ARTIKEL BARU

KEBEBASAN MENULIS BERNILAI SATU JUTA RINGGIT?


(Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara cawangan Sabah akan mengadakan malam memperingati jasa Tun Mustapha sempena pelancaran PERKASA negeri itu pada 12hb Disember 2009)


Menjelang PRU12 Mac lalu, tersebarlah cerita kononnya saya sedang menulis buku mengenai seorang tokoh politik Sabah. Buku yang dimaksudkan itu “The 12th General Election: The pendulum Swings?”. Dua utusan diarah datang menemui saya. Utusan yang pertama adalah Pak Cik saya sendiri. Dia pujuk agar saya tidak menulis negative mengenai pemimpin itu.

Sebenarnya dalam buku terbaru itu tidak ada cerita yang buruk mengenai pemimpin yang dimaksudkan. Atau tidak menulis cerita rekaan atau fitnah. Saya hanya menulis fakta dan kenyataan yang sebenarnya berlaku pada ketika itu. Tetapi barangkali kenyataan dan fakta itulah yang kurang disenangi jika diketahui umum. Barangkali akan memberi kesan yang negative. Terutama menjelang pilihan raya umum.

Seorang lagi utusan adalah bekas Setpol. Orangnya masih muda tetapi nasib politiknya lebih cerah dari anak-anak muda dari Sabah yang lain kerana dia punya hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO termasuk Datuk Hishamuddin dan KJ. Nama nya juga tersenarai sebagai salah seorang calon mewakili BN, cuma pada masa itu belum lagi di umum secara rasmi.

Suasana Havana Club, Hotel Maggellan agak sunyi petang itu. Hanya kami berdua sahaja pengunjungnya. “Nak Cigar?” Sambil menghulur sebatang cigar Havana. Tentu mahal. Tapi biasalah. Ramai pemimpin Pemuda ketika itu bakar cigar harga lebih Rm600 sebatang. Lagi mahal lagi glamour. Saya pun turut terasa kemewahan mereka itu,  ketika melepaskan kepulan asap cigar ke udara.

“How much is enough for you?” tiba-tiba utusan itu bersuara. “Sebenarnya tulisan u amat baik. Saya betul-betul kagum dengan buku-buku politik yang u tulis selama ini” Kata anak muda itu. Tetapi dalam politik mesti ada “boss” dan ada perkara-perkara yang kita terpaksa tidak dedahkan demi menjaga orang-orang tertentu. Dia juga meminta saya menyokong perjuangannya.


“Is one million enough?” sekali lagi anak muda itu kemukakan pertanyaan. Saya hanya senyum. Seriuskah tawaran itu? Apakah kebebasan saya menulis sampai ke nilai satu juta ringgit? Memang selama ini saya tidak pernah menilai kebolehan saya menulis atau berpolitik. Sampai begitukah nilainya?





9 Responses to "KEBEBASAN MENULIS BERNILAI SATU JUTA RINGGIT?"

House PK said...

Salam tuan, wah menarik cerita ini, jeng jeng jeng, siapakah dianya tuan?

http://parpukari.blogspot.com

musli oli said...

adinda parpukari,

jeng jeng jeng...tuan akan tahu tak lama lagi. cerita bersiri..

KUDA BERHIAS said...

Kata seorang pemimpin kita " kalo ini juga politik wang, negeri inipun akan dijual mereka atau akan mereka beli untuk dijual balik"..

mrakunman said...

jangan tak tulis terus tulis

kelapa mawar said...

Salam ziarah..

sdr Musli..

kebebasan meluah pandangan adalah antara kebebasan yang paling mengambil tempat pada diri seorang penulis. Katakan apa yang difikirkan tanpa berselindung, nyatakan apa yang seharusnya dikatakan untuk mengubah keadaan..

Sebab itulah saya amat berbesar hati jika sdr Musli turut menulis mengenai politik KB yang merupakan tanah tumpah darah kita...Inilah saja yang agak menyedihkan saya kerana dalam semua tulisan sdr jarang benar sdr menyatakan pergolakan politik di KB..? KENAPA..?

