ARTIKEL BARU

SETELAH 38 TAHUN, MASIHKAH RAKYAT YAKIN DENGAN BARISAN NASIONAL?


MAMPUKAH NAJIB MEMULIHKAN KEYAKINAN RAKYAT KEPADA  BARISAN NASIONAL  YANG DITUBUHKAN AYAHANDANYA 38 TAHUN LALU?

Apabila rakyat melihat berlaku ketidakadilan sosial, perlakuan rasuah yang berleluasa, salah guna kuasa, polisi dan dasar kerajaan yang tidak telus dan lain-lain perlakuan pemimpin dan pihak berkuasa bertentangan dengan kepentingan umum, maka bermulalah krisis keyakinan rakyat terhadap parti pemerintah.

Fenomena seperti ini  pernah berlaku di Filipina, Indonesia, Thailand, Taiwan, Jepun, India dan beberapa negara. Rakyat yang hilang keyakinan kepada parti kerajaan  mengalihkan sokongan kepada parti pembangkang. 

Marcos digulingkan "Peoples Power" di Manila. Suharto jatuh kepada gerakan reformasi. Parti Kongres kalah di India. Kuomintang di Taiwan dan LDP di Jepun.  Manakala Thaksin Shinawatra diguling tentera Thailand.

Fenomena yang  hampir sama  terjadi kepada parti Barisan Nasional  pada PRU ke 12 bulan Mac 2008. 

Esok BN akan mengadakan Konvensyen di Wisma MCA, Kuala Lumpur. Dijangka 2340 orang perwakilan daripada 13 parti komponen BN dari seluruh negara akan hadir termasuk delegasi jemputan daripada NGO yang pro BN.

Kali terakhir BN mengadakan konvensyennya pada tahun 2001. BN ditubuhkan pada 1 January 1973 menggantikan Parti Perikatan. Matlamat Tun Razak menubuhannya ialah mengurangkan politicking dengan menambahkan keanggotaan ahli BN dengan menjemput parti pembangkang seperti PAS, Gerakan dan SUPP (Sarawak) menyertai BN.

Dato Seri Mohd Najib yang akan memberi ucaptama esok dijangka akan menggariskan dasar-dasar baru BN disamping menekan konsep 1Malaysia sebagai sandaran BN memulihkan keyakinan rakyat kepada parti itu.

Setelah BN menang besar pada PRU ke 11 (2004). Janji-janji dalam manifesto parti itu  tidak dilaksana PM Dato Seri Abdullah Badawi. Perubahan yang ditunggu-tunggu rakyat tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya  kemenangan gilang-gemilang BN menjadikan pimpinan lupa diri dan mengambil sikap sambil lewa terhadap janjinya kepada rakyat.

Dasar-dasar kerajaan tidak berubah. Salah guna kuasa dan perlakuan rasuah terus berleluasa. Akibatnya, bila BN sekali lagi meminta mandat rakyat pada PRU ke 12 (2008), parti itu kehilangan majoriti dua pertiga dalam parlimen.

Lima negeri termasuk WP jatuh kepada pemerintahan parti pembangkang!

Apakah BN masih mendapat keyakinan rakyat untuk terus menerajui pemerintahan negara dalam PRU ke 13 akan datang? Apakah dasar-dasar baru dan idealisma Dato Seri Mohd Najib Tun Razak telah memulihkan sokongan rakyat kepada BN?

Saya mengucapkan selamat berkonvensyen kepada semua delegasi BN dari seluruh pelosok tanah air.

23 Responses to "SETELAH 38 TAHUN, MASIHKAH RAKYAT YAKIN DENGAN BARISAN NASIONAL?"

kunakpress.blogspot said...

janji BN di Kunak masih banyak tidak tertunai.
ada juga yg dah tertunai tetapi tidak mencapai target atau sasaran.
:/

azam said...

Terpulanglah kepada rakyat samada mahu memberi peluang lagi kepada BN.

getah lastik said...

tapi berdasarkan kpd pengamatan saya bahawa kalau parti pembangkang memerintah akan lebih teruk lagi daripada parti BN.tengok lah perangai buruk para pempimin2 mrk.

getah lastik said...

sdr Kunak press,
belajarlah untuk bersyukur.one is better than none

Paquin said...

yakin atau tak, semuanya terpulang pada rakyat kerana rakyatlah penentu segalanya.

Paquin said...

yakin atau tak, semuanya terpulang pada rakyat kerana rakyatlah penentu segalanya.

Paquin said...

Apapun gosip yang melanda BN, yang pastinya hingga kini BN masih bertakhta di hati rakyat...

Paquin said...

Saya cuma harap agar BN terus berjuang dan membuktikan kepada rakyat bahawasanya mereak layak untuk terus diberi peluang.

Paquin said...

Lakukan yang terbaik bagi menambat hati rakyat. Jangan biarkan rakyat semakin jauh hati dengan kepimpinan BN.

Paquin said...

Apapun kita tunggu dan lihat sajalah nanti s/ada rakyat masih menyakini BN atau sebaliknya.

kunakpress.blogspot said...

salam getah plastik,
Pengerusi BN telah menggariskan bahawa 4 'penyakit' iaitu KHAYAL, LUPA DIRI, JUMUD dan ANGKUH! yang jika masih diamalkan oleh pemimpin BN perlu dielak, dikikis dan dibuang jauh sebelum rasa sayang rakyat terhadap BN berubab menjadi benci.
PM juga telah berulang kali menegaskan supaya barisan kepimpinan termasuk wakil rakyat bekerja dengan ikhlas bukan sekadar ala kadar yg boleh menjejaskan mereka hilang FOKUS terhadap perjuangan parti yg sebenarnya iaitu membela nasib rakyat dll.

