena kaji blk...
india lari drp bn kerana tuhan mereka di hina...
bagaimana jika al-quran kamu dihina? adakah kamu masih bersama dgn si penghina?
Post a Comment