Mungkin bagi sesetengah penulis..memaparkan isu politik KB dirasakan sebagai 'mencemuh' dan menurunkan darjat penulisan mereka..kerana berapa orang sahaja yang mengikuti perkembangan ini..biasanya bila kita berada di atas, rumput di bumi jarang kita nampak..

secara ikhlasnya saya, berpendirian bahawa tidak penting bagi saya berapa jumlah orang di negara ini yang mengikuti penulisan politik KB..tetapi yg lebih penting ialah ia menjadi tatapan generasi yang akan datang..yang tentunya tidak pernah kita tergambar kematangan mereka..

idea penulisan kita hanyalah setitik ilmu politik di KB ini..jika diserikan dengan idea penulisan sdr sebagai penulis Nasional..mungkin setitik akan jadi sesudu air perubahan..

jika pun Blog sekali ketuk ini hanya memaparkan politik nasional dan pengalaman peribadi sdr..mungkin sdr boleh mewujudkan blog khas utk penulisan politik KB..
saya hanya mohon mencadang.

Salam ..Kelapa Mawar.

musli oli said...

salam KM,
terima kasih atas kunjungan.

sebenarnya isu politik KB juga banyak boleh diketengahkan dalam blog saya. Hanya ada kerisauan dalam diri kerana hampir semua isu dikaitkan dengan isu suku dan kaum.

Setiap nama dikaitkan dengan perkiraan apa sukunya? bukan apakah kebolehannya?

untuk itu saya hanya bersedia memberi komen-komen yg bersifat positif terhadap tulisan-tulisan KM.

seperti posting KM mengenai pengistiharan saya sebagai calon, sebenarnya saya komen di blog sitti farhana kerana ingin tahu pendirian beliau setelah terbukti sitti sebenarnya tidak sokong TSP dan DSKK.

salam MO

SMA said...

Salam Anak Bangsaku,
Sesungguhnya saya tersenyum melihat wajah bapa Kemerdekaan negeri ini. Kepenatan seharian membelah laut Omadal terubat rasanya.

Nah kehidupan kami kadang dipersoal org lain. Bukankah itu mencapuri kemerdekaan kami. Ada yg datang mengunjungi kami sekali dalam sekurun tiba-tiba berlagak seperti hero kemanusiaan..Sedihnya kerana ada juga manusia begini di Daerah kamu.

Tambah sedih saya jika mendengar setengah species yang bercakap mengenai kebebasan tetapi mengongkong kebabasan orang lain. Tambah parah bila dia ego centric..dia saja betul org lain semua salah.. Inilah pegangan "orang palsu @ manusia palsu"

Maka itu wahai anak bangsaku, bebaslah seperti burung-burung cerawasih di dada langit Pulau Omadal. Bangga saya mendengar mu wahai anak bangsaku tidak menjual kebebasanmu, maruahmu dengan harta yang didapti TANPA mensyukuri Illahi.

Jika org yg menemuimu itu tiba-tiba jatuh papa, kita tidak perlu hairan kerana maruahnya telah kita pijak-pijak walau dengan kaki tnpa beralas. Hidup Anak Bangsaku. Hidup bangsaku.

sypatracus said...

Salam saudara Musli

Tahniah kerana anda tidak menjadi alat ynag mudah dibeli atau dilupus oleh si anu, dan tahniah kerana anda tidak menjadi bahan ketawa si anu dan konco-konconya kerana nilai dan harga diri boleh dijual beli

Anonymous said...

Slm sdra musli n taniah atas pendirian anda. Tetapi sepatutnya tuan melaporkan perkara ini kepada pihak sprm mengenai penawaran wang rasuah tersebut.adalah menjadi suatu kesalahan tidak melaporkan kesalahan rasuah kepada pihak yang berkuasa seperti mana termaktub dalam akta sprm 2009. Jgn biarkan org politik sebegini menghina maruah kita dengan wang ringgit.tq.