ARTIKEL BARU

10 RINGGIT, T-SHIRT DAN NASI BUNGKUS UNTUK SAMBUT PM NAJIB?

Tun Razak mengumum pengistiharan Malaysia pada 16 September 1963 di Kota Kinabalu. 47 tahun selepas itu anaknya, Datuk Mohd Najib mengisithar tanggal 16 September sebagai Hari Malaysia. Rakyat Sabah dan Sarawak menunggu 46 tahun lamanya......



Tanggal 14 September,  saya kebetulan berada di Sandakan. Hampir sejam pusing keliling bandar itu mencari tempat menginap. Semua bilik hotel telah ditempah. Nasib saya agak baik, dapat bilik premier di SPA Hotel di kawasan bandar Leila.

Tetapi pengurus hotel beritahu awal mesti check out esok kerana semua bilik telah ditempah untuk acara sambutan Juara Rakyat pada 16 September.

“kalau abang balik esok, rugilah!” Kata bell boy hotel. “Rugi?, kenapa pulak rugi, saya bukan datang sambut Najib!”.

“Oooo….jadi tidaklah kau dapat baju T-Shirt dan duit 10 ringgit!” jelasnya dengan pelat pekat Bajau Filipina.

Saya tersenyum dengar ayat pekerja hotel tersebut. Sambil geleng kepala, berbisik hati saya, takkan untuk sambut Perdana Menteri, rakyat diupah 10 ringgit? Kalau ia pun diberi duit, takkan hanya nilai RM 10....

Pada pagi 16 September, kira-kira 30 hingga 50 ribu orang menyambut kehadiran PM di Padang Bandar Sandakan. Meriah dan gilang gemilang sambutan Juara Rakyat yang menggambarkan sokongan kepada Datuk Musa Aman dan tentu sekali kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada sebelah petang hari yang sama, Najib berada di Kota Kinabalu untuk sambutan Hari Malaysia yang julung kalinya disambut seluruh negara. Sebelum ini selama 46 tahun, rakyat Sabah diberi cuti umum bukan kerana sambutan Hari Malaysia tetapi menyambut tanggal 16 September sebagai hari jadi rasmi TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah.

Sudah tentu rakyat Sabah dan Sarawak berterima kasih kepada Najib kerana mengiktiraf tarikh 16 September sebagai tarikh penting dalam sejarah kerana hakikatnya, pada tarikh tersebutlah tertubuhnya sebuah negara yang dikenali sebagai Malaysia hari ini.

Padang Merdeka yang menjadi tempat sambutan Hari Malaysia tidak banyak berubah sejak 47 tahun lalu. Pokok-pokok jati yang dibawa dari tanah Jawa masih berdiri megah tepi padang. Keluasan padang  masih seperti asal. Jesselton Club masih tempat sediakala. Kalau dulu kelab itu tempat orang putih dan teknokrat British menjamu hi-tea. Kali ini  kelab tersebut tempat perjudian dengan  menyediakan mesin-mesin jakpot dan meja snooker.

Yang berubah di Padang Merdeka hanya astaka atau pentas. Daripada pentas yang dibina dari papan atau kayu kepada pentas konkrit. tempatnya juga beralih disebelah kanan padang tersebut. Diatas pentas papan yang asal, Donald Stephens (Allahyarham Tun Mohd Fuad) mengangkat sumpah sebagai KM Sabah yang pertama dihadapan Hakim dan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussien.

Pada tanggal itu juga Malaysia diistiharkan sebagai sebuah negara baru setelah Suruhanjaya Cobbold mengadakan pungutan suara dengan dapatan bahawa 80% penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai gabungan Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak dalam sebuah negara baru yang dipanggil Persekutuan Malaysia.

Sambutan yang bermula pada jam 8 malam itu juga meriah.  Rakyat yang membanjiri Padang Merdeka sudah tentu menunjukkan rasa gembira kerana pengiktirafan tanggal 16 september. Saya yakin kali ini rakyat tidak diberi upah 10 ringgit dan baju T!

