ARTIKEL BARU

Pelancaran Perkasa Selangor

-Dari Blog Perkasa Sabah

 Yang DiPertua Perkasa Sabah, Sdr. Musli Oli Berucap semasa Pelancaran Perkasa Selangor yang dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad
 
Presiden Perkasa Malaysia, Datuk Ibrahim Ali.
 
Tun Dr. Mahathir Mohamad disambuat oleh ribuan ahli dan penyokong Perkasa sempena Perasmian 
Pelancaran Perkasa Selangor.
PERASMIAN PERKASA SELANGOR
DISEMPURNAKAN OLEH MANTAN PERDANA MENTERI YABhg. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.
PADA JAM 2.00 PETANG ,HARI INI (SABTU), BERSAMAAN 30 JAN. 2010 BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA MPAJ JALAN AU5,TAMAN KERAMAT, SELANGOR DARUL EHSAN.
  
Kira-kira 3,000 ahli-ahli dan penyokong Perkasa telah hadir sempena Majlis Pelancaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia-PERKASA  Selangor. Majlis disempurnakan perasmiannya oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia. Pada awalnya dilaporkan bahawa terdapat pihak tertentu yang cuba menggagalkan Majlis ini, namun sokongan yang padu terhadap PERKASA tidak mampu mnghalang orang ramai, penyokong dan ahli-ahli Perkasa untuk menjayakan program ini.

Tun telah berucap dengan penuh semangat yang mengambil masa lebih satu jam. Turut berucap, ialah Yang DiPertuan Perkasa Sabah Sdr. Musli Haji Oli. Dalam satu Pesanan Ringkas yang saya terima, mukadimah ucapan Musli "....Alhamdulilah Tun, setelah usia saya 50 tahun, saya berpeluang berucap, Tun mendengar. Selama 22 tahun Tun berucap saya mendengar..." membuat audiance ketawa ceria. Turut hadir dalam majlis itu ialah YB. Datuk Nor Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

0 Response to "Pelancaran Perkasa Selangor"