ARTIKEL BARU

COUNTDOWN BERMULA - PILIHANRAYA MENGEJUT PULAU PINANG?


Pengumuman Ahli Parlimen Bayan Baru keluar PKR dan menjadi MP Bebas tidaklah mengejutkan pemerhati politik tanah air berikutan krisis beliau dengan KM Pulau Pinang sejak beberapa minggu lalu. Dalam kenyataannya, Datuk Seri Zahrain menegaskan punca utama tindakannya keluar kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan negeri terutama sekali terhadap kepimpinan Lim Guan Eng sebagai Ketu Menteri.

Namun yang mengejutkan ialah kenyataan beliau telah hilang kepercayaan terhadap prinsip keadilan dalam parti PKR. Kenapakah MP Bayan Baru itu libatkan partinya dalam krisis dengan Lim Guan Eng? Mungkinkah Zahrian juga bermasalah dengan Dr Mansor atau Anwar Ibrahim sehingga mengambil keputusan sedemikian?

Sungguhpun Zahrain menegaskan tidak akan menyokong BN, namun kecenderungan politik apa juga pun boleh berlaku. Peranan 'tangan-tangan ghaib' politik sukar diketepikan begitu sahaja. Pengalaman di Perak sudah pasti telah mengajar kepimpinan PR.  Tambahan pula beberapa MP telah dikaitkan dengan tindakan yang sama iaitu keluar PKR dan menjadi MP Bebas yang bermaruah.

Apakah mereka maksud MP bermaruah? Apakah menjadi MP PKR tidak bermaruah?Antara MP yang menunjukkan kecenderungan itu ialah Zulkifli Nordin, Tan Tee Beng, Loh Gwee Burne dan Wee Chee Keong.

Apakah kepimpinan PR membiarkan keadaan politik tidak menentu ini terus melanda gabungan yang belum berdaftar itu semakin parah sehingga menjejaskan keyakinan penyokong-penyokongnya?

Saya melihat penyelesaian terbaik ialah membubar DUN Pulau Pinang, kubu kuat PR di Semenanjung untuk menguji sokongan sebenar rakyat kepada PR masih kukuh dan kuat. Oleh kerana parti DAP dalam kes ini Setiusaha Agungnya, Lim Guan Eng sebagai punca utama krisis dalam PR, maka kepimpinan DAP mestilah sedia menerima tanggungjawab memulihkan imej PR.

4 Responses to "COUNTDOWN BERMULA - PILIHANRAYA MENGEJUT PULAU PINANG?"

Anak mami said...

Ini lebihkurang kes di Perak. PR di Perak hari-hari menggesa MB DS Zambry membubarkan DUN tapi tanpa perkenan Sultan ini tidak mungkin terjadi. Tetapi setiap waktu PR Perak mencabar BN dengan perkataan..BERANIKAH? Sama juga dengan krisis di P.Pinang..BERANIKAH DAP nak bubarkan DUN?

Anonymous said...

Kedudukan DAP pada hati2 org cina adalah kukuh..
Ada kabar2 mengatakan..BN ada potensi utk betul2 tumbang pada election akan datang..

Anonymous said...

Anon 342
DAP mmg kukuh pada org Cina..tapi org Melayu dah serik dgn DAP pimpinan dua beranak tu..mmg dia orng tak suka Melayu..org Melayu pada PRU13 akan berhati2..;tak mcm PRU12..akan pastikan parti yng tak bersekongkol dgn DAP mesti menang..kalau tak Melayu akan berkubur di negeri sendiri..

Anonymous said...

Kes di Perak dan P.Pinang tak sama. Di Perak 5 orang Hakim yang menentukan kemenangan BN. tapi di P.Pinang keseluruhan Rakyat mengundi memilih PR mkenjadi tajuk Kerajaan. Kalau anda nak tahu, sebenar nya di P.Pinang tak la seteruk yang anda sangkakan, cuma di perbesar besar kan, dengan media yang tak bertangung jawab. Jika BN berani, bubarkan semua Dun Perak. baru tahu siapa anak JANTAN, ZAMRI ka NIZAR?