Teguran bukan bermaksud Tidak bersyukur tetapi pelaksanaan tanggungjawab kepada rakyat itu haruslah diHIJRAHkan ke arah lebih bersungguh dan berkomitmen.
terima kasih.

Anonymous said...

Only the Rakyat can make their choices.

Jason said...

"SETELAH 38 TAHUN, MASIHKAH RAKYAT YAKIN DENGAN BARISAN NASIONAL?"

We will have to wait for GE13 to find out.

villager said...

rakyat masih yakin dengan BN jika pembangkang di negara ini masih tidak mampu memainkan peranan mereka dan tidak mampu menunjukkan kemampuan mereka untuk mentadbir negara.

Anonymous said...

BN kena berusaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

Bhatera said...

Tajuk artikel ini memang satu tajuk yang bagus. Adakah BN masih diterima oleh rakyat. Jika kia tengok baru-baru ini pilihanraya kecil Dun Galas dan perlimen batu sapi maka terjawablah soalan artikel ini. Memang BN masih lagi diterima oleh rakyat.

airel said...

Barisan Nasional tetap menjadi pujaan hati rakyat. BN yang terbaik..

GG said...

rakyat akan yakin dengan BN jika BN mampu meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.

GG said...

apa pun, semuanya terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan. BN perlu terus fokus dan bekerja keras jika mahukan sokongan rakyat.

Anonymous said...

jika dilhat BN nampaknya masih diterima rakyat.

MNA said...

Rakyat Sabah mungkin ya, tetapi lebih 70% keseluruhan rakyat Malaysia mula hilang keyakinan kepada BN. Pada saya tindakan Mahathir menjatuhkan Anwar adalah punca segalanya menyebabkan Anwar menelanjangi UMNO. Segala rahsia UMNO terbongkar, kronisme, nepotisme, koruptisme, dan segalanya yang menunjukkan moral yang rendah. Mula dengan kejatuhan Anwar itu, rakyat mula melihat berlaku pelbagai kepincangan dalam pentadbiran negara. Ketidak keyakinan rakyat kepada sistem kehakiman, PDRM, SPR dan pelnbagai agensi kerajaan mual ketara selepas Anwar dipecat. Tambah mencelarukan bila teknologi maklumat menajdi penyebar kepada pelbagai maklumat maka dengan sekelip mata sahaja sesuatu isu itu mudah diketahui dan dibahasakan secara terbuka, sayangnya kerajaan BN dan pemimpin-pemipin BN m,asih bermimpi disiang hari. Mereka masih menganggap rakyat mudah diperbodohkan dengan pelbagai putar belit isu demi memburuk-burukkan pembangkang. Ternyata senjata yang digunakan makan tuan. Benarlah kata-kata ahli falsafah bahawa orang yang memburuk-burukkan orang lain, sebenarnya orang memburuk-burukkan itulah yang rendah moralnya. Begitulah yang dilakukan pemimpin BN. Akhirnya persepsi umum khususnya rakyat yang menganggap bahawa moral pemimpin-pemimpin BN telah rosak dengan sendirinya terbentuk. Rakyat keseluruhannya memandang tinggi terhadap kepimpinnan yang bermaruah, beramanah dan tidak memburuik-burukkan orang secara keterlaluan. Sebab itulah makin Anwar Ibrahim di serang dan ditekan, maka makin bertambah sokongan rakyat kepadanya. Cuba pem,impin-pemimpin BN menjadi contoh dan teladan, tidak memburuk-burukkan orang lain sebaliknya mencerminkan diri dan cuba memperbaikinya. Tidak perlu heboh-hebohkan bahawa kita hendak memperbaiki diri, kerana rakyat akan menilainya sendiri. Demikian juga apa yang berlaku hari ini. Kata rakyat diutamakan, tetapi saya lihat adalah sebaliknya. Saya ahli UMNO. Salah seorang yang berjuang dalam UMNO semasa zaman kerajaan PBS, tetapi hari ini walaupun saya belum keluar daripada UMNO tetapi hati saya meronta-ronta. Saya semacam membenci pemimpin-pemimpin UMNO yang tak serupa bikin. Cakap lain, buat lain. Sama-samalah kita menilainya sendiri. Saya percaya BN dan UMNO tidak akan kalah di Sabah kerana adanya pengundi hantu tegar. Warga asing yang kini sudah diluluskan kerakyatan oleh pemimpin-pemimpin BN. Inilah BN.

Bungabakawali said...

Panglima Antanom; Memang hebat namanya, komen2 yang utarakan hebat juga. Cuma satu yang saya rasa tidak hebat ialah cerita tentang Anwar. Apa kah kelebihan2 Anwar yang terlalu sangat diagung-agungkan hinggakan menjadi masalah dengan pemerintahan dan kepimpinan Negara Malaysia. Panglima kenal rapat kah dengan manusia yang bernama Anwar ini? Kalau cerita pecat memecat dan jatuh menjatuh ini, saya mahu Panglima imbas kembali sejarah macam mana Anwar dapat dan menjadi Timbalan Presiden UMNO. Ingatkah lagi Panglima dengan Allahyarham Tun Ghaffar Baba dan Tun Mustapha. Ingat dengan Hukum Karma Panglima. Jika kita menjatuhkan orang lain, tidak mustahil suatu masa orang akan menjatuh kita pula. Fikir2kan Panglima.

lydia said...

Kepercayaan orang ramai terhadap BN tidak akan pernah pudar selagi BN berada di landasan yang betul!