Tun Dr Mahathir dihormati kerana taraf intelektualnya
Namanya Richard Fernandez, seorang peguam. Sekali imbas, orang sangka dia berbangsa India. Tapi Richard, orang Sabah dan berketurunan Portugis. Barangkali ayahnya atau ibunya dari Melaka. Saya tidak pernah tanya asal usul beliau.
Saya kenal Richard melalui seorang kawan kira-kira sebulan lalu. Kebetulan petang tadi sekali lagi kami bertemu di sebuah kedai kopi di Kota Kinabalu. Daripada perbualan dan pemerhatian saya, Richard, seorang yang berilmu dan amat berpengalaman. Terutama sebagai seorang peguam. Dia juga bijak bila mengulas topik politik. Sudah tentu orang yang suka membaca Wall Street Journal, bukan sembarang orang.
Richard lebih fasih berbahasa Inggeris jika berbual dengan saya. Tapi jika ada ramai kawan dia akan bercakap Melayu sebagai tanda hormat dan meyakinkan hujahnya.
"Maybe only Tun Mahathir, Perdana Menteri Malaysia yang orang Cina dan India anggap mempunyai level intelek yang tinggi. Mereka jarang kritik Dr Mahathir. Tapi yang pasti orang Cina dan India akan kritik siapa sahaja PM Melayu". Kata Richard memulakan perbualan petang tadi.
"Tetapi bila kita tanya dan cadang kepada orang Cina, bolehkah mereka terima orang India sebagai PM? tentu mulut mereka akan terbuka besar dan cakap TIDAK . Mereka tidak setuju. Begitu juga jika kita tanya orang India, apakah mereka bersedia menerima orang Cina sebagai PM Malaysia. Mereka pasti geleng-geleng kepala menolak cadangan itu".
"Kenapa begitu?" tanya Richard. "NO..no...no..ini bukan isu undang-undang dan perlembagaan!" Tegasnya bila seorang kawan memberi alasan undang-undang.
"Ini soal kepercayaan dan keyakinan. Orang India tidak yakin orang Cina akan jadi PM yang baik untuk bangsa mereka. Begitu juga orang Cina tidak yakin, orang India akan jadi PM yang baik untuk kaum mereka. Tetapi kedua-duanya menerima seorang Melayu sebagai PM yang baik walaupun mereka kerap mengkritik Perdana Menteri Melayu"
Menurut Richard lagi, pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar tidak dilihat lebih intelektual daripada Najib tetapi oleh kerana Anwar menyediakan sebuah parti politik yang mereka boleh sertai dan mereka berperanan menjadikan Anwar seorang berbangsa Melayu menjadi PM Malaysia. Maka kerana itu orang Cina dan India ramai menyertai parti PKR.
"Ramai orang India berminat menyokong BN tetapi tidak berminat dengan MIC, PPP dan parti Indian based yang lain. Begitu juga dengan orang Cina. Mereka juga kurang minat dengan kepimpinan MCA dan Gerakan. Apa pilihan mereka? Soalnya kenapa BN tidak membuka keahlian kepada kaum-kaum ini menyertainya sebagai direct membership?"
Malam Jumaat lepas Dewan Tertinggi telah membincangkan pindaan perlembagaan BN termasuk yang dibincangkan ialah keahlian terus BN. Pindaan itu akan dibincangkan dalam konvesnyen BN yang dijangka diadakan pada hujung tahun ini. Di Sabah, bekas Ketua Menteri Sabah dan Timbalan Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Salleh Said adalah pemimpin yang pernah mencadangkan penjenamaan semula BN dan cadangan supaya keahlian terus BN. Beliau menghujah rebranding itu penting untuk menjadikan BN terus popular dan menarik golongan muda. Salleh juga cadang logo BN mungkin boleh diubah selaras dengan gagasan dan falsafah 1Malaysia.
Fikir-fikirkanlah....
1 Response to "DIRECT MEMBERSHIP BN: PARTI 1MALAYSIA?"
Salam Sdr MO..
saya membaca artikel ini dengan penuh minat kerana satu idea baru berkaitan dengan penerimaan kepimpinan melayu , India dan Cina di Malaysia.
Sikap tidak yakin dan kurang kepercayaan kepada sesama kaum di negara ini sebenarnya adalah senjata yang ditiupkan oleh penjajah sekian lama..
pecah dan perintah begitu berjaya sehingga negara kita memerlukan masa yang begitu lama untuk mengikis sikap prejudis kaum yang melampau..
setelah lebih 50 tahun meredeka kita masih lagi menghadapi kemelut ketidakyakinan ini...
jika dilihat kepada realiti kepimpinan di Malaysia, rasanya begitu sukar kita membuat penilaian terhadappemimpin lain selain dari orang melayu kerana kaum ini belum pun pernah menjadi PM..jadi ukuran itu adalah jauh dan tersimpang jika diandaikan semata-mata.
oleh kerana itu..tumpuan kepimpian hanya kp orang melayu yang silih berganti.
DSAI menjadi alternatif kp orang Cina bukan kerana kredibilitinya tetapi kerana kesaksamaannya dalam hal kepartian..PKR adalah parti utk semua kaum.. ( isu ini pernah KM paparkan berkaitan dgn Idea Datuk ONN dan PKR )...
Post a Comment