Entahlah! Saya juga tidak pasti. Adakah yang hadir untuk mendengar ucapan Najib jumlahnya lebih ramai daripada yang hadir untuk mendengar suara Stacy dan Adam!!



Tun Mustapha bersama Donald Stephens adalah dua tokoh penting meyakinkan rakyat Sabah untuk merdeka dalam Malaysia. Ramai yang terkilan bila dua tokoh ini tidak disenaraikan sebagai penerima Tokoh Malaysia!!

Sama-sama kita renungkan....






13 Responses to "10 RINGGIT, T-SHIRT DAN NASI BUNGKUS UNTUK SAMBUT PM NAJIB?"

kunakpress.blogspot said...

Kadang-kadang memang benar berlaku dalam program tertentu yg dihadiri pemimpin. Adanya artis jemputan menyebabkan para hadirin yg datang berkunjung ke program tertentu semata mahu melihat persembahan artis dan bukannya ingin mendengar ucapan pemimpin.. seperti yg berlaku dalam program Karnival Kunak 2010 yg lalu, sebagai mengambil contoh.

SUARA RAKYAT said...

Pelik juga Bukan Tun Mustapha yang dipilih tokoh pembentukan Malaysia? Ada sesuatu yang tak kena!

Unknown said...

salam Mrakunman,

saya dengar cerita2 kedai kopi, seolah-olah pimpinan sekarang termasuk Datuk Musa Aman yg sertai politik atas laluan yg disediakan Tun Mustapha, tidak menghargai jasa Bapa Kemerdekaan Sabah itu.

Saya pasti senarai penerima Tokoh Malaysia dibuat diperingkat negeri bukan kerajaan Pusat.

Nama yg sepatutnya di sebut ialah Tun Mohd Fuad Stephens (yang boleh diwakili isteri atau anaknya), Tun Mustapha (anak atau cucu), Temenggung Jugah, Stephens Kalong Ningkan, Tun Said Keruak, serta Thomas Jayasuria.....

Anonymous said...

tak kisah mcm mana sambutan hari malysia tu, yang penting ia disambut dgn meriah dan mendapat sokongan daripada seluruh rakyat.

lisa said...

How true is this?

IndieG said...

Jika pun betul apa yang ditulis oleh penulis, saya rasa tidak menjadi masalah dan tidak menjadi isu disini. Yang penting ramai yang datang untuk menyambut PM kita dan akan lebih banyak peruntukan yang akan diberikan kepada Sabah di masa akan datang...

POP said...

Generasi kini manalah akan menghormati Ketua kita. RM 10, T-shirt dan Nasi bungkus memang telah menjelaskan mereka orang ynag kedekut malah telah melupakan negara.

Paquin said...

Saya tak ikuti sangat perkembangan tokoh2 ni..
Tapi mmg agak sedih juga lah kalau Tun Mustapha & Donald Stephens tidak disenaraikan sebagai penerima Tokoh Malaysia. huhuhu

Paquin said...

Tapi yang penting Tun Mustapha & Donald Stephens hero Sabah:) hehehe

Paquin said...

Jujurnya antara kedatangan PM dan selebriti rasanya saya pilih selebriti kot. hehhee
Tapi kalau merujuk kepada kedatangan PM baru2 ni di KK, saya kalau boleh nak sambut tapi ramai sangat bodyguard sampai niat utk salam PM pun tak kesampaian. huhuhu

Paquin said...

Pasal baju & RM10 tu.. hhmmm no komen lah. Kalau lah saya datang & dapat baju & RM10, konpom saya bagitau kenapa saya dapat dua benda ni. Masalahnya, saya tak dapat pun.. Malah kawan saya yang p pun tak dapat apa2. hhhmm..

Paquin said...

Apapun Adam & Stacy mmg malatopssssss:P

Anak Sabah said...

Saya yakin rakyat bukan hanya semata-matanya mahukan RM10, T-shirt dan Nasi bungkus sahaja. Hari kemerdekaan Sabah dan Sarawak pertama adalah hari yang bermakna buat rakyat Sabah dan Sarawak.